Bella Dowanna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bella Dowanna
Kelahiran
Qystinna Istajibilla Dowanna binti Halim

(2003-05-18) 18 Mei 2003 (umur 19)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini

Qystinna Istajibilla "Bella" Dowanna Halim (lahir 18 Mei 2003) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau terkenal dengan watak lakonannya di televisyen termasuk Miss Kapten Cikgu Waiz, Asalkan Dia Bahagia dan Budak Tebing. Filem sulung lakonannya, M4M4 dikeluarkan pada 2020.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bella Dowanna memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak pada usia enam tahun dan pernah membintangi beberapa iklan televisyen. Bella mendapat tawaran berlakon pada 2012 menerusi telefilem Begitulah Sayang arahan Ahmad Idham di mana beliau berlakon sebagai anak kepada Zamarul Hisham dan Norish Karman.[3]

Pada usia remaja, beliau mendapat tawaran berlakon di drama televisyen. Antara drama lakonannya termasuk Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2013), Miss Kapten Cikgu Waiz (2017) dan Cemburu Seorang Perempuan (2019). Bella mendapat peranan lakonan di layar lebar menerusi filem seram arahan Eyra Rahman, M4M4 yang mana beliau memegang watak sebagai Alya.[4][5]

Beliau memegang watak sebagai Laura dalam drama Budak Tebing yang bersiaran di Slot Lestary TV3. Selepas Budak Tebing beliau berlakon dalam drama Bila Cupid Jatuh Cinta dengan melakonkan watak sebagai Tina.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 M4M4 Alya Filem pertama
2021 Dendam Penunggu Bainun

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Syafa Aqira kecil TV3
2014 Bila Chacha Masuk Asrama Tintin
2015 Delina Amni
Waris Kasih
2017 Miss Kapten Cikgu Waiz Wahida
2019 Asalkan Dia Bahagia Nina
Rumah Siti Khadijah Chika Episod: "Pil Khayal"
Curi-Curi Cinta Along Astro Ria
Cemburu Seorang Perempuan Kila
2020 Titian Takdir Mimi TV3
Budak Tebing Laura
Bila Cupid Jatuh Cinta Tina
Biar Mereka Cemburu Nabila Astro Ria
2021 Budak Tebing 2 Laura TV3
Hatimu Sedingin Salju Syena
Hawa Raudah Astro Ria
Budak Intern Bainun Soleha TV9
Cheritera Puteri Bella

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Begitulah Sayang TV3
2015 Dosa Terlindung
2016 Mati Tunggu Sekejap Astro Oasis
2017 Menyusur Erti Rindu
20 Sen
2018 Dilema Ruby ntv7
2021 Miss Shopaholic TV1
2022 Tilam Kekabu Kampung Berserah Nor Hadiah / Teh Cempaka
Isyarat Cinta Alya Alya

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Emira Saizali (12 Januari 2021). "Bunga mewangi Bella Dowanna". Kosmo!. Dicapai pada 1 September 2021.
  2. ^ Nur Emira Saizali (8 September 2021). "Bella Dowanna elak kontroversi murahan". Kosmo!. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  3. ^ Norhayati Nordin (12 Mac 2020). Abai aura negatif Harian Metro. Dicapai pada 6 April 2020.
  4. ^ Fatin Farhana Ariffin (18 Januari 2020). Bella difitnah ketika nama semakin dikenali Berita Harian. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  5. ^ Norhayati Nordin (2 Januari 2020). Bella Dowanna jadi mangsa fitnah individu dikenalinya Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  6. ^ Tercalon ABPBH 33 rezeki luar jangka Bella Dowanna Berita Harian. 14 Oktober 2020. Dicapai pada 18 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]