Pergi ke kandungan

Belibis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Belibis
Belibis perut hitam
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Anseriformes
Keluarga: Anatidae
Subkeluarga: Dendrocygninae
Reichenbach, 1850
Genus: Dendrocygna
Swainson, 1837
Spesies jenis
Anas arcuata
Horsfield, 1824

Belibis atau itik belibis ialah sejenis burung dalam subkeluarga Dendrocygninae daripada keluarga itik, angsa dan swan, iaitu Anatidae. Dalam skema beberapa taksonomi, ia dianggap sebagai keluarga tersendiri Dendrocygnidae. Sesetengah ahli taksonomi menyenaraikan hanya satu genus iaitu Dendrocygna, mengandungi lapan spesies hidup dan satu spesies pupus yang tidak dihuraikan dari Aitutaki di Kepulauan Cook yang belum dihuraikan.

Lapan spesies belibis kini diakui dari genus Dendrocygna. Bagaimanapun, Johnsgard menganggap itik belakang putih (Thalassornis leuconotus) yang berasal daripada Afrika dan Madagascar adalah spesies ke-9 yang berjauhan,[1] yang mana pertama kali dicadangkan pada tahun 1960 dan asalnya disokong kerana memiliki tabiat yang sama. Kemudian, persamaan dalam anatomi, bunyi itik, dan protein pada sayap memberi sokongan tambahan.[2] Analisis molekul yang dilakukan pada tahun 2009 juga mencadangkan bahawa itik belakang putih membiak dalam kalangan itik belibis.[3] Sebagai tambahan kepada spesies yang pupus, rangka subfosil yang pupus, spesies yang tidak diperincikan boleh didapati di Kepulauan Cook.[4]

Nama saintifik Nama biasa Pihak berkuasa Status pemuliharaan Imej
D. arborea Belibis India Barat Linnaeus, 1758

Membimbangkan

D. arcuata Belibis merantau Horsfield, 1824

Kurang membimbangkan

D. autumnalis Belibis perut hitam Linnaeus, 1758

Kurang membimbangkan

D. bicolor Belibis ekor putih Vieillot, 1816

Kurang membimbangkan

D. eytoni Belibis Australia Eyton, 1838

Kurang membimbangkan

D. guttata Belibis berbintik Schlegel, 1866

Kurang membimbangkan

D. javanica Belibis kecil Horsfield, 1821

Kurang membimbangkan

D. viduata Belibis muka putih Linnaeus, 1766

Kurang membimbangkan

Perincian

[sunting | sunting sumber]

Belibis boleh ditemukan di kawasan tropika dan subtropika. Ia memiliki siulan yang berbeza dan turut dikenali sebagai itik siul.[perlu rujukan]

Belibis mempunyai kaki dan leher yang panjang, dan tinggal dalam kawanan, terbang ke sana dan ke sini pada waktu malam dalam kumpulan besar. Kedua-dua jantina mempunyai warna bulu yang sama, dan bahagian bawah sayap yang berwarna hitam.[perlu rujukan]

  1. ^ Johnsgard 2010a, m/s. 41.
  2. ^ Johnsgard 2010b, m/s. 26.
  3. ^ Eo, Bininda-Emonds & Carroll 2009, m/s. 471–472.
  4. ^ Steadman 2006, m/s. 213 & 218.
  • Donne-Goussé, C.; Laudet, V.; Hänni, C. (2002). "A molecular phylogeny of anseriformes based on mitochondrial DNA analysis". Molecular Phylogenetics and Evolution. 23 (3): 339–356. doi:10.1016/S1055-7903(02)00019-2. PMID 12099792.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Eo, S.H.; Bininda-Emonds, O.R.P.; Carroll, J.P. (2009). "A phylogenetic supertree of the fowls (Galloanserae, Aves)" (PDF). Zoologica Scripta. 38 (5): 465–481. doi:10.1111/j.1463-6409.2008.00382.x.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Eyton, T.C. (1838). A Monograph on the Anatidae Or Duck Tribe. London: Longman, Orme, Brown, Green, & Longman. m/s. 183. doi:10.5962/bhl.title.51971.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Gonzalez, J.; Düttmann, H.; Wink, M. (2009). "Phylogenetic relationships based on two mitochondrial genes and hybridization patterns in Anatidae". Journal of Zoology. 279 (3): 310–318. doi:10.1111/j.1469-7998.2009.00622.x.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Johnsgard, P.A. (1965). "Tribe Dendrocygnini (Whistling Ducks)". Handbook of Waterfowl Behavior. Ithaca: Cornell University Press. m/s. 378.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Johnsgard, P.A. (2010a). "Whistling Ducks: Tribe Dendrocygnini". Waterfowl of North America, Revised Edition. Lincoln: University of Nebraska–Lincoln Libraries. m/s. 575.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Johnsgard, P.A. (2010b). "Tribe Dendrocygnini (Whistling or Tree Ducks)". Ducks, Geese, and Swans of the World. Lincoln: University of Nebraska–Lincoln Libraries. m/s. 404.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Linnaeus, C. (1758). Systema Naturæ (ed. Tenth). Stockholm, Sweden: Laurentius Salvius. m/s. 825.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pereira, S.L.; Baker, A.J. (2009). "Waterfowl and gamefowl (Galloanserae)". Dalam Hedges, S.B.; Kumar, S. (penyunting). The Timetree of Life (PDF). Oxford: Oxford University Press. m/s. 576. ISBN 978-0-19-160898-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Steadman, D.W. (2006). Extinction and Biogeography of Tropical Pacific Islands Birds. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 594. ISBN 0-226-77142-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Swainson, W. (1837). On the Natural History and Classification of Birds. 2. London: Longman, Rees, Orme, Brown, Green & Longman. m/s. 398.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkaitan Dendrocygna di Wikimedia Commons