Bencinta (lagu)
Penampilan
| "Bencinta" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh Faizal Tahir | ||||
| daripada album Adrenalin | ||||
| Dilancarkan | 2009 | |||
| Dirakamkan | 2009 | |||
| Genre | Rock | |||
| Panjang | 4:10 | |||
| Syarikat | Monkey Bone Records | |||
| Penulis | Audi Mok | |||
| Kronologi Single Faizal Tahir | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Bencinta ialah lagu gubahan Audi Mok yang merupakan single pertama dari album kedua nyanyian Faizal Tahir, Adrenalin, yang dikeluarkan pada tahun 2009.
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]Pada hari sebelum malam terakhir Muzik Muzik Separuh Akhir, Faizal tidak dapat mempersembahkan lagu Bencinta kerana beliau dihantar ke hospital untuk merawat jangkitan dalam paru-paru. Oleh itu, beliau terpaksa digantikan oleh Shila untuk malam tersebut. Dilaporkan bahawa sambutan ramai terhadap nyanyian Shila untuk lagu ini kurang memuaskan; apapun lagu ini tetap berjaya ke AJL.
Di upacara Anugerah Juara Lagu 2009, Faizal akhirnya dapat mempersembahkan lagu Bencinta walaupun terpaksa bertongkat. Lagu ini berjaya menduduki tempat ke-3 AJL.
