Batu Caves (kawasan negeri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batu Caves
Kawasan pilihan raya  Selangor
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Selangor
Kawasan pilihan raya diwujudkan2003
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan2018
Kali pertama dipertandingkan2004
Kali terakhir dipertandingkan2013

Batu Caves ialah bekas kawasan pilihan raya negeri yang telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sejak tahun 2004 sehingga 2018.

Kawasan pilihan raya ini dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Selangor di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 2003 dan Batu Caves juga merupakan tarikan utama di Selangor. Ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Batu Caves untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Sungai Tua. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi.[1][2] Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 12 daerah mengundi iaitu Wira Damai, Taman Jasa, Sungai Tua, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Selayang Baharu Empat, Selayang Baharu Lima, Taman Selayang, Taman Batu Caves, Pekan Batu Caves Lama, Batu Caves dan Batu 8 Sungai Tua. Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian, jadual di bawah ialah senarai nama pusat pengundian.[3]

Daerah Mengundi dan Tempat Mengundi di DUN Batu Caves pada tahun 2016.
Daerah Mengundi Pusat/Tempat Mengundi
Wira Damai Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas
Taman Jasa Sekolah Rendah Agama Kampung Sungai Tua Baru
Sungai Tua Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu
Kampung Nakhoda Sekolah Agama Rakyat (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi) Al-Humaira
Kampung Laksamana Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas
Selayang Baharu Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu
Selayang Baharu Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan
Taman Selayang Sekolah Agama Rakyat (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi) Al-Aminah
Taman Batu Caves Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang
Pekan Batu Caves Lama Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kheow Bin
Batu Caves Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Batu Caves
Batu 8 Sungai Tua Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang
Sumber: Jabatan Peguam Negara Malaysia.[3]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Batu Caves
Penggal Kod DUN Semasa Tahun Ahli Parti
Kawasan DUN diciptakan dari Sungai Tua
ke-11 N16 2004-2008 Jagarasah Verasamy Barisan Nasional (BN-MIC)
ke-12 N16 2008-2013 Amirudin Shari Parti Keadilan Rakyat (PKR)
ke-13 N16 2013-2018
Kawasan DUN dipinda, dengan nama baharu Sungai Tua

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan etnik pengundi kawasan negeri Batu Caves setakat 2013

  Melayu (59.65%)
  Cina (13.85%)
  India (24.78%)
  Etnik lain (1.35%)

Menurut pilihan raya negeri Selangor 2013, sebanyak 30,869 orang pengundi yang berdaftar yang terdiri daripada empat jenis kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kebanyakkannya pengundi ialah beretnik Melayu dengan peratusan sebanyak 59.65, kemudian diikuti oleh etnik Cina (13.85%), India (24.78%) dan paling sedikit ialah lain-lain (1.35%).[4]

Gambaran keseluruhan demografi pengundi di kerusi DUN Batu Caves
Pilihan raya negeri Kod DUN semasa Etnik pengundi (dalam peratus) Jumlah pengundi
Melayu Cina India Lain-lain
Pilihan raya negeri Selangor 2013.[5] N16 59.65 13.85 24.78 1.35 30,869
Pilihan raya negeri Selangor 2008.[4] N16 62.1 14.9 21.9 1.1 25,720
Pilihan raya negeri Selangor 2004.[6] N16 N/A 23,433

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2013
Parti Calon Undian % ∆%
PKR Amirudin Shari 14,552 55.92 2.76
BN Rawisandran Narayanan 11,291 43.39 3.49
Bebas Suman Gopal 182 0.70 0.70
Jumlah undian sah 26,025 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 418
Kertas undi tidak dikembalikan 80
Keluar mengundi 26,523 85.92
Pemilih berdaftar 30,869
Majoriti 3,261
PKR kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Selangor 2008
Parti Calon Undian % ∆%
PKR Amirudin Shari 11,015 58.68 13.94
BN Mohan Thangarasu 7,376 39.30 15.96
Bebas Azmi Hussain 379 2.02 2.02
Jumlah undian sah 18,770 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 320
Kertas undi tidak dikembalikan 75
Keluar mengundi 19,165 74.51
Pemilih berdaftar 25,720
Majoriti 3,639
PKR ambil alih dari BN Unjuran ?
Pilihan raya negeri Selangor 2004
Parti Calon Undian % ∆%
BN Jagarasah Verasamy 9,362 55.26 -
KEADILAN Kamarul Baharin Abbas 7,581 44.74 -
Jumlah undian sah 16,943 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 295
Kertas undi tidak dikembalikan 80
Keluar mengundi 17,318 73.56
Pemilih berdaftar 23,544
Majoriti 1,781
Ini ialah kawasan pilihan raya yang baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bakar, Adam Abu (2018-03-29). "18 kerusi Parlimen di Selangor berubah selepas persempadanan". Free Malaysia Today (FMT). Dicapai pada 2021-02-16.
  2. ^ Rohaniza Idris (Mac 28, 2018). "Cadang pinda nama 41 Parlimen, DUN". Berita Harian. New Straits Times Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 2 September 2021.
  3. ^ a b "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. m/s. 152. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  4. ^ a b c d "Maklumat Calon dan Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13: Selangor". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-27. Dicapai pada 2 Januari 2021.
  5. ^ "2013年第13届马来西亚大选-地图查询" (dalam bahasa Cina Malaysia). Sin Chew Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-31. Dicapai pada 7 Januari 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya 2004: Selangor". Utusan Malaysia. 23 Mac 2004. m/s. 8.
  7. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Notis Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dewan Negeri bagi Negeri Selangor [P.U. (B) 192/2013]" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 26 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 2016-05-21.
  8. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Selangor [P.U. (B) 233/2013]" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 22 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 October 2018. Dicapai pada 2016-05-21.
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021.
  10. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.
  11. ^ a b "Keputusan Penuh Pilihan Raya Selangor". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-29. Dicapai pada 2 September 2021.
  12. ^ "General Election 2008 Results: Selangor". The Star Online. The Star Malaysia. Mac 8, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-15. Dicapai pada 2 September 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]