Bellatrix Lestrange

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Harry Potter
Bellatrix Lestrange
Helena Bonham Carter dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix.
Bellatrix Lestrange
Jantina Perempuan
Warna rambut Hitam
Warna mata Gelap dan kuyu
Rumah Slytherin
Sekolah Hogwarts
Keturunan keturunan sihir tulen
Sekutu Death Eater
Dilakonkan oleh Helena Bonham Carter
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire(buku)

Harry Potter and the Order of the Phoenix(filem)

Bellatrix "Bella" Lestrange, née Black, merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter yang dikarang J. K. Rowling. Dalam novel, watak Bellatrix berkembang dari watak tak bernama kepada antagonis utama.

Dalam filem adaptasi novel kelima, pelakon Helena Bonham Carter melakonkan watak tersbeut.

Novel Harry Potter[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Bellatrix Black dilahirkan pada 1951 kepada Cygnus dan Druella (Rosier) Black. Dia dinyatakan sebagai perempuan tinggi dengan rambut hitam yang panjang, mulut nipis, bermata kuyu, berkulit pucat dengan mempunyai rupa elok yang diwarisi keluarga Black.

Bellatrix bersaudara melalui pertalian darah dan perkahwinan dengan banyak watak dalam novel: beliau mempunyai dua orang adik perempuan, Andromeda dan Narcissa. Andromeda mengahwini lelaki berkelahiran Muggle, Ted Tonks, dan disisihkan daripada keluarga Black; Narcissa mengahwini Lucius Malfoy, waris keluarga sihir yang kaya-raya. Beliau juga sepupu pertama Sirius dan Regulus Black, dan ibu saudara kepada Nymphadora Tonks dan Draco Malfoy. Bellatrix mengahwini Rodolphus Lestrange selpeas meninggalkan Hogwarts. Dikatakan yang beliau tidak memperolehi anak.

Di sekolah, Bellatrix bersama dengan sekumpulan pelajar - termasuklah Avery, Rodolphus dan Rabastan Lestrange, Evan Rosier, Severus Snape, dan Wilkes - yang hampir semuanya menjadi Death Eater. Dikatakan yang pada awalnya beliau tertarik dengan Lord Voldemort kerana kedua-duanya percaya akan ideologi darah tulen. Keanggunan dan elit yang dikongsi bersama keluarga Malfoy dan Lestrange, telah ditanam dalam diri Bellatrix sejak kecil. Moto keluarga Black, "toujours pur" (bahasa Perancis bagi "sentiasa tulen"), menggambarkan kepercayaan teguh mereka terhadap darah tulen.

Death Eater[sunting | sunting sumber]

Bellatrix dan suaminya amat aktif ketika Voldemort mula berkuasa dan berjaya mengelakkan diri dari disyaki dan ditangkap sehingga kejatuhan Raja Kuasa Jahat itu pada 31 Oktober 1981. Jika nak dibandingkan dengan Death Eater lain yang mengabaikan ketua mereka, Bellatrix, Rodolphus, Rabastan, dan Barty Crouch Jr. menyiksa dua Auror terkenal - Frank dan Alice Longbottom - dalam cubaan untuk mengetahui lokasi Voldemort. Disebabkan menggunakan Sumpahan yang Tidak Terampun iaitu Sumpahan Cruciatus hingga menyebabkan pasangan Longbottom tidak siuman, Bellatrix dan tiga yang lainnya dikenakan tahanan dalam Azkaban seumur hidup. Pada perbicaraan mereka, Bellatrix dengan bangganya mengatakan, "Raja Kuasa Jahat akan kembali, Crouch! Mencampak kita ke Azkaban; kita akan tunggu! Dia akan bangkit kembali dan datang kepada kami, dia akan memberi ganjaran kepada kami melebihi pengikutnya yang lain! Kita sahaja yang setia! Kita sahaja yang cuba mencarinya!!"[1] Selepas upacara kelahiran semula, Voldemort menyatakan yang adik-beradik Lestrange antara mereka yang paling setia.

Empat belas tahun kemudian, Bellatrix antara Death Eater yang memecah keluar dari Azkaban dan menyertai Voldemort pada Januari 1996. Setelah bertahun, rupanya yang cantik telah pudar dan rupanya dapat dilihat dalam The Daily Prophet.

Peperangan Kedua[sunting | sunting sumber]

Bellatrix turut terlibat, pada Jun 1996, ketika pertarungan di Jabatan Misteri, iaitu dalam cubaan sekumpulan Death Eater untuk mencuri ramalan Sybill Trelawney tentang kejatuhan Voldemort. Ketika misi tersebut, beliau menunjukkan kuasanya dengan mengalahkan dua orang Auror (Nymphadora Tonks dan Kingsley Shacklebolt) dalam pertarungan satu dengan satu, membunuh sepupunya Sirius dengan membuatkan Sirius jatuh melalui Tabir di Bilik Kematian, dan memantulkan satu daripada sihir Albus Dumbledore ketika beliau hendak melarikan diri. Bellatrix merupakan satu-satunya Death Eater yang berjaya mengelakkan diri dari tertangkap di Jabatan. Walau bagaimanapun, beliau dihalang oleh Dumbledore di Atrium Kementerian Sihir selepas bertarung dengan Harry Potter. Voldemort membelanya, dan membawanya keluar dari situ dengan Penjelmaan.

Mengikut kata Dumbledore tentang warisan pusakan keluarga Black, sepatutnya Bellatrix yang akan mewarisi harta pusaka sepupunya, Sirius (termasuk Number dua belas, Grimmauld Place) selepas kematiannya (menunjukkan yang Peraturan si pembunuh tidak berhak memiliki harta warisan tidak berlaku di dalam masyarakat sihir atau sekurang-kurangnya tidak dalam keluarga Black). Walau bagaimanapun, Sirius telahpun mewasiatkan semua hartanya kepada anak angkatnya, Harry Potter. Untuk memastikan yang Harry berhak ke atas harta Sirius (dan mengelakkan ibu pejabat Kumpulan Phoenix daripada jatuh ke tangan musuh), Kreacher telah di bawa menghadap Harry untuk melihat sama ada elf rumah tersebut akan mematuhi Harry atau tidak. Walaupun Kreacher tidak sukakan Harry dan lebih berminat kepada Bellatrix, sihir yang terikat dengan elf tersebut menunjukkan yang semua harta pusaka telah menjadi milik Harry.

Pada Julai 1996, Bellatrix cuba untuk memastikan Narcissa tidak mengadu tentang misi rahsia Draco kepada Severus Snape di Spinner's End. Beliau tidak mmepercayai Snape disebabkan banyak soalan yang ditimbulkannya kemudian tentang kesetiaan Snape terhadap Voldemort. Snape mengejutkan Bellatrix dengan memintanya menjadi pengikat antara dia dan Bellatrix dalam Sumpah yang tidak Terurai untuk membantu Draco.

Pada Julai 1997, Bellatrix cuba membunuh Nymphadora Tonks kerana Tonks telah berkahwin dengan Lupin, serigala jadian yang dianggap akan memalukan keluarga Black. Pada Julai 1998, dia berjaya membunuh Tonks dalam pertempuran Hogwarts. Walau bagaimanapun, dia dibunuh oleh Puan Weasley yang sedih dan geram atas kematian Fred Weasley.

Filem Harry Potter[sunting | sunting sumber]

Pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

Bellatrix hanya mempunyai peranan kecil dan tidak bernama dalam novel Goblet of Fire. Maka, peranan beliau dipotong daripada filem Goblet of Fire.

Walau bagaimanapun, Bellatrix memainkan peranan besar dalam novel Order of the Phoenix maka, filem Order of the Phoenix. Terdapat khabar angin mengatakan yang Elizabeth Hurley akan mengambil peranan tersebut tetapi Warner Bros. tidak menyatakan yang ia benar sama sekali.[2] Pada Ogos 2005, khabar angin mula tersebar mengatakan yang Helen McCrory akan mengambil watak tersebut.[3] Pada 2 Februari 2006, telah diumumkan yang McCrory akan dipilih bagi Bellatrix.[4] Walau bagaimanapun, beliau mengandung dan tidak mampu melakukan babak pertarungan ketika di Kementerian Sihir. (Beliau mengandung tiga bulan ketika April 2006[5] dan akan mengandung lapan/sembilan bulan ketika babak pertarungan di Jabatan Misteri dirakamkan iaitu pada September dan Oktober 2006.[6]) Berita kemudian menyatakan yang watak Bellatrix telah dipilih semula dan Helena Bonham Carter menggantikan McCrory.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rowling, J.K. Harry Potter and the Goblet of Fire. New York: Scholastic Press, 2000. Pages 595-96. ISBN 0-439-13959-7
  2. ^ (Inggeris) Anelli, Mellisa. "WB: Hurley Not Cast in Fifth Potter Film". The Leaky Cauldron. 8 February 2005. Retrieved 28 May 2006.
  3. ^ (Inggeris) Cummins, Fiona. "Exclusive: Helen is New Foe for Harry". The Daily Mirror. 2 August 2005. Retrieved 28 May 2006.
  4. ^ (Inggeris) "Luna Lovegood role has been cast". CBBC Newsround. 2 February 2006. Retrieved 2 February 2006.
  5. ^ (Inggeris) Cummins, Fiona. "Exclusive: Baby for Helen". The Daily Mirror. 1 April 2006. Retrieved 23 June 2006.
  6. ^ (Inggeris) Beck, Marilyn and Stacy Jenel Smith. "Isaacs' magic moment". LA Daily News. 21 June 2006. Retrieved 23 June 2006.
  7. ^ (Inggeris)"Potter exclusive: New Bellatrix". CBBC Newsround. 2006-05-25.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]