Pergi ke kandungan

Belantara (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belantara
PengarahS. Ramanathan
PenulisS. Ramanathan
Cerita olehRun Run Shaw
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiNordin Ahmad
Normadiah
Salleh Kamil
A. Rahim
Muzik olehP. Ramlee
H. M. Rohaizad
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1957
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Belantara merupakan sebuah filem drama Melayu hitam putih yang diterbitkan pada tahun 1957 yang diarahkan oleh S. Ramanathan.[1]

Sekumpulan kelasi kapal sedang mencari harta karun dengan berpandukan sebuah peta. Apabila kapal berlabuh di sebuah pula, Johan sebagai ketua kelasi telah ke hutan pulau itu untuk mencari bekalan makanan. Tiba-tiba Johan dipatuk ular sehingga hampir maut. Tetapi beliau sempat diselamatkan oleh Melati seorang gadis pulau berpakaian seperti Tarzan. Kamil, orang kanan Johan mula tamak dan belot. Beliau telah mencuri peta itu dan terus mencari harta karun itu. Semasa di dalam gua tempat harta karun ditemui, Kamil telah bertarung dengan Johan. Kamil tewas dan segala harta karun terjatuh ke dalam lautan dalam.[2]

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Surieni Sani sebagai Melati kecil

Belantara merupakan filem terakhir lakonan Nordin Ahmad di Shaw Brothers. Filem arahan S. Ramanathan ini diterbitkan pada tahun 1957 sebelum Nordin Ahmad menamatkan kontraknya pada 30 Disember tahun yang sama lalu berhijrah ke Cathay-Keris. Filem ini juga merupakan filem terakhir arahan S. Ramanathan sebelum pulang ke India, dengan tajuk asalnya ialah Tarzan Wanita Rimba.

Sayangnya kita semua tidak lagi berpeluang untuk menonton filem ini kerana ianya dikatakan telah musnah dalam satu banjir besar di Studio Jalan Ampas.

Selain Nordin Ahmad dan Normadiah, filem ini turut diperkukuhkan dengan nama-nama besar seperti Daeng Idris, Salleh Kamil, A. Rahim, Ibrahim Pendek, S. Shamsuddin, Shariff Dol, Kemat Hassan, Ahmad C, H. M. Busra dan ramai lagi.

Plot penceritaan Belantara hampir sama dengan Panggilan Pulau. Hampir separuh daripada pelakon Panggilan Pulau turut berlakon dalam Belantara kecuali Latifah Omar. P. Ramlee turut berlakon dalam filem ini tetapi sebagai kameo kecil sahaja.

Apa yang menariknya Nordin Ahmad memainkan watak sebagai Johan di mana sama dengan wataknya dalam Panggilan Pulau. Manakala seorang gadis rimba. Nama Melati telah digunakan oleh Latifah Omar dalam Panggilan Pulau.

Filem ini mempunyai dua buah lagu yang sangat popular iaitu Aneka Ragam dan Kwek Mambo hasil ciptaan P. Ramlee dan H. M. Rohaizad. Melalui lagu ini juga buat kali pertama Nordin Ahmad menyanyi menggunakan suara P. Ramlee.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]