Bendera Liberia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera negara Liberia diilhamkan bendera Amerika Syarikat

Bendera Liberia terdiri daripada sebidang 11 jalur merah dan putih bersilang dengan kanton bendera biru dengan bintang putih di dalamnya.[1] Ia menyerupai Bendera Amerika Syarikat atas perkaitan penubuhan negara Liberia oleh sebilangan orang yang telah merdeka daripada perhambaan di Amerika Syarikat.[2] Ia dirasmikan pada 24 Ogos 1847.[1]

Perlambangan[sunting | sunting sumber]

Merah melambangkan keberanian dan putih pula kecemerlangan nurani (moral excellence). 11 jalur melambangkan 11 orang yang menandatangani Perisytiharan Kemerdekaan Liberia selain setiausahanya Jacob W. Prout:

  1. Samuel Benedict
  2. Hilary Teage
  3. Elijah Johnson
  4. John Naustehlau Lewis
  5. Beverly R. Wilson
  6. John B. Gripon
  7. John Day
  8. Amos Herring
  9. Anthony William Gardiner
  10. Ephriam Titler
  11. Richard E. Murray

Biru melambangkan benua Afrika manakala bintang putih melambangkan republik merdeka pertama terdiri dalam benua tersebut.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Bendera ini sering dipakai kapal dagang menandakan tempat pendaftaran di mana peraturan perkapalan boleh ditentukan berdasarkan undang-undang negara didaftarkan. Ia merupakan antara bendera paling kerap digunapakai selain bendera Panama sebanyak 1,700 buah kapal dagang milikan asing,[3] ia turut menyumbang kepada pendapatan negara tersebut.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Liberia Flag and Description" (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Background on conflict in Liberia" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2007. Paul Cuffee advocated settling formerly enslaved African Americans in Africa. He gained support from free black leaders in the US, and members of Congress for an early emigration plan. From 1815 to 1816, he financed and captained a successful voyage to British-ruled Sierra Leone, where he helped a small group of African-American immigrants establish themselves. Cuffee believed that African-Americans could more easily "rise to be a people" in Africa than in the US, where slavery and legislated limits on black freedom were still in place. Although Cuffee died in 1817, his early efforts to help repatriate African-Americans encouraged some free blacks and the American Colonization Society (ACS) to lead further settlements. Some free blacks in the Upper South created independent institutions dedicated to the idea of repatriation to Africa. The ACS was made up mostly of Friends (often called Quakers) and slaveholders, who disagreed on the issue of slavery but found common ground in support of repatriation. Friends opposed slavery but believed blacks would face better chances for freedom in Africa than in the US. The White Americans slaveholders opposed freedom for blacks but saw repatriation as a way of avoiding rebellions
  3. ^ "Liberian shipping draws scrutiny" (dalam bahasa Inggeris). NBC News. 11 Ogos 2003.
  4. ^ "Liberia Flag- Liberian Flags" (dalam bahasa Inggeris). World Flags 101.