Belantara (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Belantara
Belantara - Sri Kandi Di Sisi '88 - (1988).jpg
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1986-kini
Syarikat rakaman
Polygram Records (kini Universal Music Malaysia)
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
https://youtube.com/channel/UCW-2YCYLd9MtO1DLmgLZiBg
(BelantaraDotTV)
AhliZaid (vokal)
Shukri (gitar bass)
Aziz (gitar)
Bekas ahliNen - dram (1988)
Shidee - gitar (1988)
Benson Lee - gitar (1990)

Kumpulan Belantara merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kumpulan muzik ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 [1] oleh tiga orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat pada waktu itu iaitu Zaid (penyanyi) dan Shukri (pemain gitar bass) dari Washington State University, Pullman serta Aziz (pemain gitar) dari The University of Idaho.

Kerjaya seni[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan menulis beberapa buah lagu original, bahang populariti muzik rock era 1980-an di Malaysia juga dapat dirasakan oleh Belantara, membuatkan mereka mencuba nasib dan mengirimkan rakaman demo yang mengandungi lima buah lagu kepada Polygram Records Malaysia, sebuah syarikat rakaman tempatan naungan syarikat rakaman antarabangsa Polydor. Hasil daripada itu, Polygram yang melihat potensi Belantara telah menawarkan kontrak rakaman album kepada mereka.

Kumpulan tersebut lebih popular dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi pengajian tinggi sekitar Amerika Syarikat dan juga tanah air sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an, kerana mereka lebih mudah memahami pelbagai mesej yang dicuba disampaikan oleh Belantara melalui lagu-lagu mereka. Para peminat menyifatkan Belantara seperti kumpulan Queensryche versi Malaysia.

Belantara pernah menghasilkan tiga buah album iaitu Belantara (1987), SriKandi Di Sisi (1988), dan Infiniti (1990).

2002: Lagu Separa Disana bersama Daqmie[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, Belantara telah berkerjasama dengan Daqmie untuk sebuah lagu yang berjudul Separa Disana. Lagu tersebut yang lebih bernuansa pop dan fusion (seperti lagu-lagu nyanyian kumpulan padu suara lelaki yang popular pada ketika itu seperti kumpulan Backstreet Boys dan N'SYNC) merupakan satu cubaan Belantara untuk 'lari' seketika daripada genre kebiasaan mereka. Mereka memilih Daqmie untuk menyampaikan lagu berkenaan kerana mereka kagum dengan kehebatan dan keupayaan vokal beliau.[2]

2020: Persembahan istimewa sempena ulang tahun ke-30[sunting | sunting sumber]

Sebagai menghargai para peminat yang memberikan sokongan padu dari awal kemunculan mereka dalam persada seni tanah air, Belantara telah mengadakan sebuah persembahan istimewa yang diberi nama Belantara 2020 Showcase sempena meraikan ulang tahun penubuhan mereka yang ke-30. Persembahan tersebut telah diadakan selama dua malam iaitu pada 20 dan 21 Februari 2020 di Damansara Performing Arts Centre (DPac) Theatre, Damansara Perdana. Walau bagaimanapun, hanya Zaid, Shukri dan Aziz yang terlibat dalam persembahan tersebut, manakala Benson tidak dapat melibatkan diri dalam persembahan tersebut atas faktor kesihatan. Persembahan mereka dibantu oleh pelakon, pemuzik dan sutradara Samsul Cairel sebagai pemain papan nada, Umar Sulaiman sebagai pemain dram dan Zul Basir sebagai pemain gitar.

Pada persembahan tersebut, Belantara telah mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popular mereka seperti Sutra, Dewi, Airmata, SriKandi Di Sisi, Kepangkuan Ibunda, Amaran!!! Perintah Berkurung, Jebat, Jentera Pemusnah dan Mereka.[3]

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Zaid - penyanyi
  • Aziz - gitar
  • Shukri - gitar bass

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Nen - dram (1988)
  • Shidee - gitar (1988)
  • Benson Lee - gitar (1990)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Belantara (1987)
  • SriKandi Di Sisi (1988)
  • Infiniti (1990)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Best of Belantara
  • Koleksi Terbaik

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Belantara
  2. Kepangkuan Ibunda
  3. Jebat
  4. Jiwa Perajurit
  5. Sutra
  6. Jentera Pemusnah
  7. Dewi
  8. Rintihan Menara Gading
  9. Nostalgy
  10. Negaramu Yang Utama
  11. Perintah Berkurung
  12. Srikandi Di Sisi
  13. Panglima Angkasa
  14. Pelangi Dan Nafiri
  15. Hadiah Harijadi
  16. Menari Di Dalam Hujan
  17. Bunga Matahari
  18. Biar Rindu
  19. Cubaan Bukan Satu
  20. Mutiara
  21. Mereka
  22. Pelita Ketenangan
  23. Lautan Cahaya
  24. Telefon
  25. Bunga Bangsa
  26. Daya Tarikan
  27. Airmata
  28. Dikau Yang Berbeda
  29. Destinasi Infiniti
  30. Jalan Pulang


Pautan luar[sunting | sunting sumber]