Permintaan dan penawaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bekalan dan keperluan)
Harga sesuatu barang ditentukan oleh keseimbangan di antara pengeluaran pada setiap harga (bekalan/penawaran) dan keinginan oleh mereka dengan kuasa membeli pada setiap harga (keperluan/permintaan). Jadual ini dapat menggambarkan kenaikan pada keperluan dari D1 ke D2, bersamaan dengan sebuah kenaikan berikutnya pada harga dan jumlah jualan harga barang.

Model permintaan dan penawaran menerangkan interaksi dalam pasaran untuk sesuatu barangan di antara pengeluar dan pengguna, dan hubungannya dengan harga dan penawaran barangan itu. Ia merupakan model asas mikroekonomi dan digunakan untuk menjelaskan beberapa senario, dan juga sebagai konsep asas untuk berbagai-bagai model perekonomian dan teori yang lain. Ia asalnya diterangkan oleh Antoine Augustin Cournot, dan dipopularkan oleh Alfred Marshall.

Model ini meramalkan bahawa dalam sebuah pasaran bebas yang sempurna, harga berfungsi untuk menyeimbangkan jumlah diperlukan oleh pengguna dan jumlah dibekal oleh pengeluar dalam menghasilkan sebuah ekonomi seimbang.

Keluk penawaran condong ke atas manakala keluk permintaan condong ke bawah.

Teori asas[sunting | sunting sumber]

Titik keseimbangan keluk penawaran dan permintaan menentukan harga (P0) dan kuantiti (Q0) seimbang.

Model ini digunakan dalam pasaran bebas yang terdapat persaingan sempurna di mana tiada seorang pun pembeli atau penjual yang banyak mempengaruhi harga dan harga diketahui. Kuantiti barang yang dibekalkan oleh pengeluar dan kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna adalah bergantung kepada harga pasaran barang tersebut. Dalam teori asas penawaran (law of supply), kuantiti yang ditawar berkait dengan harga. Ia mempunyai kecerunan positif, lebih tinggi harga lebih banyak penawaran (dengan andaian ceteris paribus). Teori asas permintaan (law of demand) pula menunjukkan kaitan berlawanan antara kuantiti yang diminta dan harga iaitu lebih tinggi harga sesuatu barang, lebih rendah permintaannya (dengan andaian ceteris paribus). Faktor-faktor lain kecuali harga dianggap tidak berubah. Kaitan ini dipanggil "keluk penawaran" dan "keluk permintaan" atau ringkasnya "penawaran" dan "permintaan".

Teori asas penawaran dan permintaan (laws of supply and demand) menyatakan bahawa keseimbangan harga pasaran dan kuantiti sesuatu barang berada pada titik pertemuan antara permintaan pengguna dan penawaran pengeluar. Di sini, kuantiti yang ditawarkan sama dengan kuantiti yang diminta (rajah) adalah seimbang. Jika harga berada di bawah titik keseimbangan di mana pengguna meminta barang dari apa yang mahu dikeluarkan oleh pengeluar ia dipanggil kekurangan barangan. Kekurangan barangan menyebabkan harga naik di mana pengeluar akan menaikkan harga sehingga ia mencapai titik keseimbangan. Jika harga barang berada di atas titik keseimbangan maka berlaku lebihan barangan. Pengeluaran akan menurunkan harga sehingga ia mencapai titik keseimbangan.


Kesan Peralihan Keluk Permintaan dan Penawaran Pada Keseimbangan[sunting | sunting sumber]

Peralihan Keluk Permintaan[sunting | sunting sumber]

Peralihan keluk permintaan ke kanan akan meningkatkan kuantiti dan harga.

Peralihan Keluk Permintaan ke kiri akan mengurangkan kuatiti dan harga

Peralihan Keluk Penawaran[sunting | sunting sumber]

Peralihan keluk penawaran ke kanan akan meningkatkan kuantiti dan mengurangkan harga

Peralihan keluk permintaan ke kiri akan mengurangkan kuantiti dan meningkatkan harga

Peralihan Serentak Keluk Permintaan dan Penawaran[sunting | sunting sumber]

Peralihan serentak mempunyai kesan berbeza berganting kepada arah peralihan dan kadar peralihan keluk.


Cth: Jika kedua-dua keluk permintaan dan penawaran beralih ke kanan pada kadar yang sama kuantiti akan meningkat tanpa perubahan harga.