Bendera dan jata Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bendera Negeri Melaka)

Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Melaka sahaja.

Melaka Negeri Bersejarah
KegunaanBendera negeri
Nisbah1:2
Diterima pakai1961
RekaanLatar warna Merah di Atas Kanan + Putih di bawah dan Biru di Atas Kiri, dengan simbol Bulan Sabit + Bintang Emas di kanton bendera (di bahagian Latar Biru).
Jata Negeri Melaka
Butiran
GencanaBulan Sabit dan Bintang Emas.
JabaranPerisai dengan 5 keris dengan warna latar Biru gelap, warna Latar Kuning Emas di bahagian kiri dan warna Latar Merah di bahagian kanan, dan gambar pokok melaka di bahagian tengah di dalam perisainya.
Penopang/
penyokong
Dua Ekor Pelanduk (Kancil) di dua-dua sisi.
Cogan kataBersatu Teguh Melaka.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bendera Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

Bendera Melaka

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam, agama negeri dan juga negara.

Suatu panji merah berekor dua dengan suatu bulan sabit berwarna hitam pernah digambarkan mewakili Kesultanan Melaka (dieja sebagai Malaqua) dalam peta Planisfera Cantino bertarikh tahun 1502.[1][2]

Bendera Zaman Dulu[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

Jata Melaka

Pelbagai warna (putih, kuning dan biru) yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.

Di samping itu, terdapat pokok melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

Jata Versi Lain[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Melaka

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ López, Marcos Pavo (2020). "Spices in maps. Fifth centenary of the first circumnavigation of the world". e-Perimetron. 15 (2): 57–81. ISSN 1790-3769.
  2. ^ "Carta del Cantino" (dalam bahasa Itali). Modena, Itali: Biblioteca Estense. Dicapai pada 18 Julai 2022.