Batu lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pembentukan batu lumpur di Pantai Timur Lyme Regis.

Batu lumpur adalah batu mendakan berbiji halus yang juzuk asalnya adalah tanah liat atau lumpur. Saiz zarah adalah sehingga 0.0625 mm (0.0025 in) dengan butiran individual terlampau kecil untuk dibezakan tanpa menggunakan mikroskop. Dengan peningkatan tekanan dengan masa kepingan mineral tanah liat menjadi sejajar, dengan rupa kefisilan atau lapisan selari. Mineral berlapis halus ini yang mudah pecah pada lapisan nipis dikenali sebagai syal ("shale"), membezakannya dari batu lumpur. Ketiadaan kefisilan atau lapisan pada batu lumpur mungkin disebabkan oleh tekstur asal atau gangguan pada pelabisan oleh organisma pada mendakan sebelum pembatuan (lithification). Batu lumpur, seperti kerikil lumpur atau shale membentuk 65% bagi kesemua batu mendakan. Batu lumpur kelihatan seperti tanah liat keras dan, bergantung kepada keadaan ia terbentuk, mungkin menunjukkan retakan atau bukaan, seperti deposit tanah liat dibakar matahari.[1]

Ia boleh diasingkan menurut kategori berikut:

  • batu lodak - lebih dari separuh komposisi adalah zarah bersaiz kelodak.
  • batu-lempung - lebih dari separuh komposisi adalah zarah bersaiz tanah liat.
  • Batu lumpur - lumpur keras; campuran zarah bersaiz tanah liat dan kelodak. Batu lumpur turut merangkumi:
    • Shale - menunjukkan berlapisan atau kefisilan.
    • Argilit - telah melalui metamorfis gred rendah.[1]

Klasifikasi batu kapur Dunham[sunting | sunting sumber]

Dalam klasifikasi Dunham bagi batu kapur, batu lumpur adalah matriks yang menyokong batu karbonat yang mengandungi kurang daripada 10% alokem dalam matriks lumpur karbonat. Seperti yang ditakrifkan oleh klasifikasi Dunham, batu lumpur adalah lebih kurang sinonim dengan kalsilutit.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Blatt, H., and R.J. Tracy, 1996, Petrology. New York, New York, W. H. Freeman, 2nd ed, 529 pp. ISBN 0-7167-2438-3
  2. ^ Dunham, R.J. (1962). Classification of carbonate rocks according to depositional texture. In Ham, W. E.. Classification of carbonate rocks. American Association of Petroleum Geologists Memoir. no. 1, pp. 108-121.

Templat:Petrology-stub