Bendera Laos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nisbah bendera: 2:3

Bendera Laos diperkenalkan pada 2 Disember 1975.

Bendera ini terdiri daripada tiga jalur yang mendatar. Saiz jalur yang ada di tengah adalah dua kali lebih besar dari jalur yang lain. Di tengah terdapat cakera putih, dengan ukuran garispusat 0.8 kali ketinggian jalur warna biru. Nisbah bendera adalah 2:3.

Warna merah melambangkan darah mereka yang terkorban untuk kemerdekaan Laos dan biru melambangkan kekayaan sumber alam. Cakera putih melambangkan bulan yang mengembang di atas Sungai Mekong dan juga kerukunan negara di bawah pemerintahan kerajaan komunis.