Batu Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini mengenai daerah. Untuk rencana tentang bandar sahaja, sila lihat Batu Pahat (bandar).
Batu Pahat
باتو ڤاهت
Daerah di Malaysia

Bendera

Logo
Batu Pahatباتو ڤاهت is located in Semenanjung Malaysia
Batu Pahatباتو ڤاهت
Batu Pahat
باتو ڤاهت
Lokasi di Semenanjung Malaysia
Batu Pahatباتو ڤاهت is located in Malaysia
Batu Pahatباتو ڤاهت
Batu Pahat
باتو ڤاهت
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 1°51′00″N 102°56′00″E / 1.85000°N 102.93333°E / 1.85000; 102.93333Koordinat: 1°51′00″N 102°56′00″E / 1.85000°N 102.93333°E / 1.85000; 102.93333
Negara  Malaysia
Negeri  Johor
Pusat Bandar Batu Pahat (Bandar Penggaram)
Kerajaan
 • Pegawai Daerah Tuan Haji Mohd Halim bin Hasbullah [1]
Keluasan
 • Jumlah 1,872.56 km2 (723.00 sq mi)
Populasi (2013)
 • Jumlah 819,800
 • Kepadatan 440/km2 (1,100/sq mi)

Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada sepuluh daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan. Selain itu, Batu Pahat juga terkenal dari kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga Membeli-Belah di Johor Utara'.

Batu Pahat terletak pada koordinat 1°5′U 102°56′T. Ia adalah sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."

Titah Sultan Abu Bakar kepada Dato' Muhamad Salleh bin Perang.

Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka.[1] Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.[2]

Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam".[3] Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.

Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Demografi bagi Batu Pahat[4]
Kumpulan etnik Peratus
Melayu & Bumiputera
  
63.8%
Cina
  
29.7%
India
  
1.6%
Lain-lain
  
0.2%
Bukan warganegara
  
4.7%

Penduduk Melayu sebanyak 63.8 peratus, Cina 29.7 peratus, 1.6 peratus India, 0.2 peratus dan minoriti lain 4.7 peratus bukan warganegara.[5]

Seluruh daerah Batu Pahat mempunyai penduduk seramai 750,058 penduduk tempatan (2012). Penduduk terdapat di daerah ini adalah Mukim Simpang Kanan dengan lebih daripada 411,862 orang dan paling kurang padat adalah penduduk Bagan dengan penduduk hanya 6,692 orang.

Orang Cina (52%) tertumpu di Bandar Penggaram dan Yong Peng manakala bahagian lain di Batu Pahat terdiri daripada majoritinya orang Melayu (46%). India&lain-lain sebanyak (2%) kurang terdapat di Batu Pahat, yang bekerja di ladang getah atau sebagai peniaga.

Kumpulan dialek orang Cina di Batu Pahat adalah berbeza:

Pembahagian pentadbiran dan kawasan[sunting | sunting sumber]

Pekan di Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Peta Mukim Batu Pahat.jpg

Daerah Batu Pahat mempunyai 14 pekan iaitu :

  1. Sri Gading
  2. Parit Raja
  3. Ayer Hitam
  4. Yong Peng
  5. Parit Yaani
  6. Sri Medan
  7. Tongkang Pechah
  8. Parit Sulong
  9. Semerah
  10. Senggarang
  11. Rengit
  12. Simpang Lima
  13. Minyak Beku
  14. Bukit Pasir

Mukim di Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :

  1. Mukim Lubok (Mukim I)
  2. Mukim Bagan (Mukim II)
  3. Mukim Peserai (Mukim III)
  4. Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
  5. Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
  6. Mukim Linau (Mukim VI)
  7. Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
  8. Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
  9. Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
  10. Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
  11. Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
  12. Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
  13. Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
  14. Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)

Kerajaan tempatan[sunting | sunting sumber]

Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Majlis Daerah Yong Peng(MDYP). Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat dan Majilis Daerah Batu Pahat Timur msing-masing. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.

Pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah bandar raya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Setar dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandar raya.

Penduduknya seramai 417,458 orang terutama Melayu, Cina dan India. Lelaki seramai 210,132 dan perempuan 207,326 orang,ketika itu.(2008)

Bahagian Utara Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Bahagian Selatan Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Bahagian Tengah Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Bahagian Timur Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Bahagian Barat Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Bandar baru di Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Selain terdapat taman-taman perumahan, Batu Pahat yang semakin pesat membangun ini turut mempunyai bandar-bandar baru yang penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Antara bandar baru yang dimaksudkan ialah :

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Kesenian[sunting | sunting sumber]

Lagu Joget Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
Batu Pahat Daerah Makmur
Sungai Mengalir Ke Kuala
Dari Simpang Kanan Dan Kiri
DiHulu Sungai Kampunglah Medan
Parit Sulong, Pekan Nan Indah
Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
Semerah Letak Di Utara

Chorus

Bandar Penggaram Tempat Berniaga
Ramai Yang Membeli Belah Disana
Pisang Salai Di Parit Raja
Air Hitam, Tempat Pelancong
Gunung Banang Tinggi Mengawan
Nampaklah Dari Bukit Soga
Istana Hinggap Sultan Johor
Raja Adil Daerah Makmur
Sri Gading Utuh Terbina
Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
Minyak Beku Batu Di Pahat
Nama Diberi Sempenanya
Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat

Penggubah lagu : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)

Makanan[sunting | sunting sumber]

"Mee Bandung"[sunting | sunting sumber]

Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, "Benteng" terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Mee rebus dan nasi lemak[sunting | sunting sumber]

Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan nasi lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.

Mee Racun Mee yang dimasak bersama sos pedas dan air rebusan daging kambing. Mee racun menggunakan bahan-bahan seperti mee kuning, kentang, telur goreng, dan daging kambing.

Asam pedas[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai restoran dan gerai makan yang menawarkan asam pedas pelbagai jenis ikan seperti di:

  • Yana Asam Pedas Batu Pahat (Jalan Syahbandar/Taman Flora Utama)
  • Asam Pedas Pak Ali (Jalan Syahbandar)
  • Asam Pedas Mak Limah (Jalan Rogayah)
  • Gerai Asam Pedas Ibu (Persimpangan Jalan Parit Jalil, Parit Sulong)
  • Kasih Ibu Asam Pedas (Jalan Dedaru,Taman Nira)

Tempat makan menarik[sunting | sunting sumber]

  • Beryani Bakau Condong - Terletak di Jalan Cengal (Taman Makmur) berhadapan dengan Summit Parade.
  • Restoran Ceria Maju - Restoran ini terletak di Jalan Rahmat bersebelahan dengan Pejabat Pos Batu Pahat.
  • Restoran Madinat Hadramawt - Lokasi restoran ini terletak di Jalan Jelawat Taman Banang berdepan dengan Bank Muamalat dan berdekatan dengan stesen minyak Caltex.
  • Restoran Asam Manis - Terletak Jalan Setia Jaya 2 83000 Batu Pahat, Johor. Pelbagai jenis makanan disediakan.
  • The Windmill Station - Beralamat 25 & 27 Jalan Murni 11, Taman Murni, 83000 Batu Pahat, Johor.
  • Daddy Village - Restoran ini beralamat di no 18 & 20 Jalan Kundang 3, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat.[6]
  • Hentian Selera Parit Sulong-Simpang Lima

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tokoh[sunting | sunting sumber]

Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikaitkan dengan Batu Pahat.

Politik[sunting | sunting sumber]

Barisan Nasional

Pakatan Rakyat

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Parlimen Batu Pahat - Datuk Mohd Idris Jusi (PKR)
  • Adun Penggaram - Gan Peck Cheng (DAP)
  • Adun Senggarang - A Aziz Ismail (BN-UMNO)
  • Adun Rengit - Ayub Jamil (BN-UMNO)
  • Ahli Parlimen Parit Sulong - Datuk Noraini Ahmad (BN-UMNO) - Pengerusi Matrade
  • Adun Sri Medan - Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-UMNO) - Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan
  • Adun Semerah - Mohd Ismail Roslan (BN-UMNO)
  • Ahli Parlimen Sri Gading- Datuk Ab Aziz Kaprawi (BN-UMNO) - Timbalan Menteri Pengangkutan
  • Adun Parit Raja - Puan Sri Azizah Zakaria (BN-UMNO) - Isteri Speaker Johor
  • Adun Parit Ya'ani - Aminolhuda Hassan (AMANAH)
  • Ahli Parlimen Ayer Hitam - Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (BN-MCA) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
  • Adun Semarang - Datuk Samsol Bari Jamal - (BN-UMNO) - Pengerusi Lembaga Nanas Malaysia
  • Adun Yong Peng - Chew Peck Choo (DAP)

Ahli perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pahlawan[sunting | sunting sumber]

  • Mohd Salleh bin Abdul Karim - Dikenali juga dengan panggilan Kiyai Salleh - Pemimpin Tentera Selempang Merah yang menghalang kekejaman askar PKM di Batu Pahat

Selebriti/Artis[sunting | sunting sumber]

 

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat

Batu Pahat dihubungkan melalui pengangkutan awam tempatan dan kedua-duanya antara kawasan sekitarnya dan antara bandar. Ianya adalah:

  • Terminal Bas (Perkhidmatan bas ekspres, tempatan dan bas antara bandar. Selain itu, teksi juga boleh didapati di terminal)
  • Terminal Feri (Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku, perkhidmatan pelabuhan Indonesia di Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam)
  • Keretapi berkelajuan tinggi (Pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat)[7]

Syarikat Bas Antarabandar

1. Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Kluang

2. Costal Omnibus Co, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Benut
  • Terminal Batu Pahat ke Sg Suloh/Sg Ayam/Minyak Beku
  • Terminal Batu Pahat ke Hospital Batu Pahat/Taman Soga

3. Syarikat Mayang Sari, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Muar
  • Terminal Batu Pahat ke Yong Peng

4. Syarikat Pengangkutan Maju, Bhd http://www.majujc.com.my/

  • Terminal Batu Pahat ke Tongkang Pecah
  • Terminal Batu Pahat ke Simpang Lima

5. Syarikat Tanjau Jaya Bus, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Parit Raja

6. Syarikat Causeway Link, Sdn Bhd http://handalindah.com.my/latest.php

  • Terminal Batu Pahat ke Ayer Hitam

7. Syarikat Intra Desa, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Sri Medan

8. Syarikat S&S Sdn Bhd

 Terminal Batu Pahat ke Kluang

Syarikat Bas Ekspres

  1. KKKL Ekspres Sdn Bhd
  2. Transnasional Ekspres
  3. Hasry Ekspres Sdn Bhd
  4. Causeway Link Ekspres Sdn Bhd
  5. S&S Internasional Express
  6. Orchid Ekspres Sdn Bhd
  7. SP Bumi Ekspres
  8. 707 Travel Group Express
  9. Cepat Ekspres
  10. SE Super Ekspres
  11. KPB Ekspres
  12. Airport Coach Sdn Bhd (Ke KLIA dan KLIA2)

Jalan

Bagi kawasan bandar pula, Bandar Batu Pahat dihubungkan dengan beberapa batang jalan utama ke pinggir bandar terpencil atau bandar-bandar lain.

Hospital dan pusat penjagaan kesihatan utama[sunting | sunting sumber]

  1. Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)
  2. Putra Specialist Hospital
  3. Pantai Specialist Hospital
  4. KPJ Mutiara Gading (dijangka beroperasi pada 2017)
  5. Klinik Kesihatan Batu Pahat

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Dataran Penggaram[sunting | sunting sumber]

Mercu tanda Dataran Penggaram.

Dataran Penggaram telah dibina semasa sambutan seratus tahun bandar Batu Pahat. Ketika itu, ia adalah sebuah kolam air pancut. Pada tahun 2001, sebuah tugu yang menggambarkan batu dipahat telah dibina di tengah kolam air pancut itu dan dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor ketika itu, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar. Ia menjadi tempat utama untuk sambutan yang besar seperti Hari Kebangsaan peringkat daerah Batu Pahat dan peringkat negeri Johor, Hari Raya, Tahun Baru Cina, konsert-konsert hiburan dan pertunjukan motor dan kereta. Ketika hari biasa, ia menjadi tarikan utama untuk bersiar-siar, berjoging dan berehat ketika waktu petang dan malam. Terdapat juga pasar malam yang mengelilingi dataran pada waktu malam. Pada tahun 2016, Dataran Penggaram telah diubahsuai dengan penambahan nama Batu Pahat daripada tulisan khat jawi dan lampu yang menarik menjadikan Dataran Penggaram berwarna warni serta dapat menambahkan lagi pengunjung yang datang ke Batu Pahat.[8] [9]

Perigi Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Perigi Batu Pahat adalah tempat yang mempunyai sebuah perigi dimana tempat itu diberi nama. Terletak di pantai Minyak Beku, pelawat dibenarkan melawati pantai tersebut untuk melihat sebahagian besar sejarah bandar Batu Pahat.[10]

Taman Rekreasi Tasik Y[sunting | sunting sumber]

Taman Rekreasi Tasik Y ialah sebuah kawasan tasik buatan manusia yang menyerupai huruf Y. Disana, terdapat kawasan taman permainan, gerai jualan, tempat makan dan minuman dan trek berjalan dan berjoging.

Hutan Lipur Soga Perdana[sunting | sunting sumber]

Hutan Lipur Soga Perdana adalah hutan simpan dimana hutannya mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Hutan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat, aktiviti menaiki tangga, berjalan dan berjoging hingga ke puncak bagi mereka yang menghargai alam semula jadi.Terdapat sebuah pondok telah dibina di pengakhiran trek berjalan dan berjoging. Diatas sana, terdapat sebuah pemandangan yang menarik di seluruh bandar Batu Pahat. Jika berjalan atau berjoging ketika turun kebawah, terdapat sebuah kolam air yang datang dari bukit ini. Hutan ini seluas 49.3 hektar dimana 10 hektar akan dimajukan dan dilengkapi kemudahan asas bagi faedah pelawat.

Wet World Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Wet World Water Park adalah satu-satunya taman bertemakan air di negeri Johor. Taman ini dibina di kawasan berdekatan tasik Merdeka yang terkenal dimana satu ketikanya adalah sebuah lombong. Taman ini seluas 44 ekar. Antara yang menjadi perhatian di taman ini adalah pantai Wave Pool, menara BP, Big Splash, Lazy River dan Kiddie Pool untuk kanak-kanak. Aktiviti memancing dan berperahu juga disediakan di taman ini. Wet World Water Park adalah taman sangat sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur.[11]

BP Walk[sunting | sunting sumber]

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Ayer Hitam pada waktu malam.

Benteng[sunting | sunting sumber]

"Benteng" merupakan suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat dan terletak berdekatan dengan tebing Sungai Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

Pantai Minyak Beku[sunting | sunting sumber]

Pantai Minyak Beku adalah tempat terkenal dengan aktiviti memancing dan menikmati angin yang damai di kawasan laut.[12]

Pantai Punggur, Rengit[sunting | sunting sumber]

Pantai Rekreasi Punggor adalah pantai yang menawarkan persekitaran yang tenang bagi mereka yang inginkan tempat untuk beristirehat dan suka akan aktiviti memancing di pantai. Pantai ini bertempat di kampung bernama Punggor dan sangat popular bagi mereka yang ingin berehat, berkelah, memancing dan bersiar-siar. Pantai rekreasi ini terletak 30 km ke selatan dari Bandar Batu Pahat.[13] Ia terletak di Rengit.

Pelancongan dan riadah[sunting | sunting sumber]

  • Memorial Datuk Onn
  • Memorial Peperangan Dunia Kedua Parit Sulong (Peperangan Jepun/Tentera Komanwel)
  • Taman Tema Kanak-kanak (The Summit) - pertama dalam bangunan
  • Menara Jam Batu Pahat
  • Bandar Seramik Ayer Hitam
  • Bandar Jajan Parit Raja
  • Taman Botani Sri Medan
  • Kampung Parit Tengah, Rengit (Ladang Nanas terbesar di Asia)
  • Pantai Sungai Lurus, Senggarang
  • Pantai Seri Wawasan,Simpang Lima
  • Hentian Mahkota Pantai Parit Simen
  • 2000 Complex

Hotel[sunting | sunting sumber]

  • Crystal Inn Hotel
  • Hotel Novo Park
  • 7 Days Express Hotel The Boutique Hotel
  • Golden Pearl Hotel
  • Minyak Beku Agrotourism Resort
  • B & S Hotel
  • Pelican Hotel
  • The Katerina Hotel
  • Pinetree Hotel
  • The Landmark Hotel

Bangunan bersejarah[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Polis Trafik Batu Pahat
  • Pejabat Majlis Perbandaran Batu Pahat
  • Bangunan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat
  • Mahkamah Seksyen/Majistret Batu Pahat
  • Pejabat Pos Batu Pahat
  • Pejabat Kesihatan Batu Pahat
  • Bangunan lama Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat
  • Bangunan lama Jabatan Kastam Diraja Batu Pahat
  • Bangunan Wisma Sejarah Batu Pahat
  • Bangunan Kelab Bersejarah Batu Pahat
  • Sekolah Tinggi Batu Pahat
  • SMK(P) Temenggong Ibrahim
  • SJK(C) Ai Chun
  • Masjid Dato Bentara Luar
  • Masjid India Batu Pahat

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

BP Mall

Terdapat Pusat membeli-belah,pasar raya dan borong yang terkenal di daerah ini:

  • ÆON JUSCO Batu Pahat (akan dibuka di Pura Kencana, Sri Gading)
  • Tesco Parit Raja (sedang dibina)
  • The Summit Batu Pahat
  • BP Mall (ke-4 terbesar di Johor)
  • Square One Mall
  • ÆON BiG Batu Pahat
  • Cowboy (dihadapan IPGTHO)
  • The Store (Jalan Rogayah)
  • The Store (Jalan Zabedah)
  • Pacific Hypermarket (BP Mall)
  • Parkson (Square One)
  • Pasaraya Target (The Summit)
  • Econsave (Yong Peng)
  • Nirwana Maju (Banang Height)
  • Nirwana Maju (Yong Peng)
  • Super One (Peserai)
  • Eng Hiap Seng (Rengit)
  • Welward (Parit Raja)
  • Worldcome (Ayer Hitam)

Panggung wayang

  • Big Cinemas (BP Mall)
  • MBO Cineplax (Square One)

Restoran makanan segera (Fast Food)

  • Kentucky Fried Chicken (KFC)
    1. Jalan Rogayah
    2. Jalan Tan Swee Hoe (Buka 24 Jam/Pandu Lalu)
    3. Taman Bukit Pasir (Buka lewat malam)
    4. Square One Shopping Mall
    5. Batu Pahat Mall
    6. Yong Peng
    7. Rengit
    8. Parit Raja
    9. Ayer Hitam
    10. Parit Sulong
  • McDonald's
    1. Jalan Tan Swee Hoe (24 Jam/Pandu Lalu)
    2. Parit Raja (24 Jam/Pandu Lalu)
  • Pizza HuT
    1. The Summit Batu Pahat
    2. Batu Pahat Mall
    3. Parit Raja (Pizza Hut Delivery)
  • Marrybrown Fried Chicken
    1. Jalan Rogayah
    2. Ayer Hitam
  • A&W - Petronas Jalan Rahmat
  • Burger King - Jalan Jelawat
  • Subway - Old Street
  • Buskin Robbin - Petronas Jalan Tan Swee Hoe
  • Domino's Pizza - Jalan Tan Swee Hoe
  • Sushi King - Batu Pahat Mall
  • Chicken Rice Shop - Batu Pahat Mall
  • Starbucks - Jalan Tan Swee Hoe

Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu . Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000, Seven 7 dan banyak lagi

Perkhidmatan Utiliti, Telekomunaikasi, Bank dan Kewangan[sunting | sunting sumber]

  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
    1. Ibu Pejabat - Jalan Bakau Chondong
    2. Cawangan Kecil - Yong Peng
    3. Unit Servis dan Kerosakan (Jalan Mohd Khalid)
  • Telekom Malaysia Berhad (TM)
    1. Ibu Pejabat - Jalan Mohd Salleh
    2. TM Point - Jalan Rahmat
    3. TM Point - Batu Pahat Mall
    4. TM Point - Yong Peng
    5. TM Point - Parit Raja (Taman Universiti)
  • Syarikat Air Johor Holdings (SAJ) - Jalan Bakau Chondong
  • Celcom Axiata Sdn Bhd (Celcom) - Batu Pahat Mall
  • Digi Telecommunication Sdn Bhd (DIGI)
    1. Digi Store - Jalan Rahmat
    2. Digi Store Express - Taman Bukit Pasir
    3. Digi Store Express - Batu Pahat Mall
  • Maxis Telecommunication Sdn Bhd (Maxis) - Batu Pahat Mall
  • Apple Store & Services
    1. Batu Pahat Mall
    2. Square One Shopping Mall
  • Samsung Technologies (Samsung Centre & Services) - Batu Pahat Mall
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) - Jalan Mohd Akil, Yong Peng, Parit Raja, Parit Sulong, Rengit, Senggarang
  • Maybank - Jalan Zabedah, Jalan Rahmat, Jalan Bukit Pasir, Yong Peng, Rengit, Square One Shopping Mall
  • CIMB Bank - Jalan Rahmat, Taman Flora Utama, Parit Raja
  • RHB Bank - Jalan Rahmat, Jalan Tan Swee Hoe (RHB Islamic), Yong Peng
  • Hong Leong Bank - Taman Bukit Pasir, Jalan Rahmat, Yong Peng
  • Alliance Bank - Taman Bukit Pasir, Taman Mutiara (Jalan Kluang)
  • Am Bank - Jalan Rahmat, Jalan Rogayah, Yong Peng
  • Standard Chartered - Taman Bukit Pasir
  • HSBC Bank - Jalan Rahmat
  • Bank Rakyat - Taman Maju, Parit Raja
  • Bank Muamalat - Taman Bukit Pasir
  • Public Bank - Jalan Bakau Chondong, Parit Raja
  • Affin Bank Berhad - Taman Bukit Pasir, Ayer Hitam
  • Agro Bank - Taman Makmur, Rengit
  • Kuwait Finance House - Taman Flora Utama
  • Bank Islam - Jalan Rahmat
  • Lembaga Tabung Haji (TH) - Jalan Timah Sari, Parit Raja
  • Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) - Taman Maju
  • AEON Credit - Square One Shopping Mall
  • MBSB - Taman Flora Utama

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Batu Pahat mempunyai 3 Laluan Persekutuan iaitu laluan persekutuan 1, 5 dan 50.Ketika itu,ketiga-tiga laluan tersebut mempunyai dua lorong.Pada 2002, laluan persekutuan 50 dinaik taraf menjadi 4 lorong daripada 2 lorong.Batu Pahat juga mempunyai sebuah hospital daerah, sebuah Ibu Pejabat Polis daerah, dan dua buah balai bomba.Terdapat banyak sekolah rendah dan sekolah menengah dibina di pekan dan ditepi Jalan Kluang.MRSM dan SM Sains Batu Pahat dibina untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi dan mudah untuk masuk universiti di dalam dan luar negara

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Polis[sunting | sunting sumber]

Bagi menjaga keselamatan penduduk bandar dan pekan, Batu Pahat mempunya sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah yang dibina di Jalan Suasa.Batu Pahat juga mempunyai 10 buah Balai Polis iaitu Balai Polis Sri Gading, Bali Polis Parit Raja, Balai Polis Ayer Hitam, Balai Polis Yong Peng, Balai Polis Sri Medan, Balai Polis Tongkang Pechah, Balai Polis Parit Sulong, Balai Polis Semerah, Balai Polis Senggarang, Balai Polis Rengit.Terdapat beberapa buah pondok polis iaitu Pondok Polis Parit Yaani dan Pondok Polis Minyak Beku.

Kemudahan Bomba[sunting | sunting sumber]

Batu Pahat mempunyai dua buah balai bomba iaitu yang baru terletak di Jalan Suasa manakala yang lama terletak di Jalan Mohd. Khalid.Dengan dua buah Balai bomba tersebut ia dapat memberi perkhidmatan kepada seluruh penduduk daerah Batu Pahat dan dilengkapi dengan 2'bay', bilik sedia dan pejabat pentadbiran.Terdapat juga balai bomba yang dibina di pekan Ayer Hitam, Yong Peng dan Rengit.

Kemudahan Pos[sunting | sunting sumber]

Bersesuaian dengan peranannya yang terletak di pusat bandar, sebuah pejabat pos dibina di Jalan Rahmat. Ia dibina pada tahun 1930 dan menyediakan perkhidmatan pos diseluruh daerah Batu Pahat. Terdapat Pos Malaysia di pekan Sri Gading, Parit Raja, Ayer Hitam, Yong Peng, Tongkang Pechah, Kg. Kenangan Dato Onn, Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit. Di samping itu, terdapat sebuah mini pos di Parit Yaani.

Kemudahan Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Bagi kemudahan kesihatan, Batu Pahat mempunyai sebuah Hospital Daerah yang terletak Jalan Kolam Air yang dilengkapi dengan lebih 300 katil untuk kemudahan pesakit. Batu Pahat juga mempuyai klinik kesihatan yang dibina di bandar Batu Pahat, Kg. Kenangan Dato Onn, Sri Gading, Parit Raja, Ayer Hitam, Yong Peng ,Parit Yaani, Sri Medan, Tongkang Pechah, Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit.

  1. Hospital Sultanah Nora Ismail
  2. Hospital Panatai Batu Pahat
  3. Hospital Pakar Putra
  4. KPJ Mutiara Gading (sedang dibina)

Kemudahan Jabatan-Jabatan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan sememangnya diutamakan. Lantaran itu sebuah Bangunan Gunasama Persekutuan dibina di Jalan Suasa yang menempatkan 10 agensi-agensi kerajaan yang berlainan fungsi.

Jabatan-jabatan kerajaan tersebut ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Rakyat, Jabatan Perindustrian dan Perusahaan, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jabatan Hal Ehwal Orang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bim Penerangan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Pejabat Pembahagi Harta Pusaka. Dengan penyatuan jabatan-­jabatan di bawah satu bumbung ini, penduduk Batu Pahat tidak perlu lagi bersusah payah untuk berurusan dengan jabatan­-jabatan kerajaan yang ditempatkan di beberapa tempat seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, RISDA, Jabatan Kastam, Jabatan Kerja Raya, Mahkamah dan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Tidak dilupakan juga kepada Pegawai Daerah dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat yang merupakan tulang belakang kepada pembangunan dan kemajuan daerah ini. Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail menempatkan dua jabatan kerajaan yang lain iaitu Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah.

Industri Pembuatan dan Pemprosesan[sunting | sunting sumber]

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik yang kedua terbesar di Johor. Ia turut dikenali sebagai Pusat Tekstil Negara dengan menghasilkan 50% daripada tekstil yang dieksport dari Malaysia dan terdapat lebih 300 kilang tekstil dan pakaian. Selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara, Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut. Antaranya Munchy's, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]