Bendera Rwanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
nisbah bendera: 2:3

Bendera Rwanda (bahasa Kinyarwanda: ibendera ry'Urwanda) terdiri daripada sebidang tiga warna biru, kuning dan hijau dengan gambar matahari kuning di pojok kanan atas bendera.

Bendera ini direka oleh Alphonse Kirimobenecyo[1] dan mula digunakan secara rasm pada 25 Oktober 2001.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Perlambangan[sunting | sunting sumber]

Warna biru melambangkan kebahagiaan dan kedamaian, warna kuning melambangkan pembangunan ekonomi manakala warna hijau melambangkan harapan kemakmuran.[2]

Bentuk matahari melambangkan pencerahan akal budi.[3]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Rincian warna yang diberikan untuk menghasilkan rupa bendera secara tepat adalah seperti berikut:

Flag of Rwanda.svg(2002–kini) Biru Kuning Hijau
Pantone 196c 050c 147c
CMYK 100-27-0-13 0-16-100-2 67-0-36-62
RGB 0-161-222 250-210-1 32-96-61
Hexadecimal #00A1DE #FAD201 #20603D

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bendera tahun 1962-2001

Suatu bendera tiga warna terdiri daripada tiga jalur menegak merah, kuning dan hijau - warna-warna Pan-Afrika dan suatu huruf rumi "R" di tengah jalur kuning membezakan ia dari bendera Guinea.

Status bendera ini dibubarkan dengan tergantinya bendera yang baharu memandangkan ia sangat berkait rapat dengan pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum Tutsi dahsyat melanda negara tersebut tahun 1994.[4] [5][1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Flags of Africa — Countries Starting with R". Dicapai pada 24 March 2014.
  2. ^ Flags and Anthems Manual: London 2012 (PDF). London, United Kingdom: London Organising Committee of the Olympic and Paralympic Games. 2012. m/s. 88. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 2015-01-04. Dicapai pada 4 January 2015.
  3. ^ "Flags of the World: Rwanda". CRW Flags of the World. 20 November 2013. Dicapai pada 21 February 2014.
  4. ^ Burnet, Jennie E. (2012-11-19). Genocide Lives in Us: Women, Memory, and Silence in Rwanda. ISBN 9780299286439.
  5. ^ Vesperini, Helen (31 December 2001). "Rwanda unveils new flag and anthem". BBC. Diarkib daripada yang asal pada 5 November 2003. Dicapai pada 5 November 2003.