Ben 10: Race Against Time

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ben 10: Race Against Time
Fail:Ben10liveactioncompare.jpg
Imej promosi yang membandingkan watak-watak kartun: Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka Max, dengan bentuk aksi sebenar mereka.
PengarahAlex Winter
PenulisMitch Watson
Dihasilkan olehAlex Winter
DibintangiGraham Phillips
Haley Ramm
Lee Majors
Christien Anholt
Beth Littleford
SinematografiMorgan Susser
Disunting olehSuzanne Hines
Diedarkan olehWarner Bros.
Tarikh tayangan
21 November 2007(US)
30 Ogos 2008(CA)
26 September 2008(MY)
Masa tayangan
91 min.
Negara Amerika Syarikat
 Kanada
BahasaInggeris
Bajet$5 juta+[1]

Ben 10: Race Against Time ialah sebuah filem televisyen aksi sebenar yang diadaptasi dari siri televisyen animasi Ben 10 karya kumpulan Man of Action. Asalnya berjudul Ben 10 in the Hands of Armageddon, rancangan ini diarah oleh Alex Winter,[1] dan ditayangkan buat julung kalinya pada 21 November 2007 di Amerika Syarikat sebagai sebuah filem asli Cartoon Network.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Peranan
Graham Phillips Ben Tennyson
Haley Ramm Gwen Tennyson
Lee Majors Max Tennyson
Christien Anholt Eon
Beth Littleford Sandra Tennyson, ibu Ben
Robert Picardo Pengetua White
Aloma Wright Pn. Dalton
Tyler Patrick Jones Cash
Tyler Foden JT
Jeff Jensen En. Hawkins
Sab Shimono Orang tua
David Franklin Heatblast
Carlos Alazraqui Grey Matter
Daran Norris Diamondhead
Dee Bradley Baker Wildmutt

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Filem televisyen Race Against Time ini dijadikan titik tengah dalam usaha Astro bersama Cartoon Network pada 26 September 2008.[2] Di saluran Cartoon Network versi Malaysia (saluran Astro 616), rancangan ini ditayangkan dalam tiga pilihan audio bahasa serentak (Bahasa Inggeris).[3] Selain itu, ketibaan rancangan ini turut diserikan tayangan perdana istimewa secara jemputan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 13 September 2008, yang dihadiri pelakon veteran Lee Majors (bintang drama 1970-an The Six Million Dollar Man) yang membawa watak Max.[4] Buat masa ini tidak diketahui barisan pelakon suara yang terlibat dalam usaha pengalihan suara BM ini.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Ben 10: Race Against Time dicalonkan untuk dua anugerah Visual Effects Society Awards: Kesan Visual Cemerlang dalam Minisiri, Wayang atau Tayangan Istimewa Penyiaran - Dina Benadon, Evan Jacobs, Brent Young, Chris Christman; dan Watak Animasi Cemerlang dalam Rancangan atau Iklan Aksi Sebenar - Brent Young, Michael Smith.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Exclusive: First Look at the Ben 10 Live-action Movie". 17 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-04. Dicapai pada 2042-09-19. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  2. ^ Mohd Nasif Badruddin (2008-09-12). "Dulu hero, kini datuk". Harian Metro. Dicapai pada 2008-09-12.
  3. ^ "化身Ben 10爷爷‧李梅杰斯收买童心[[Category:Rencana yang mengandungi teks bahasa Cina]][[Category:Lang and lang-xx using deprecated ISO 639 codes|zh]]" (dalam bahasa Cina). ent.sinchew-i.com. 2008-09-11. Dicapai pada 2008-09-12. URL–wikilink conflict (bantuan)
  4. ^ "Win Ben 10 movie tickets and goodies". New Straits Times. 2008-08-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-25. Dicapai pada 2008-09-12.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  5. ^ fxguide quick takes - Visual Effects Society announces nominees for 6th annual VES Awards