Beatmania
| Beatmania | |
|---|---|
| Genre | Permainan video muzik |
| Pembangun | Bemani |
| Penerbit | Konami |
| Pencipta | Yuichiro Sagawa |
| Keluaran pertama | Beatmania 10 Disember, 1997 |
| Keluaran terkini | Beatmania: The Final 26 Julai, 2002 |
| Spin-off | Beatmania IIDX, Beatmania III, permainan video muzik Konami yang lain |
Beatmania (ビートマニア) merupakan sebuah permainan video berirama yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Konami. Permainan video ini diterbitkan untuk kali yang pertama pada Disember 1997. Permainan video ini menyumbang banyak kepada loncatan populariti permainan video muzik pada tahun 1998, dan siri permainan video ini berkembang, bukan sahaja dengan sekuel arked, tetapi juga dengan penerbitan untuk konsol permainan video, sehingga mencapai bilangan jualan sejuta unit.[1] Siri permainan video muzik Bemani dinamakan mengikut nama Beatmania, digunakan untuk kali yang pertama dalam penerbitan arked Beatmania 3rdMix dan kekal digunakan selepasnya. Siri Beatmania berakhir dengan Beatmania The Final, permainan terakhir dalam siri, yang diterbitkan pada tahun 2002.
Beatmania melahirkan beberapa spin-off, seperti siri Beatmania IIDX yang mempunyai 7 kekunci dan tahap kesusahan yang lebih tinggi, dan masih mendapat kemas kini sehingga hari ini, dan sebuah siri lain bernama Beatmania III, sebuah pembangunan semula siri asal yang mempunyai platform hardware yang lebih moden, sebuah pedal untuk efek-efek dan sebuah cakera liut 3.5" untuk menyimpan rekod permainan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Annual Report of a Foreign Private Issuer Form 20-F".(dalam bahasa Inggeris)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang rasmi Beatmania
- Beatmania di Killer List of Videogames (dalam bahasa Inggeris)