Pergi ke kandungan

Bawang Putih Bawang Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bawang Putih Bawang Merah ialah sebuah cerita rakyat dari dunia Melayu. Ia mengisahkan tentang watak perempuan yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tiri dan saudara perempuan tirinya yang membencinya. Namun akhirnya, watak tersebut berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana.

Dalam cerita asal bahasa Melayu, Bawang Merah merupakan protagonis (yang selalu mengalir air mata) sementara Bawang Putih (yang berbau kuat) menjadi antagonis penjahat.[1] Bagaimanapun kini watak Bawang Putih pula ditonjolkan sebagai watak utama dengan watak Bawang Merah menjadi jahat.

Dalam penulisan buku Himpunan Cerita Rakyat Malaysia, yang diselenggarakan oleh Othman Puteh dan Aripin Said, menyatakan Bawang Merah merupakan watak baik manakala Bawang Putih ialah watak antagonis. Berikut kisahnya;

Ibu Bawang Merah sudah lama meninggal dunia, lalu ayahnya berkahwin lain dan mendapat seorang adik tiri yang diberi nama Bawang Putih. Walaupun pada mulanya ibu tirinya sayang pada Bawang Merah, tetapi apabila lahirnya anak sendiri iaitu Bawang Putih, Ibu tiri mula membencinya. Bawang putih mendapat semua yang dihajati, dapat makan sedap, tidur atas tilam empuk dan memakai baju yang cantik.

Bawang Merah hanya dapat memakan sisa, tempat tidurnya di ceruk dapur, Tiada tilam dan bantal,hanya diberi sehelai tikar mengkuang yang sudah koyak rabak.

Dalam budaya masyhur

[sunting | sunting sumber]
  • Bawang Putih Bawang Merah muncul dalam filem Magika, sebuah filem fantasi muzikal tahun 2010 yang menghimpunkan pelbagai watak cerita rakyat Melayu, dilakonkan oleh Sharifah Aleya (Bawang Merah) dan Sharifah Amani (Bawang Putih)[2][3].
  • Bawang Putih Bawang Merah telah difilemkan dengan arahan Datuk S Roomai Noor yang diterbitkan oleh Cathay Keris pada 1959, Filem dilakonkan oleh Umi Kalthom (Bawang Putih, antagonis) dan Latifah Omar (Bawang Merah, protagonis) hasil olahan daripada novel Bawang Putih Bawang Merah karya Salleh Ghani, yang turut menjadi penulis skrip dan penolong pengarah filem itu. [4]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Hasanudin, Muhammad Irfan Waqiuddin; Azlizan, Mohd Affiq Affandy; Jamian, Muhd Norizam (2021). "Cerita Rakyat Bawang Putih Bawang Merah Versi Malaysia & Indonesia: Perbandingan Latar Budaya". Jurnal Wacana Sarjana. 5 (3): 1–21. ISSN 2600-9501.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Bawang Putih Bawang Merah 1959". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-18. Dicapai pada 2009-06-08.
  2. ^ Wahiduzzaman (23 September 2010). ""Magika" Bukan Filem "Gebang Kosong"". mStar. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  3. ^ "Kelainan "Magika" Berjaya Pikat Hati Penonton". mstar. 24 September 2010. Dicapai pada 6 Mac 2023.
  4. ^ "KAGUM KARYA KLASIK BAWANG PUTIH BAWANG MERAH", Oleh Nor Akmar Samudin dan Mohd Nasif Badruddin, Harian Metro, 16 Disember 2006[pautan mati kekal]