Bawang besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bawang bombay)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bawang besar
Onions.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Asparagales
Keluarga: Amaryllidaceae
Genus: Allium
Spesies: A. cepa
Nama binomial
Allium cepa var. cepa
(L.)

Bawang besar atau bawang Bombay (dikenali sebagai bawang Bombay kerana bawang jenis ini telah dibawa oleh pedagang-pedagang yang berasal dari Bombay, India ke serata Asia) ialah sejenis sayuran bebawang yang telah wujud dan telah ditanam di Mesir semenjak 2,700 tahun dulu dan merupakan tanaman makanan penting yang digunakan kini. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Barat dan Asia Tengah dan kini telah di usahakan di seluruh dunia.

Pengeluaran bawang besar dunia pada tahun 2008 sebanyak 3.367 juta metrik tan dengan negara China sebagai pengeluar utama sebanyak 835,060 mt diikuti dengan Jepun (535,340 mt) dan Korea Selatan (523,439 mt). Negara lain yang banyak menanam bawang besar adalah New Zealand, Nigeria, Mexico, Tunisia, Korea Utara dan Ecuador. Di kalangan negara Asia tenggara, hanya Thailand (2,200 hektar setahun) dan Filipina (7,000 hektar setahun) yang banyak menanam bawang besar. Indonesia pula ada mula menanam tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Malaysia masih mengimport bawang besar iaitu sebanyak 150,000 - 250,000 mt setiap tahun.

Bawang import di Malaysia lebih dikenali dengan bawang besar China (jenis bulat) lebih sedap berbanding dengan bawang besar India (bulat leper dan lebih 'pedas'). Rasa ia lemak, sedikit pedas dan berangin.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kajian saintifik mendapati setiap 100 gram bawang besar, bahagian yang boleh di makan mengandungi 83 g air, protein (1-2 g), karbohidrat (5-9 g) dan tenaga 150 kiloJoule.[perlu rujukan] Bahagian bawang yang boleh dimakan mencapai 90% dari kesemuanya kerana bawang besar hanya mempunyai kulit yang sangat nipis dan bertahan agak lama. Kandungan terpenting dalam bawang besar dikenali sebagai S-Alkenyl cysteine sulphoxides iaitu bahan aktif yang berfungsi dalam menambahkan perisa dan kesedapan dalam makanan.[perlu rujukan]

Bawang besar boleh digunakan bagi merawat penyakit lemah tenaga batin, kolestrol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, air mani kurang, badan banyak lendir (peluh) dan tiada selera makan. Ia boleh digunakan juga bagi mencegah penggumpalan darah, kanser, kencing manis, serangan sakit jantung, strok, menguatkan tulang, sebagai antioksidan, awet muda dan menambah tenaga dan kekuatan badan.[perlu rujukan]

Ciri botani[sunting | sunting sumber]

Herba sederhana besar setinggi 45-60 cm. Akar serabut. Batang pendek, tidak berkayu. Daun jenis tunggal, bilah daun berbentuk silender, susunan berpilin, berbentuk panjang dengan hujung meruncing, tengah daun berlubang, berwarna hijau tua, permukaan berkilat dan berbau kuat. Bebawang terletak dalam tanah yang berbentuk bulat, lonjong atau leper bergantung kepada varieti dan ia berkulit nipis. Bunganya terbentuk seperti berbentuk sfera umbel dengan ukuran 2-5 cm mengandungi 50-2,000 jambak berwarna ungu atau hijau putih. Kajian mendapati selepas pendebungaan, buah bawang besar akan terbentuk berukuran 4-6 diameter seperti kapsul megandungi 6 biji benih. Biji benih bawang berukuran 6 mm x 4 mm berwarna hitam dan berkerekot apabila kering.

Bawang besar merah.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Penanaman bawang besar sesuai ditanam di atas tanah gembur berpasir yang subur dan lazimnya di tanam di atas batas. Benih bawang besar (jenis Red Creole) perlu disemai diatas tapak semaian selama 6 - 8 minggu dan perlu diberikan teduhan. Apabila anak semaian bersaiz seperti pensil atau setinggi 15 cm terus di tanam/diubah keatas batas dengan jarak tanaman sejauh 30 - 40 cm dalam baris dan 50-60 cm antara baris (2 baris di atas batas). Terdapat juga beberapa varieti di Filipina seperti 'Granex' dan 'Red Pinoy' yang ditanam dengan biji benih terus ke atas batas terutama di waktu musim hujan. Sistem pengairan penting pada peringkat awal penanaman tetapi jika air berlebihan juga akan memusnahkan tanaman.

Pembajaan bagi bawang besar adalah penting dengan menggunakan baja organik dan baja sebatian kimia. Baja nitrogen perlu diberikan pada peringkat awal pertumbuhan vegetatif sehingga ke peringkat hampir matang ditambah unsur fosforus dan kalium. Sebaiknya tanaman bawang diberikan sungkupan seperti jerami padi atau rumput kering seperti apa yang dijalankan di Filipina dan Thailand. Petani perlu menlaksanakan penggiliran tanaman bawang untuk elakkan serangan dari nematod, kulat Sclerotium dan Fusarium.

Penyakit dan perosak[sunting | sunting sumber]

Masalah utama tanaman bawang merah adalah serangan teruk oleh kulat Altenaria porri (penyakit tompok unggu) yang menyebabkan pokok boleh mati dan perlu dikawal dengan racun kimia seperti Dithane. Serangan reput pangkal oleh kulat Fusarium oxysporium juga berlaku pada semua peringkat dan perlu dikawal dengan amalan penggiliran tanaman atau menggunakan varieti rintang. Terdapat juga penyakit bintik daun yang disebabkan oleh Stemphyllium botryosum dan serangan ini boleh dikawal dengan racun kimia jenis carbamate. Penyakit lain ialah penyakit antraknos (Collectotricum cicirnans), penyakit kulapuk hitam (Aspegillus niger) dan Penyakit terbakar pucuk (Botrytis squamosa).

Terdapat banyak serangga perosak yang juga meminati bawang besar seperti ulat ratus (Spodoptera exigua) yang makan daun bawang dan juga serangan kutu (Thrips spp) yang merosakan daun. Virus juga menyerang bawang iaitu serangan 'bantut kuning bawang' iaitu menjadikan pokok terbantut dan penyakit kuning tapak sulaiman sering berlaku. Selepas dituai bawang besar juga diserang bakteria iaitu jenis Pseudomonas aeruginosa dan Ervinia carotovora yang menyebabkan kerugian semasa penyimpanan di stor. Nematod (Melodoigyne spp.) juga menyebabkan kerosakan akar yang menjejaskan hasil jika penggiliran tanaman tidak dijalanan. Disebabkan itu petani di Malaysia tak gemar tanam bawang besar.

Penuaian[sunting | sunting sumber]

Penuaian bawang besar dibuat selepas 90 -150 hari lepas semai atau tanam mengikut varieti dan lokasi. Lazimnya penuaian di jalankan pada musim kering iaitu bulan Mac-April dengan mencabut bawang yang telah cukup matang. Bebawang dengan daun tadi digantung untuk beberapa hari dikebun sehingga daunnya cukup kering sebelum diasingkan bebawang dan dibuat penggredan. Bebawang kemudian dimasukan dalam guni berjaring dan disimpan dalam setor untuk dijual. Hasil bergantung kepada varieti bawang merah. Jenis 'Granex' mampu menghasilkan 15-20 metrik tan sehektar di Filipina dan Thailand walaupun purata penghasilan di kawasan Asia cuma 14 mt.ha berbanding dengan penanaman bawang di Eropah mencatat 50 mt/ ha.

Bawang besar di masukkan ke dalam guni dengan berat 20 kg /guni yang disusun datas rak-rak kayu didalam setor yang mempunyai pengudaraan yang baik. Kajian juga mendapati bawang besar yang di simpan dalam bilik sejuk bersuhu 0 darjah celsius mampu bertahan selama 6 bulan. Teknologi penanaman bawang besar agak rumit dan adakah memadai dengan harga yang di tawarkan di Malaysia.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Eric, B. (2010). Garlic and Other Alliums: The Lore and the Science. United Kingdom: RSC Publishing

Rujukan[sunting | sunting sumber]