Pergi ke kandungan

Bayam Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bayam Jepun
Bayam Jepun dengan bunganya
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Order: Caryophyllales
Keluarga: Amaranthaceae
Genus: Spinacia
Spesies:
S. oleracea
Nama binomial
Spinacia oleracea

Bayam Jepun (Spinacia oleracea),[1] atau hanya disebut bayam, ialah sayuran yang digunakan untuk daunnya, dari genus Spinacia. Bayam Jepun tidak sesuai untuk iklim tropika seperti sebahagian tempat di Asia Tenggara kerana cepat berbunga dan tidak tumbuh banyak daun.

Ia dikenali sebagai bayam jepang atau horenso di Indonesia.[2]

Beza bayam biasa

[sunting | sunting sumber]

Nama "bayam" sering bertindih makna kepada dua jenis sayur yang datang dari keluarga Amaranthaceae yang sama tetapi berbeza genus.[3] "Bayam" yang ditemui dalam masakan Barat datang daripada genus Spinacia khususnya Spinacia oleracea[4] dengan nama setempat spinach,[5] sedangkan "bayam" yang digunakan untuk menamakan sejenis sayur dalam masakan Nusantara datang daripada genus Amaranthus[5] di mana nama Inggerisnya adalah amaranth.

Bayam Jepun sering dipakai dalam masakan Eropah. Daun tumbuhan bayam ini yang mudah pula boleh dimakan mentah dan dijadikan salad. Dalam masakan India, sayur jenis bayam ini ini sering dimasak dalam palak paneer dengan paneer (semacam keju), atau aloo palak dengan kentang.

Sama seperti bayam sebenar, bayam Jepun kalau dipanas ulang boleh berbahaya untuk anak di bawah 6 bulan. Untuk orang yang lebih dewasa, biasanya tidak ada masalah.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Hourensou Bayam Jepun (ほうれん草)". Kebun Bahagia Bersama. 27 Ogos 2013.
  2. ^ "bayam jepang". Kamus Besar Bahasa Indonesia dalam jaringan. Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Republik Indonesia.
  3. ^ "spinach". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  4. ^ "Spinach, Spinacia oleracea". Wisconsin Horticulture. University of Wisconsin. 2021. Dicapai pada 2 Mac 2021.
  5. ^ a b "Khasiat, kandungan bayam untuk tubuh". Media Permata. 18 April 2018.