Bena perang
Bena perang Nilaparvata lugens | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | N. lugens
|
Nama binomial | |
Nilaparvata lugens (Stål, 1854)
|
Bena perang Nilaparvata lugens (Stål) (Homoptera: Delphacidae) merupakan serangga perosak tanaman padi (Oryza sativa L.).[1] Ia merupakan benah kecil yang makan pokok padi. Terdapat banyak wabak perosak oleh bena perang di Asia Tenggara pada 1980-an, pada 2005-2008, dan yang baru dijangka lagi.[2]
Bena perang dianggap sebagai serangga perosak kerana ia mampu merosakkan tanaman padi dengan menghisap cairan pokok dari tisu-tisu pembekal air dan makanan. Serangan Bena perang yang teruk mampu mengakibatkan pokok menjadi kering dan mati, dan sekiranya serangan itu tidak dikawal dan menjadi serius, ini menyebabkan hasil padi berkurangan. Bena perang menyerang pokok padi (Oryza sativa L.) dan merupakan perosak utama pokok padi, yang merupakan makanan ruji bagi hampir separuh dari penduduk dunia.[3] Bena perang merosakkan pokok padi secara langsung dengan memakan dan menyebar dua virus, virus pembantut padi "rice ragged stunt" dan virus pembantut rumput padi". Serangan Bena perang mampu menjejaskan sehingga 60% tuaian padi. Bena perang tersebar di: Australia, Bangladesh, Bhuthan, Burma (Myanmar), Kemboja, China, Fiji, India, Indonesia, Jepun, Korea Utara dan Selatan, Laos, Malaysia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, and Vietnam. Selain padi, mereka juga menyerang Leersia hexandra.
Biologi[sunting | sunting sumber]

Bena perang terbahagi kepada dua iaitu bersayap pendek dan panjang.
Serangan padi[sunting | sunting sumber]
Bena perang biasanya menyasarkan pangkal rumpun padi di permukaan air. Serangan pada pokok padi ini boleh bermula dari peringkat semaian sehinggalah kepada peringkat padi berbuah. Serangan Bena perang mampu merosakkan saluran makanan pada pokok padi dan menyebabkan pokok padi menjadi kurang subur; bilangan pecahan anak menjadi kurang dan pokok terbantut.
Serangan Bena perang yang teruk akan menyebabkan daun padi menjadi kering seperti terbakar. Ini menyebabkan kematian pokok padi dan keadaan seperti itu dipanggil 'hopperburn'.
Suhu merupakan faktor kritikal dalam kitaran hayat serangga ini. Kadar penetasan dan kemandiran adalah tertinggi sekitar 25 °C. Telurnya sensitif kepada kekeringan dan akan kecut apabila pokok induk layu. Pertumbuhan populasi Bena perang adalah maksima pada julat suhu antara 28 hingga 30 °C.
Penggunaan baja urea sebagi nitrogen dan racun serangga boleh mendorong kepada berlakunya wabak dengan meningkatkan pembiakan Bena perang, dan mengurangkan populasi musuh semulajadi Bena perang.[4][5][6] Pada 2011, kerajaan Thailand mengumumkan inisiatif bagi menangani Bena perang dengan menghadkan penggunaan racun serangga yang menyebabkan wabak termasuk abamectin dan cypermethrin - keputusan yang disokong oleh Institute Penyelidikan Padi Antarabangsa "International Rice Research Institute" (IRRI).[7] IRRI turut melakar cadangan pelan tindakan bagi mengendali secara pintar wabak bena perang.[8] Pada Disember 2011, IRRI mengadakan persidangan di Vietnam bagi menangani ancaman salah guna racun serangga dan mengkaji pilihan bagi mengurangkan penggunaannya.[9]
Pemangsa[sunting | sunting sumber]
Pemangsa serangga ini termasuk labah-labah Pardosa pseudoannulata dan Araneus inustus.[10] Dalam sesetngah kes, Bena perang bertelur pada tapak semaian sejurus sebelum penanaman, dengan itu memasuki sawah melalui cara ini.[11]
Perbezaan kadar kematian pemangsa dan Bena perang kelihatannya tidak kelihatan sebagai faktor utama bagi kemunculan kembali.[12] Sesetengan racun serangga terbukti meningkatkan kandungan protin kelenjar tambahan Bena perang jantan, dan dengan itu pembiakannya.[13][14] Sesetengah racun serangga pula meningkatkan jumlah asid amino dan sukrose yang terdapat pada phloem pokok padi, dan dengan itu meningkatkan kemandiran Bena perang.[15]
Kawalan[sunting | sunting sumber]
Variati pokok padi dengan ketahanan kepada Bena perang adalah penting bagi menghalang berlakunya wabak.[16] Bagaimanapun, di kawasan yang hanya kurang penggunaan racun serangga, ketahanan padi pada Bena perang yang tinggi tidak diperlukan.[17] Chemical mutagenesis can significantly increase or decrease BPH resistance levels of rice.[18] Sesetengah racun serangga kimia, contohnya. imidacloprid, mampu menjejaskan gambaran gen pada padi dan dengan itu meningkatkan kelemahan pada Bena perang.[19] Dalam cubaan menjadikan kawalan Bena perang lebih khusus spesies, penyelidik sedang cuba membangunkan kaedah mematikan gen Bena perang khusus bagi penghadaman-, pertahanan- dan penceranaan xenobiotik. Banyak gen utama bagi fungsi ini telah dikesan dalam tisu dari usus kecil Bena perang.[20]
Sesetengah lektin tumbuhan tidak dapat dihadamkan oleh Bena perang dan sekiranya diformulasi dengan betul berpotensi melindungi padi dari serangan Bena perang.[21][22][23][24]
Selain itu kawalan secara biologi seperti memperkenalkan pemangsa semulajadi boleh dilakukan bersama pengurangan penggunaan racun serangga. Penanaman rumpai Acalypha dikawasan bersebelahan sawah padi sebagai tempat perlindungan kepada beberapa spesis predator, seperti spesies "Acalypha indica" dan "Acalypha hispida". Rumpai ini memang digunakan sebagai tumbuhan hos untuk pelbagai jenis predator bagi kawalan biologi di beberapa buah negara. [25]
Kesan perubahan cuaca[sunting | sunting sumber]
Penyelidikan menunjukkan bahawa Bena perang telahpun mendiami tahap tertinggi suhu tertahan. Ini mencadangkan bahawa peningkatan suhu di kawasan tropika dengan suhu tinggi melampau sekali-sekala akang menghadkan kemandiran dan taburan Bena perang.[26]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ LELOMPAT PADI BENA PERANG DAN BENA PUTIH[pautan mati kekal]
- ^ Keith Bradsher & Andrew Martin (May 18, 2008). "World's poor pay price as crop research is cut". New York Times.
- ^ Khush, GS (1999). "Green revolution: preparing for the 21st century". Genome. 42 (4): 646–55. doi:10.1139/g99-044. PMID 10464789.
- ^ Preap, V.; Zalucki, M. P.; Jahn, G. C. (2006). "Brown planthopper outbreaks and management". Cambodian Journal of Agriculture. 7 (1): 17–25.
- ^ Preap, V., MP Zalucki, GC Jahn 2002. Effect of nitrogen fertilizer and host plant variety on fecundity and early instar survival of Nilaparvata lugens (Stål): immediate response. In: Proceedings of the 4th International Workshop on Inter-Country Forecasting System and Management for Planthopper in East Asia. November 13–15, 2002. Guilin China. Published by Rural Development Administration (RDA) and the Food and Agriculture Organization (FAO). 2002. pp 163–180, 226 pages.
- ^ Preap, V.; Zalucki, M. P.; Nesbitt, H. J.; Jahn, G. C. (2001). "Effect of fertilizer, pesticide treatment, and plant variety on realized fecundity and survival rates of Nilaparvata lugens (Stål); Generating Outbreaks in Cambodia". Journal of Asia Pacific Entomology. 4 (1): 75–84. doi:10.1016/S1226-8615(08)60107-7.
- ^ [1] IRRI media release: IRRI supports Thai move to stop insecticide use in rice.
- ^ action plan
- ^ international conference
- ^ Preap, V.; Zalucki, M. P.; Jahn, G. C.; Nesbitt, H. (2001). "Effectiveness of brown planthopper predators: population suppression by two species of spider, Pardosa pseudoannulata (Araneae, Lycosidae) and Araneus inustus (Araneae, Araneidae)". Journal of Asia-Pacific Entomology. 4 (2): 187–193. doi:10.1016/S1226-8615(08)60122-3.
- ^ Preap, V.; Zalucki, M. P.; Jahn, G. C.; Nesbitt, H. J. (2002). "Establishment of Nilaparvata lugens Stål in rice crop nurseries: A possible source of outbreaks". Journal of Asia-Pacific Entomology. 5 (1): 75–83. doi:10.1016/S1226-8615(08)60134-X.
- ^ Chelliah, S.; Heinrichs, E. A. (1980). "Factors Affecting Insecticide-Induced Resurgence of the Brown Planthopper, Nilaparvata lugens on Rice". Environmental Entomology. 9 (6): 773–777.
- ^ Wang, Ping; Shen, Jun; Ge, Quan; Wu, Cai; Yang, Qin; Jahn, Gary C.; Li-, Lin- Jin- Guo- (2010). "Insecticide-induced increase in the protein content of [[male accessory gland]]s and its effect on the fecundity of females in the brown planthopper Nilaparvata lugens Stål (Hemiptera: Delphacidae)". Crop Protection. 29 (11): 1280–1285. doi:10.1016/j.cropro.2010.07.009. URL–wikilink conflict (bantuan)[pautan mati kekal]
- ^ Ge, Lin-Quan (2011). "Proteomic analysis of insecticide triazophos-induced mating–responsive proteins of Nilaparvata lugens Stål (Hemiptera:Delphacidae)". J. Proteome Res.: 110908153310033. doi:10.1021/pr200414g. PMID 21800909. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Jin-cai Wu, Jian-xiang Xu; Shu-zong Yuan, Jing-lan Liu; Yong-hou Jiang, Jun-feng Xu; Liu, Jing-lan; Jiang, Yong-hou; Xu, Jun-Feng (2001). "Pesticide-induced susceptibility of rice to brown planthopper, Nilaparvata lugens". Entomologia Experimentalis et Applicata. 100 (1): 119–126. doi:10.1046/j.1570-7458.2001.00854.x.
- ^ Athwal, D. S. (1971). "Genetics of Resistance to Brown Planthoppers and Green Leafhoppers in Oryza sativa L". Crop Sci. 11 (5): 747–750. doi:10.2135/cropsci1971.0011183X001100050043x. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Cohen, Michael B.; Alam, Syed N.; Medina, Edith B.; Bernal, Carmencita C. (1997). "Brown planthopper, Nilaparvata lugens, resistance in rice cultivar IR64: mechanism and role in successful N. lugens management in Central Luzon, Philippines". Entomologia Experimentalis et Applicata. 85 (3): 221–229. doi:10.1023/A:1003177914842. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-26. Dicapai pada 2012-03-11.
- ^ Sangha, Jatinder Singh (2008). "Categories and Inheritance of Resistance to Nilaparvata lugens (Hemiptera: Delphacidae) in Mutants of Indica Rice 'IR64'". Journal of Economic Entomology. 101 (2): 575–583. doi:10.1603/0022-0493(2008)101[575:CAIORT]2.0.CO;2. PMID 18459427. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Yao Cheng, Zhao-Peng Shi, Li-Ben Jiang, Lin-Quan Ge, Jin-Cai Wu, Gary C. Jahn 2012. Possible connection between imidacloprid-induced changes in rice gene transcription profiles and susceptibility to the brown plant hopper Nilaparvata lugens Stål (Hemiptera: Delphacidae), Pesticide Biochemistry and Physiology, Available online 20 January 2012, ISSN 0048-3575, 10.1016/j.pestbp.2012.01.003
- ^ Yan-Yuan Bao, Ying Wang, Wen-Juan Wu, Dong Zhao, Jian Xue, Bao-Qin Zhang, Zhi-Cheng Shen, Chuan-Xi Zhang, De novo intestine-specific transcriptome of the brown planthopper Nilaparvata lugens revealed potential functions in digestion, detoxification and immune response, Genomics, Available online 14 February 2012, ISSN 0888-7543, 10.1016/j.ygeno.2012.02.002.
- ^ Powell, K.S.; Gatehouse, A.M.R.; Hilder, V.A.; Gatehouse, J.A. (1993). "Antimetabolic effects of plant lectins and plant and fungal enzymes on the nymphal stages of two important rice pests, Nilaparvata lugens and Nephotettix cinciteps". Entomol. Exp. Appl. 66: 119–126. doi:10.1007/BF02382280.
- ^ Powell, K.S.; Gatehouse, A.M.R.; Hilder, V.A.; Gatehouse, J.A. (1995). "Antifeedant effects of plant lectins and an enzyme on the adult stage of the rice brown planthopper, Nilaparvata lugens". Entomol. Exp. Appl. 75: 51–59. doi:10.1007/BF02382779.
- ^ Powell, K.S.; Gatehouse, A.M.R.; Hilder, V.A.; Peumans, W.; Damme, E. Van; Boonjawat, J.; Horsham, K.; Gatehouse, J.A. (1995). "Antimetabolic effects of related plant lectins towards nymphal stages of Nilaparvata lugens". Entomol.exp.appl. 75: 61–65. doi:10.1007/BF02382780.
- ^ Rao, KV (1998). "Expression of snowdrop lectin (GNA) in transgenic rice plants confers resistance to rice brown planthopper". The Plant Journal. 15 (4): 469–477. doi:10.1046/j.1365-313X.1998.00226.x. PMID 9753773. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Kerintangan bena perang terhadap racun dan pemulihan ekosistem sawah untuk kawalan biologi
- ^ Piyaphongkul J , Pritchard J , Bale J (2012) Can Tropical Insects Stand the Heat? A Case Study with the Brown Planthopper Nilaparvata lugens (Stål). PLoS ONE 7(1): e29409. doi:10.1371/journal.pone.0029409