Bendera Malta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bendera Malta

Bendera Malta (Templat:Lang-mt) terdiri daripada suatu lapangan yang dibahagikan kepada warna putih di sisi tiang dan merah di sebelah kanan. Suatu bentuk pingat George Cross dengan sisi merah tertera pada bahagian kiri atas bendera tersebut.[1]

Sejarah dan perlambangan[sunting | sunting sumber]

Warna-warna bendera ini dikatakan datang daripada kurniaan Roger I dari Sisilia pada tahun 1090 atas kesudian warga Malta memihak dan berperang bersama mereka melawan orang Arab yang datang menyerang kepulauan tersebut, lalu warna tersebut diambil daripada mantel bercorak petak raja itu. Walau bagaimanapun, cerita tersebut dianggap sebagai mitos dari abad ke-19 atau awal lagi hasil pengaitan ibukota pertama negara tersebut, Mdina, dengan warna raja itu pada lewat Zaman Pertengahan.[2][3]

Pingat George Cross pula dikurniakan Raja George VI sebagai tanda penghargaan serta "kesaksian semangat wira dan taat setia"[nota 1] rakyat jajahan tersebut sewaktu kepulauan itu dikepung pihak Itali dan Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Teks asal: "...to bear witness to a heroism and devotion..." [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]