Bendera Kehormat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kehormat
NamaBendera Kehormat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bendera Empat Kebebasan, Bendera Kehormat
Diterima pakaiTidak pernah rasmi
RekaanBendera putih dengan empat barus menegak (biasanya merah) yang tidak menyentuh tepi medan
Direka olehBrooks Harding

Bendera Kehormat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (juga diistilahkan Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bendera Kehormat, atau Bendera Empat Kebebasan) merupakan bendera yang melambangkan Pihak Berikat Perang Dunia II dan matlamat mereka keamanan dunia. Ia direka pada Oktober 1942 oleh Brooks Harding (yang mendapat ilham daripada ucapan Empat Kebebasan pada Januari 1941 oleh Franklin D. Roosevelt), dan ia mempunyai beberapa tahap penggunaan sebagai bendera dari 13 Jun 1943 hingga kria-kira 1948 untuk melambangkan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" iaitu Perisytiharan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Januari 1942. Walau bagaimanapun, ia tidak pernah menjadi bendera rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sebuah pertubuhan (yang ditubuhkan pada 1945, dan menerima pakai bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berbeza pada 1946).

Rujukan[sunting | sunting sumber]