Batu-Gunting-Kertas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar rajah permainan Batu-Gunting-Kertas

Batu-Gunting-Kertas (turut dikenali sebagai Gunting-Batu-Kain atau O-som di kalangan masyarakat Melayu) ialah sebuah permainan tangan dua atau lebih orang. Permainan ini sering digunakan untuk pemilihan rawak, sama seperti melambung duit syiling, dadu dan lain-lain. Tetapi jika dimainkan berpanjangan, permainan ini boleh bertukar menjadi pemainan kemahiran, kerana manusia jarang sekali bertindak betul-betul rawak. Beberapa permainan dan sukan menggunakannya untuk menentukan peserta mana yang akan mula dahulu. Kadang-kala ia juga digunakan bagi menentukan peranan dalam permainan peran, mahupun dipakai sebagai perjudian. Permainan ini dimainkan di pelbagai bahagian dunia.

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

SssStein.jpg SssPapier.jpg SssSchere.jpg
Dari kiri ke kanan: batu, kertas, gunting. Setiap isyarat mengalahkan satu daripada dua isyarat lainnya

Terdapat tiga isyarat tangan dalam permainan ini. Batu digambarkan oleh tangan mengepal, gunting digambarkan oleh jari telunjuk dan tengah, kertas digambarkan oleh tangan terbuka. Tujuan permainan ialah mengalahkan lawan bermain. Aturan piwaian ialah batu mengalahkan gunting, gunting mengalahkan kertas, dan kertas mengalahkan batu.

Jika kedua-dua orang pemain mengeluarkan isyarat yang sama, maka permainan diulang. Kadangkala, pemain menggunakan sistem berulang-ulang sekiranya sekali kemenangan tidak cukup untuk menghentikan permainan. Contohnya, pemain yang menang 5 kali terlebih dahulu menjadi pemenang.