Beefalo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Beefalo
Beefalo (21884654683).jpg
Beefalo betina dan anak.
Status pemuliharaan
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Artiodactyla
Keluarga: Bovidae
Genus:
Spesies: Bos taurus × Bison bison

Beefalo, juga dipanggil cattalo atau American hybrid (kacukan Amerika), merupakan anak kacukan subur kepada lembu ternakan (Bos taurus), biasanya jantan dalam program pembiakbakaan terurus, dan bison Amerika (Bison bison), biasanya betina dalam program pembiakbakaan terurus.[1][2] Baka ini dicipta untuk menggabungkan sifat kedua-dua spesies untuk pengeluaran daging.

Beefalo pada asasnya merupakan lembu dari segi genetik dan rupa. Persatuan baka mentakrifkan beefalo seenuhnya sebagai tiga perlapan (37.5%) genetik bison, sementara yang lebih tinggi peratusan genetik bison pula bergelar "kacukan bison".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Porter, Valerie (2008). The Field Guide to Cattle. Voyageur Press. m/s. 70. ISBN 978-0-7603-3192-7. Dicapai 14 May 2015. 
  2. ^ Drew, K. R.; Baskin, L. M. (1989). Wildlife Production Systems: Economic Utilisation of Wild Ungulates. CUP Archive. m/s. 354. ISBN 978-0-521-34099-1. Dicapai 14 May 2015.