Belawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kampung Belawai terletak di Bahagian Sarikei, Sarawak, Malaysia. Kampung yang sinonim dengan udang harimau ini kebanyakannya diduduki masyarakat Melanau. Ia berjiran dengan Kampung Jerijeh dan Kampung Rajang. Kampung Belawai kaya dengan produk seperti sesar ujur dan tenunan songket.Daerah Kecil ini, kini di bawah pentadbiran Daerah Daro dalam Bahagian Mukah . Kampung Belawai punya banyak tarikan seperti pantai Belawai dan cara kehidupan masyarakat Melanau yang berpaksikan kehidupan sebagai nelayan.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak 2004-2009 bagi kawasan pilihan raya N.30 Belawai ialah Tuan Haji Hamden bin Haji Ahmad, Jbk. Beliau juga telah dilantik untuk memegang jawatan Menteri Muda Pelancongan Dan Hal Ehwal Belia Sarawak. Beliau bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) - Barisan Nasional (BN). Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.35 pada pilihan raya 2011 ialah Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak dan juga merangkap Pengerusi TEGAS.