Bekok (medan minyak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bekok adalah sebuah medan minyak yang terletak kira-kira 260 km di luar pantai Kerteh, Kemaman, Terengganu, Malaysia. Medan minyak ini kini dioperasikan oleh Petronas Carigali bagi pihak Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Kebakaran di Bekok C[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Disember 2010, satu kebakaran besar telah terjadi di pelantar luar pantai Bekok C. Semasa kejadian terdapat kira-kira 108 orang berada di atas pelantar. Seramai enam orang pekerja Petronas Carigali telah mendapat kecederaan akibat kebakaran dan diterbangkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. Berdasarkan maklumat daripada mangsa kejadian dan kenyataan akhbar dari pihak PETRONAS, kejadian berlaku semasa pekerja sedang melakukan persediaan bagi kerja-kerja penutupan bagi sebelum melakukan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]