Belagu (album Dayang Nurfaizah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Belagu
Album studio oleh Dayang Nurfaizah
Dikeluarkan pada12 Februari 2021
Dirakam pada2021
GenreKlasik
SyarikatDN & AD Entertainment Sdn Bhd
PenerbitDayang Nurfaizah
Kronologi Dayang Nurfaizah
"Dayang Nurfaizah"
(2017)
Belagu
(2021)
-
Single daripada album Dayang Nurfaizah
  1. "Tudung Periuk"
    Dikeluarkan pada: 15 Januari 2021
  2. "Malam Ku Bermimpi"
    Dikeluarkan pada: 12 Februari 2021
  3. "Dikirim Jangan Dikenang Jangan"
    Dikeluarkan pada: 19 Februari 2021

Album Belagu merupakan album solo studio ke-9 penyanyi R&B popular, Dayang Nurfaizah.

Maklumat album[sunting | sunting sumber]

Album terbaharu penyanyi Dayang Nurfaizah, Belagu berada di kedudukan teratas carta iTunes dalam tempoh dua jam selepas ia dilancarkan, hari ini.

Dayang berkata, album klasik itu menghimpunkan lagu terbaik tempatan dan nusantara dengan diberikan nafas baharu.

"Saya dimaklumkan pengurus, Sharina Ahmad, Belagu mula diedarkan di seluruh penstriminan muzik tepat jam 12 malam tadi dan dua jam selepas itu ia berada di kedudukan nombor satu di carta iTunes.

"Alhamdullilah, terasa segala perancangan bertahun-tahun dan kerja keras dicurahkan untuk menghasilkan album ini berbaloi. Ternyata apa yang saya mahu kongsikan dengan peminat muzik tempatan diterima baik," katanya.

Menurut Dayang, sambutan hangat diberikan peminat terhadap album itu juga menjadi petanda positif bahawa industri muzik tempatan masih mampu berkembang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Dayang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak membantu dalam merealisasikan impian menghasilkan album itu terutama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM).

Antara lagu yang dimuatkan dalam Belagu adalah Tudung Periuk, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Tari Tualang Tiga dan banyak lagi.

Penyanyi dan komposer muda, Hael Hussaini turut membuat kemunculan istimewa dengan mendendangkan lagu Gurindam Jiwa secara duet dengan Dayang.

Album Belagu adalah projek khas Dayang yang mana proses rakaman dilakukan secara langsung dalam studio khas yang dibina di gudang, bagi membolehkan segala logistik dan kerja rakaman berlangsung dengan sempurna dalam tempoh dua hari.

Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

  1. Tudung Periuk
  2. Jikalau Abang Merindu
  3. Tak Seindah Wajah
  4. Malam Ku Bermimpi
  5. Gurindam Jiwa (Duet Hael Husaini)
  6. Tari Tualang Tiga
  7. Dikirim Jangan Dipesan Jangan
  8. Kenang Daku Dalam Doamu

Rujukan[sunting | sunting sumber]