Bendalir luar sel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Pembahagian di antara bendalir intrasel dan luar sel bagi jumlah air tubuh untuk mamalia, yang seterusnya, dibahagikan kepada bendalir ruang-antara dan komponen yang lebih kecil, seperti plasma darah, cecair serebrospinal dan limfa

Bendalir luar sel atau bendalir ekstrasel (ECF) merujuk kepada semua bendalir badan di luar sel-sel bagi suatu organisme multisel. Jumlah air pada manusia adalah antara 45 hingga 75% daripada jumlah berat badan. Sekitar dua pertiga daripada bendalir badan adalah cecair intrasel di dalam sel, dan sepertiga lagi adalah bendalir luar sel.[1] Komponen utama bendalir luar sel ialah bendalir ruang-antara yang mengelilingi sel-sel.

Bendalir luar sel adalah persekitaran dalaman bagi semua haiwan multisel, dan pada haiwan yang mempunyai sistem peredaran darah, di mana sebahagian daripada bendalir ini adalah plasma darah.[2] Plasma dan bendalir ruang-antara adalah dua komponen yang membentuk sekurang-kurangnya 97% daripada ECF. Limfa membentuk peratusan kecil bendalir ruang-antara.[3] Baki kecil ECF termasuklah bendalir transsel (kira-kira 2.5%). ECF juga boleh dilihat mempunyai dua komponen - plasma dan limfa sebagai sistem penghantaran, dan bendalir ruang-antara untuk air dan pertukaran zat terlarut dengan sel.[4]

Bendalir luar sel, khususnya bendalir ruang-antara, membentuk persekitaran dalaman badan yang menangas kesemua sel di dalam badan. Oleh itu, komposisi ECF adalah penting untuk fungsi normal mereka, dan dikekalkan oleh beberapa mekanisme homeostatik yang melibatkan maklum balas negatif. Homeostasis mengawal atur, antara lain, pH, natrium, kalium, dan kalsium dalam ECF. Isi padu bendalir badan, glukosa darah, oksigen, dan tahap karbon dioksida juga dikekalkan secara ketat.

Jumlah bendalir luar sel pada lelaki dewasa muda dengan berat 70 kg (154 lbs) adalah 20% berat badan - kira-kira empat belas liter. Sebelas liter daripadanya ialah bendalir ruang-antara dan tiga liter lagi ialah plasma.[5]

Komposisi elektrolitik[sunting | sunting sumber]

Kation utama: [6]

Anion utama:

  • Klorida (Cl - ) 99-110 mM
  • Bikarbonat (HCO 3 - ) 22-28 mM
  • Fosfat (HPO 4 2- ) 0.8-1.4 mM

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tortora, G (1987). Principles of anatomy and physiology (ed. ke-5). New York, NY: Harper and Row. m/s. 693. ISBN 0-06-350729-3.
  2. ^ Hillis, David (2012). Principles of life. Sunderland, MA: Sinauer Associates. m/s. 589. ISBN 978-1-4292-5721-3.
  3. ^ Pocock, Gillian; Richards, Christopher D. (2006). Human physiology : the basis of medicine (ed. ke-3). Oxford: Oxford University Press. m/s. 548. ISBN 978-0-19-856878-0.
  4. ^ Canavan, A; Arant, BS Jr (2009), "Diagnosis and management of dehydration in children" (PDF), Am Fam Physician, 80 (7): 692–696, PMID 19817339.
  5. ^ Hall, John (2011). Guyton and Hall textbook of medical physiology (ed. ke-12). Philadelphia, Pa.: Saunders/Elsevier. m/s. 286–287. ISBN 978-1-4160-4574-8.
  6. ^ Diem, K.; Lentner, C. (1970). "Blood – Inorganic substances". in: Scientific Tables (ed. Seventh). Basle, Switzerland: CIBA-GEIGY Ltd. m/s. 561–568.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]