Beginda Minda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beginda anak Minda (atau Nor Azman bin Abdullah) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Iban.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beginda telah memeluk Islam dan mendakwa keluar Islam pada 1999[1]. Beliau telah berkahwin dengan seorang Kristian, Angela anak Jabing. Anak beliau, Basil anak Beginda lahir pada 8 Mei 2000.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kontroversi bersama Ummi Hafilda Ali[sunting | sunting sumber]

Beginda disaman oleh Ummi Hafilda Ali kerana memfitnah Ummi dan menyerang secara peribadi di lobi Parlimen Malaysia. Kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau wanita yang banyak skandal dan terbabit dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan menuduh liwat terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 12 September 2011, ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menarik balik writ saman RM100 juta terhadap Nor Azman Abdullah dan portal berita Malaysiakini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham menerima permohonan daripada peguam Zulhelmi Wagiman yang mewakili Ummi Hafilda Ali.Alamat terakhir Nor Azman ialah di Kapit, Sarawak bukan di di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya.

Peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff memohon plantif (Ummi Hafilda) membayar RM5,000 sebagai kos pengangkutan dan kos guaman. Beliau juga mendapat laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai Ummi Hafilda yang diisytiharkan muflis pada 1999. [2]

Sosej babi dan status agama anak[sunting | sunting sumber]

Pada 5 November 2010, isterinya Angela membuat aduan kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan oleh guru penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah Isu ini menjadi kontroversi kerana Basil dianggap seorang kanak-kanak beragama Islam kerana dilahirkan berbapakan seorang Islam, Nor Azman Abdullah. Perundangan Islam di Malaysia mengikut keputusan muzakarah fatwa kebangsaan menyatakan apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam[3]. Nor Azman atau Beginda bagaimanapun mendakwa anaknya bukan berugama Islam, malah tiada agama tercatat pada status agamanya sebagai bapa dalam sijil kelahiran.[1]

Penglibatan dalam pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beginda menyertai Pilihan raya umum Malaysia 1999 dan Pilihan raya negeri Sarawak 2001 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)[4] menggunakan nama Islam tapi juga mengakui bahawa dia bukan lagi beragama Islam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Syed Mu’az Syed Putra (Malaysia Insider) (November 13, 2010). "Isu murtad: Hadi dakwa Zul Noordin tak betul, PAS mahu siasat dulu". Pemuda Sarawak. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  2. ^ "Ummi Hafilda tarik balik saman RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-12. Dicapai pada 2011-09-12.
  3. ^ BERNAMA (11 November 2010). "JAKIM Diarah Siasat Agama Bapa Murid Bawa Nasi Goreng Sosej Babi Ke Sekolah - Nazri". mstar. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  4. ^ "What is Beginda aka Nur Azman?". Apanama. 10 November 2010. Dicapai pada 17 Januari 2022.