Bawa Ku Terbang
| "Bawa Ku Terbang" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh The Fabulous Cats | ||||
| daripada album Hyperkosmik | ||||
| Dilancarkan |
| |||
| Dirakamkan | Januari 2008 | |||
| Studio | Platinum Studio (Kelana Jaya, Selangor) | |||
| Genre | ||||
| Panjang | 4:46 | |||
| Syarikat |
| |||
| Penulis |
| |||
| Penerbit | Cat Farish | |||
| Kronologi single The Fabulous Cats | ||||
| ||||
| "Bawa Ku Terbang" di YouTube | ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
"Bawa Ku Terbang" ialah sebuah single oleh kumpulan hip-hop Malaysia, The Fabulous Cats yang dirilis pada 19 Januari 2009 oleh Metadome (Alibi Music) sebagai single pertama daripada album kedua mereka, Hyperkosmik (2008). Lagu yang ditulis oleh Cat Farish, Adeep dan Roxy Tail ini telah tersenarai dalam No. 1 Hit di Carta Era 2008 selama 15 minggu berturut-turut.
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Muzik video "Bawa Ku Terbang" diarahkan oleh seorang pengarah filem dan video muzik, Ghaz Abu Bakar di bawah produksi miliknya, The Media Hustler.
Penggambarannya mula dilakukan di Background Studio di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya dan mendapat tajaan sepenuhnya oleh Firefly Airlines.
Ia berlatarbelakangkan di sekitar terminal lapangan terbang, di dalam pesawat dan di atas sayap pesawat (hasil imej janaan komputer) serta berlatarbelakangkan visual grafik untuk menguatkan lagi tema lagu. Ia turut menampilkan seorang pramugari dan beberapa penumpang lain.
Versi lain
[sunting | sunting sumber]Lagu itu turut dirakamkan dalam versi Indonesia dengan menambah vokal Wangi yang mana beliau merakamkan vokalnya pada Januari 2009 sebelum diterima menjadi anggota rasmi kumpulan. Versi tersebut dirilis pada Mac 2009 dan dimuatkan dalam album ketiga, Fabulousity. Album tersebut dikeluarkan secara digital pada 10 November 2013.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]- "Bawa Ku Terbang" – 4:46
- "Bawa Ku Terbang" (versi Indonesia) – 4:49
Personel
[sunting | sunting sumber]Rakaman
[sunting | sunting sumber]- Dirakamkan di Platinum Studio, Kelana Jaya, Selangor.
- Mengandungi elemen "It's Yours", ditulis oleh Kevin Keaton (T La Rock), Rick Rubin dan Kevin Keaton (Special K) di bawah Def Jam Recordings.[1]
Personel
[sunting | sunting sumber]- Penulis lagu – Cat Farish, Adeep, Roxy Tail
- Penerbitan, adunan – Cat Farish
- Gitar – Aji
- Bes – Kelly
- Papan nada – Lok Yu
- Susunan dram – Illegal
- Peniup hon – Rajab
- Geseran piring hitam – DJ Sumo
- Vokal – Cat Farish, Adeep, Farhana
- Suara latar – Cat Farish, Adeep, Farhana, Ochi
- Rap – Cat Farish
Vokal versi Indonesia
[sunting | sunting sumber]- Vokal – Cat Farish, Adeep, Farhana, Wangi
- Vokal latar – Cat Farish, Adeep, Farhana, Ochi, Wangi
- Rap – Cat Farish
Carta
[sunting | sunting sumber]| Carta (2008) | Kedudukan carta (minggu) |
|---|---|
| Era FM | 15 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ ""The Fabulous Cats - Bawa Ku Terbang (WhoSampled)"". Dicapai pada 7 Julai 2025.
