Pergi ke kandungan

Batting (besbol)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemain Ichiro Suzuki sedang memukul bola ke arah kanan padang.

Dalam sukan besbol, memukul (bahasa Inggeris: batting) ialah tindakan seorang pemain berhadapan dengan pitcher pasukan lawan dengan tujuan untuk menghasilkan serangan (offense) bagi pasukannya. Seorang pemukul (batter) atau pemain pemukul (hitter) ialah individu yang tiba gilirannya untuk berdepan dengan pitcher.

Tiga matlamat utama bagi seorang pemukul ialah; menjadi pelari ke tapak (baserunner), memacu pelari lain menghasilkan larian (drive runners home), atau menggerakkan pelari lain ke tapak seterusnya bagi memberi peluang kepada rakan sepasukan menghasilkan larian.

Teknik dan strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut berbeza-beza mengikut situasi dan gaya pemain. Pergerakan memukul dalam besbol adalah unik kerana ia melibatkan putaran badan dalam satah mendatar (horizontal plane) — berbeza daripada kebanyakan sukan lain, yang pergerakannya berlaku dalam satah menegak (vertical plane).

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Quiroli, Jessica (October 20, 2011). "Delaware University Professor's New Study Shows Hitting, Not Pitching More Valuable". Baseball Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2011. Dicapai pada October 21, 2011.
  • Official Rules of Major League Baseball "The Batter"