Bebe Rexha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bebe Rexha
Rexha pada tahun 2016
Latar belakang
Nama lahirBleta Rexha
Kelahiran (1989-08-30) 30 Ogos 1989 (umur 34)
Bandar Raya New York,
Amerika Syarikat
GenrePop[1][2]
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
  • Penerbit rakaman
Instrumen
  • Vokal
  • piano
  • gitar
  • trompet
Tahun aktif2010–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
beberexha.com

Bleta Rexha [ˈblɛta ˈɾɛdʒa, blé.ta ré.ja][3] (lahir 30 Ogos 1989) atau nama pentasnya Bebe Rexha [ˈbiːbi ˈrɛksə, bi.bi rék.sĕ][3] ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Amerika Syarikat.[1][2]

Beliau dahulunya terlibat dalam pengarangan lagu untuk seberapa artis seperti Shinee, Selena Gomez dan Nick Jonas;[4][5][6][7][8] salah satu lagu ini yang dipersembahkan Eminem dan Rihanna berjudul "The Monster" memenangi Anugerah Grammy dalam kategori Persembahan Rap Terbaik tahun 2015.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Rexha lahir di Brooklyn, New York.[9] Dua-dua orang tua berbangsa Albania:[10] ayahnya Flamur Rexha kelahiran Debar, Yugoslavia (kini dalam Makedonia Utara) yang bermigrasi ke AS pada usia 21 tahun sementara ibunya Bukurije Rexha lahir di AS dari sebuah keluarga etnis Albania yang berasal dari Gostivar (juga dalam Makedonia Utara kini).[11][12] Beliau mendapat nama pendeknya "bebe" dari nama diberinya dalam bahasa Albania, bletë yang bererti "lebah dengung"[4] Pada usia 6 tahun, Rexha dan keluarganya kemudian pindah ke Staten Island, New York.

Rexha memainkan trompet serta juga mengajar diri cara bermain gitar dan piano.[13][14] Rexha bersekolah di Tottenville High School di Staten Island, dimana beliau mengambil bahagian dalam berbagai kegiatan muzik. Dia juga bergabung dengan kumpulan padu suara saat berada di sekolah menengah; di sini beliau mengetahui bahawa jenis suaranya adalah sopran coloratura.

Ketika Rexha masih remaja, beliau memasukkan sebuah lagu untuk dinyanyikan di acara tahunan "Grammy Day" National Academy of Recording Arts & Sciences. Rexha meraih anugerah "Best Teenager Songwriter" mengalahkan sekitar 700 peserta lainnya.[10][15][16] Beliau memerima hadiah ditawarkan menandatangani sebuah kontrak dengan seorang pencari bakat bernama Samantha Cox yang meyakinkan Rexha untuk mendaftar di kelas menulis lagu di New York City.[13][17]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2010 - 2012: bersama kugiran Black Cards[sunting | sunting sumber]

Bebe dan Pete Wentz dari Black Cards membuah persembahan di Central Park pada 2011

Pada tahun 2010, Rexha bertemu dengan bassis Fall Out Boy, Pete Wentz yang mula bekerja dengannya di sebuah studio rakaman di Bandar Raya New York.[14][18] Dia akhirnya menjadi anggota dan vokalis utama dari projek percubaan baru dari Wentz untuk sebuah band, yang bernama Black Cards. Beliau ini memainkan berbagai pertunjukan langsung dan merilis beberapa single dan remix. Namun, pada bulan Januari 2012, Wentz mengumumkan bahawa Rexha meninggalkan band untuk mecuba usaha lain.

2013–2015: Debut solo, I Don't Wanna Grow Up[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Rexha menandatangani kontrak dengan Warner Bros. Records sebagai artis solo.[19] Rexha mula menulis beberapa lagu, termasuk "Like a Champion" oleh Selena Gomez dan "Glowing" oleh Nikki Williams.[6] Lagu yang ditulisnya yang paling menonjol tahun 2013 adalah lagu dari Eminem dan Rihanna yang berjudul "The Monster", yang dirilis sebagai single keempat Eminem dari album Eminem berjudul The Marshall Mathers LP 2. Lagu tersebut terus berlanjut sampai ke puncak tangga lagu Billboard Hot 100 dan Billboard Hot R&B/Hip-Hop Songs AS dan memenangkan sebuah Grammy Award sebagai Best Rap/Sung Performance di Anugerah Grammy ke-57.[20] Pada tahun yang sama, Rexha juga menulis dan menjadi penyanyi dalam single milik Cash Cash yang berjudul "Take Me Home".

Pada tanggal 21 Mac 2014, Rexha merilis single debutnya, "I Can't Stop Drinking About You".[21] Lagu ini berada di nombor 22 di tangga lagu Billboard Top Heatseekers.[22] Video musiknya dirilis pada tanggal 12 Ogos 2014. Video tersebut diilhami oleh citra dari filem-filem seperti Girl, Interrupted dan Melancholia.[23] Pada bulan November 2014, Rexha berduet dalam lagu rapper Pitbull berjudul "This Is Not a Bor".[24] Pada bulan September 2014, beliau dipilih oleh Elvis Duran sebagai "Artist of the Month" dan tampil di acara TV Today dari NBC diacarakan Kathy Lee Gifford dan Hoda Kotb, di mana beliau membawakan single "I Can't Stop Drinking About You" secara langsung.

Pada bulan Disember 2014, Rexha merilis dua single lagi, "Gonna Show You Crazy" dan "Gone".[25][26] Pada tanggal 12 Mei 2015, beliau merilis EP debutnya, berjudul "I Don't Wanna Grow Up" melalui Warner Bros. Records.[27] Dia juga turut menulis dan menyanyi di lagu milik David Guetta yang berjudul "Hey Mama", bersama Nicki Minaj dan Afrojack.[6] Lagu ini memuncak di nombor 8 di Billboard Hot 100 dan menerima 1,1 juta unduhan per Juni 2015. Lagu ini awalnya tidak memasukkan Rexha sebagai penulis lagu, terlepas dari fakta bahawa beliau menyanyikan bahagian refrain dan di vokal latar. Pada bulan Juni 2015, beliau akhirnya terdaftar sebagai salah satu penulis lagu atas lagu ini.[27][28]

2015–2017: Kolaborasi dan siri All Your Fault[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2015, Rexha ikut menulis dan muncul di lagu milik G-Eazy yang berjudul "Me, Myself & I". Lagu tersebut mencapai puncak di nombor 7 di Billboard Hot 100[29] dan di nombor satu di Billboard Pop Songs.[30] Lagu ini awalnya berjudul "I Don't Need Anything" dan dimaksudkan sebagai lagu untuk Rexha sendiri. Namun, beliau membawa ide lagu itu ke G-Eazy dan muncul menyanyikan bahagian refrainnya.[31] Rexha bertemu dengan pengurus Nicki Minaj, Gee Roberson, dan bertanya apakah Minaj mahu menyumbang dalam lagu baru beliau. Pada bulan Mac 2016, Rexha merilis single ini berjudul "No Broken Hearts" dengan Nicki Minaj sebagai artis undangan.[32][17] Pada bulan April 2016, video muzik dirilis dan disutradarai oleh Dave Meyer.[33]

Pada tanggal 29 Julai 2016, Rexha dan DJ dan produser rakaman Belanda Martin Garrix merilis single mereka, "In the Name of Love". Single ini menduduki posisi nombor 24 di Billboard Hot 100 AS, nombor 4 di carta Hot and Dance AS dan masuk dalam 10 besar tangga lagu di beberapa negara, termasuk Britania Raya, Kanada, Australia, Itali dan New Zealand. Video muziknya dirilis pada tanggal 23 Ogos 2016 di saluran YouTube milik Garrix.[34] Pada tanggal 6 November tahun sama, Rexha menjadi pembawa acara MTV Europe Music Awards 2016 yang berlangsung di Rotterdam, Belanda. Dia juga membawakan beberapa lagu, termasuk "I Got You"[35] yang dirilis akhir bulan sebelumnya pada awalnya ditujukan sebagai single utama untuk album All Your Fault. [36] Lagu ini berada di nombor 17 di Billboard Pop Songs AS[37] dan di nombor 43 di Billboard Hot 100 AS.[38] Rencana berubah dari album studio penuh menjadi projek multi EP dan "No Broken Hearts" dibatalkan, membuat "I Got You" satu-satunya single yang masuk ke All Your Fault: Pt. 1, yang dirilis pada tanggal 17 Februari 2017. EP ini berada di nombor 51 di Billboard 200.[39] Pada bulan Mac 2017, Rexha memulai jelajah solo pertamanya di Amerika Utara dan Eropah, dinamai All Your Fault Tour, dengan total 29 konser.[40]

Rexha tampil di London, 2017.

Pada bulan Mei 2017, filem dokumentari Bebe Rexha: The Ride disiarkan di MTV yang menyentuh titik penting dalam mengubah kehidupan dan perjalanan Rexha menjadi bintang terkenal.[41]

Pada tanggal 21 Julai 2017, anggota dari One Direction Louis Tomlinson merilis single berjudul "Back to You" bersama Rexha dan Digital Farm Animals sebagai artis utama. Lagu ini berada di tangga nombor 40 carta Billboard Hot 100.

"The Way I Are (Dance with Somebody)" yang muncul bersama Lil Wayne dirilis sebagai single pertama dari All Your Fault: Pt. 2 pada tanggal 19 Mei 2017.[42] Pada tanggal 12 Jun, Rexha membawakan lagu ini di sidang pres E3 Ubisoft sebelum mengumumkan permainan video Just Dance 2018 yang juga memunculkan lagu tersebut.[43] EP kedua sebagai bahagian dari proyeknya dirilis pada tanggal 11 Ogos 2017. Untuk mempromosikan EP dan album debut milik penyanyi penulis lagu Amerika Syarikat bernama Marc E. Bassy, Rexha berencana untuk ikut jelajah di seluruh Amerika Syarikat: the Bebe & Bassy Tour, pada bulan Oktober 2017. Tur ini hanya berlangsung sebentar kerana Rexha sakit menghidap infeksi yang membuatnya harus merehatkan vokalnya, dan Marc E. Bassy mengadakan jelajah solo di AS pada bulan Maret 2018.[44][45]

Pada tanggal 24 Oktober 2017, "Meant to Be" dirilis sebagai single kedua dari Pt. 2, dengan video muziknya rilis sehari sebelumnya.[46][47] Lagu ini berada di nombor dua di Billboard Hot 100[48] dan setakat November 17, 2018 telah menghabiskan 50 minggu di nombor satu tangga lagu Hot Country Songs,[49] mematahkan catatan lagu yang paling lama berada di nombor satu yang sebelumnya dipegang oleh lagu berjudul "Body Like a Back Road" oleh Sam Hunt.

2017–sekarang: Expectations[sunting | sunting sumber]

Rexha tampil pada tahun 2018.

Pada bulan September 2017, Rexha mula memberikan cuplikan dari kelanjutan siri All Your Fault dengan pengurusnya memberitahu tanggal rilisnya.[50] Namun, rencana albumnya berubah, dan Rexha mengungkapkan melalui sebuah cuitan di bulan November 2017 bahawa album berikutnya akan berjudul Expectations.[51] Rexha mengumumkan sampul album pada tanggal 8 April 2018, dan album ini rilis pada tanggal 22 Jun 2018.[52] Single sebelumnya dari album berjudul All Your Fault, "I Got You" dan "Meant to Be" masuk juga ke dalam album Expectations.

Pada tanggal 13 April 2018, "Ferrari" dan "2 Souls on Fire", yang muncul bersama Quavo dari grup bernama Migos, dirilis sebagai single promosi dengan pra-pemesanan album.[53]

Pada tanggal 15 Jun 2018, "I'm a Mess" dirilis sebagai single utama dari album.[54]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album solo[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Sebagai penulis lagu[56][sunting | sunting sumber]

Tahun Artis Lagu Album
2009 Lee Hyori "As Long as I Love You"[57]
(bersama Will Pan)
Single tunggal
2010 Nikki Williams "Glowing"
Shinee "Lucifer"[5] Lucifer
2011 Jelena Karleuša "Muškarac koji mrzi žene" Diva
2012 We the Kings "Party, Fun, Love, and Radio"[58] Party, Fun, Love, and Radio EP
2013 Selena Gomez "Like a Champion" Stars Dance
Eminem "The Monster"

(bersama Rihanna)

The Marshall Mathers LP 2
2014 Tinashe "All Hands on Deck" Aquarius
Bella Thorne "Jersey" Jersey
"One More Night"
2016 Iggy Azalea "Team" Single tunggal
Nick Jonas "Under You" Last Year Was Complicated
2018 Logan Staats "The Lucky Ones" The Launch Season 1 EP
2019 Gryffin "Body Back"

(bersama Maia Wright)

Gravity
2020 Selena Gomez "Crowded Room"

(bersama 6lack)

Rare

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Nijjar, Aneet. "Bebe Rexha Biography". AllMusic. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  2. ^ a b "On the Charts: Bebe Rexha, Florida Georgia Line Achieve Rare Country Feat". Rolling Stone. 5 Disember 2017. Dicapai pada 17 Disember 2017.
  3. ^ a b Bebe Rexha (8 Jun 2016). Try to pronounce my real first name // Watch my 'Introducing' interview at http://push.mtv.tv!. Peritiwa berlaku pada 00:01–00:04. Dicapai pada 14 September 2019 – melalui Facebook.
  4. ^ a b c Macas, Trisha (June 28, 2016). "Bebe Rexha: Music is about making people know they're not alone". GMA Network. Dicapai pada August 13, 2016.
  5. ^ a b "Pop star Bebe Rexha shows how she made SHINee's "Lucifer"". SBS PopAsia. 31 Mei 2019. Dicapai pada 28 Ogos 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ a b c "7 Songs You Didn't Know Bebe Rexha Wrote". Yahoo! Music. August 9, 2016. Dicapai pada August 13, 2016.
  7. ^ Lange, Maggie (April 6, 2016). "Meet Bebe Rexha, the Woman Who's Been Making All Those Top 40 Songs So Catchy". GQ. Dicapai pada August 13, 2016.
  8. ^ Goodman, William (July 22, 2016). "Bebe Rexha Plays Hits & New Tracks at Acoustic 'Next Up' Seattle Show". Billboard. Dicapai pada August 13, 2016.
  9. ^ "QUEEN BEBE 2017's hottest new talent Bebe Rexha opens up about songwriting for big artists and fighting to survive in the 'cut-throat' music industry". The Sun. January 15, 2017.
  10. ^ a b Ebro Darden (pengacara), Bebe Rexha (tetamu) (17 April 2016). Bebe Rexha talking about being Albanian and songwriting (Ebro Darden Interview). YouTube. Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  11. ^ Zyla, Julian (April 17, 2014). "Bebe Rexha, bashkautorja e këngës "The Monster"". Voice of America in Albanian. Dicapai pada December 13, 2016.
  12. ^ Rama, Albana (9 June 2014). "Singer Bebe Rexha wrote song for Eminem". Kosovo Diaspora. Dicapai pada December 13, 2016.
  13. ^ a b Vincentelli, Elisabeth (July 4, 2015). "Rihanna dissed me, so I wrote her a hit song". New York Post. Dicapai pada August 13, 2016.
  14. ^ a b Nelson, Jeff (30 Jun 2016). "5 Things to Know About Bebe Rexha, the Breakout Singer-Songwriter You Need to Know (But Have Already Heard!)". People. Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  15. ^ McGahan, Michelle (27 August 2014). "Bebe Rexha Talks Writing Eminem and Rihanna's 'The Monster,' Her Single 'I Can't Stop Drinking About You' + More [EXCLUSIVE VIDEO]". PopCrush. Dicapai pada 13 August 2016.
  16. ^ Tanasă, Raluca (14 August 2014). "Bebe Rexha pune Albania pe harta starurilor pop internaționale – VIDEO" (dalam bahasa Romania). INFOMUSIC. Dicapai pada 13 August 2016.
  17. ^ a b Feeney, Nolan (21 June 2016). "Bebe Rexha's 7-step guide to breaking into the music industry". Entertainment Weekly. Dicapai pada 13 August 2016.
  18. ^ Song, Sandra (13 April 2016). "It's Bebe Rexha's Time to Shine". Paper. Dicapai pada 13 August 2016.
  19. ^ Kennedy, John (24 October 2013). "Singer Bebe Rexha Talks Co-Writing Eminem And Rihanna's 'MMLP2' Collaboration 'The Monster'". Vibe. Dicapai pada 13 August 2016.
  20. ^ Tanners, Jon (7 Januari 2014). "Creating a Monster: How Bebe Rexha's Song Became Eminem's Chart-Topping Hit". Pigeons and Planes. Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  21. ^ Yotka, Steff (March 21, 2014). "Song Premiere: Bebe Rexha". Nylon. Dicapai pada 14 Ogos 2016.
  22. ^ "Bebe Rexha – Chart History – Heatseekers Songs". Billboard. Dicapai pada 14 August 2016.
  23. ^ Midgarden, Cory (13 August 2014). "Meet Bebe Rexha: The Anti-Katy Perry Of Pop". MTV. Dicapai pada 14 August 2016.
  24. ^ Wass, Mike. "Bebe Rexha Teams Up With Pitbull On "This Is Not A Drill": Listen To The 'Globalization' Trap-Pop Anthem". Idolator.
  25. ^ Wass, Mike (17 December 2014). "Bebe Rexha Unveils Her "I'm Gonna Show You Crazy" Cover Art And Shares Two New Snippets: Listen". Idolator. Dicapai pada 14 August 2016.
  26. ^ Stern, Bradley (22 December 2014). "Bebe Rexha Debuts Powerful Ballad, "Gone": Idolator Premiere". Idolator. Dicapai pada 14 August 2016.
  27. ^ a b Lipshutz, Jason (29 April 2015). "Bebe Rexha Explains Why She Isn't (Officially) Featured on David Guetta's 'Hey Mama'". Billboard. Dicapai pada 14 August 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  28. ^ Ryan, Patrick (23 June 2015). "'Hey,' Bebe! 'Mama' singer gets due credit". USA Today. Dicapai pada 14 August 2016.
  29. ^ Ryan, Patrick (5 August 2016). "Q&A: G-Eazy on 'terrifying' Donald Trump, working with Britney Spears". USA Today. Dicapai pada 14 August 2016.
  30. ^ Trust, Gary (11 April 2016). "G-Eazy & Bebe Rexha Rule Pop Songs Chart With 'Me, Myself & I'". Billboard. Dicapai pada 14 August 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  31. ^ Lipshutz, Jason (22 January 2016). "Bebe Rexha Tells Origin Story of G-Eazy's "Me, Myself & I": Interview". Fuse. Dicapai pada 14 August 2016.
  32. ^ Riotta, Chris (16 Mac 2016). "Nicki Minaj and Bebe Rexha's New Song "No Broken Hearts" Is the Breakup Anthem You Needed". Mic. Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  33. ^ Wass, Mike (14 April 2016). "Bebe Rexha On "No Broken Hearts," Songwriting & Her Debut LP: Interview". Idolator. Dicapai pada 14 August 2016.
  34. ^ "Watch Martin Garrix Talk His Collaboration with Bebe Rexha at Lollapalooza". Fuse. 30 July 2016. Dicapai pada 11 August 2016.
  35. ^ Atkinson, Katie (November 6, 2016). "Watch Bebe Rexha Perform 'I Got You' at 2016 MTV EMAs". Billboard. Dicapai pada November 14, 2016.
  36. ^ "Bebe Rexha on Twitter: I have some dope news. So my album got pushed because of it. But you will be getting new music. I promise you this. October".
  37. ^ ""Billboard Pop Songs"". January 21, 2017.
  38. ^ ""Billboard Hit 100"". January 21, 2017.
  39. ^ "Bebe Rexha on Twitter: My album is coming out in two parts. 1st part is moodier/rhythmic/urban".
  40. ^ "Bebe Rexha Announces First Headlining Tour".
  41. ^ "Bebe Rexha's Journey To Stardom Explored In 'The Ride' Documentary". Contact Music.
  42. ^ "The Way I Are (Dance With Somebody) [feat. Lil Wayne]". Google Play. Dicapai pada 19 May 2017.
  43. ^ "Bebe Rexha at Ubisoft Conference 2017". Dicapai pada October 23, 2017.
  44. ^ Rexha, Bebe [@BebeRexha] (October 23, 2017). "After another appointment with my doctor today, I am on strict vocal rest until Thursday night due to an infection. I'm so sorry Texas" (Twit). Dicapai pada December 13, 2017 – melalui Twitter.
  45. ^ "Marc E. Bassy announces Spring 2018 tour in support of 'Gossip Columns'". AXS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 5, 2018.
  46. ^ "Top 40/M Future Releases". All Access Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada October 31, 2017.
  47. ^ "Bebe Rexha and Florida Georgia Line Drop Music Video For "Meant to Be"". CBS. October 23, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-25. Dicapai pada October 24, 2017.
  48. ^ "Bebe Rexha Chart History". Billboard. Dicapai pada February 19, 2018.
  49. ^ "Bebe Rexha & Florida Georgia Line's 'Meant to Be' Breaks New Record". Billboard. 22 Julai 2018. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  50. ^ Andy Gensler (September 12, 2017). "Bebe Rexha's Template For Artist Development In the Age of Streaming". Billboard. Dicapai pada April 14, 2018.
  51. ^ Bebe Rexha [@BebeRexha] (November 9, 2017). "Current Updates: New project coming in New year #Expectations. New record with Machine Gun X Ambassadors called "Home" coming soon" (Twit). Dicapai pada April 14, 2018 – melalui Twitter.
  52. ^ "Expectations by Bebe Rexha". iTunes Store (US). Dicapai pada April 14, 2018.
  53. ^ Apaza, Kevin (April 9, 2018). "Bebe Rexha Reveals Cover Art For "Expectations" Album, Pre-Order Launches This Week!". DirectLyrics. Dicapai pada April 10, 2018.
  54. ^ "Pop Shop Podcast: Bebe Rexha Opens Up About Exceeding 'Expectations' With Her Debut Album, 'Meant to Be' Chart Record & More". Billboard. Dicapai pada August 10, 2018.
  55. ^ "Bebe Rexha on Her First Headlining Tour: 'It's a Dance Party'". Billboard. February 27, 2017. Dicapai pada March 4, 2017.
  56. ^ "Bebe Rexha – Credits". AllMusic. Dicapai pada November 5, 2017.
  57. ^ "BMI | Repertoire Search". repertoire.bmi.com. Dicapai pada 12 Januari 2018.[pautan mati kekal]
  58. ^ "BMI | Repertoire Search". repertoire.bmi.com. Dicapai pada January 12, 2018.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]