Begol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suatu[pautan mati kekal] begol tentera

Begol,[1] bugel (bugle, serapan bahasa Latin buculus "lembu dikembiri"[2]) atau selompret[1] adalah suatu alat muzik diperbuat daripada loyang mudah. Ia tidak mempunyai injap atau ciri lain yang mampu mengubah nada ditiup melainkan melalui pergerakan mulut peniup.

Alat ini mula dikembangkan daripada tanduk haiwan buruan[3] untuk tujuan komunikasi sesama pemburu mahupun untuk memberitahukan ketibaan seseorang yang bertunggangan dari jauh. Ia kemudiannya dikhususkan dalam bidang ketenteraan untuk mengisyaratkan askar-askar baik yang berkuda atau berbarisan kepada tindakan yang diarahkan dari pemimpin pasukan.

Begol turut digunapakai dalam kalangan orang pandu atau pengakap untuk menandakan waktu tertentu semasa berkegiatan luar seperti berkhemah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Shellabear, William G. (1916). "bugle". An English-Malay dictionary (dalam bahasa Inggeris). Singapura: The Methodist Publishing House. m/s. 67.
  2. ^ "bugle – Definitions from Dictionary.com" (dalam bahasa Inggeris). dictionary.reference.com. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  3. ^ "History of the Bugle Horn" (dalam bahasa Inggeris). www.army.mod.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2007. Dicapai pada 3 Mei 2008.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]