Bendera Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nisbah bendera: 2:3

Bendera Singapura terdiri daripada sebidang dwiwarna merah putih dengan suatu lambang bulan sabit dan lima bintang tersusun pusat di sebelah kiri bidang. Ia diperkenalkan semasa malah diteruskan semasa Singapura diterapkan dalam persekutuan Malaysia dan kemudiannya semasa ia dimerdekakan sebagai suatu republik berasingan pada 9 Ogos 1965.

Bendera ini direka oleh sebuah jawatankuasa diketuai Naib Perdana Menteri pada masa itu, Dr Toh Chin Chye; ia diperkenalkan pada 3 Disember 1959 sewaktu pelantikan Yang di-Pertuan Negara yang pertama, Yusof bin Ishak menggantikan bendera Union Jack.

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Bendera ini terbahagi kepada dua bahagian yang mendatar iaitu warna-warna merah dan putih: merah bermakna persaudaraan dan kesaksamaan segala manusia manakala putih melambangkan kesucian dan kebaikan

Di bahagian atas sebelah kiri terdapat bulan sabit dan lima butir bintang yang disusun secara bulatan. Bintang yang lima melambangkan lima prinsip yang dipegang oleh Singapura: demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan;[1] bulan sabit pula melambangkan kemunculan Singapura sebagai "suatu bangsa yang baru membangkit" (a young nation on the ascendant) - kombinasi ini juga merupakan dipengaruhi kelaziman masyarakat Islam setempat menggunakan motif bulan sabit dan bintang.[2]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Nisbah ukuran bendera ini ditetapkan Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Seni Singapura dua kali panjang dan tiga kali lebar.[3] Kementerian ini turut mengesyorkan saiz-saiz 915 oleh 1,370 mm (36 oleh 54 in), 1,220 oleh 1,830 mm (48 oleh 72 in) dan 1,830 oleh 2,740 mm (72 oleh 110 in).[4]

Warna merah yang ditetapkan dalam rekaan bendera ini ialah Pantone 032.[3]

Protokol[sunting | sunting sumber]

Bendera Singapura sering dikibarkan oleh rakyatnya pada bulan Ogos selama sebulan bagi merayakan hari kebangsaan mereka.

Semasa istiadat pengebumian negara, bendera negara itu akan menyelubungi keranda jenazah atau mayat dengan lambang bulan sabit dan lima bintang ditempatkan di atas kepala dan dada keranda.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Kuan Yew (1998). The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew. Singapore: Times Editions. halaman 342–343. ISBN 981-204-983-5.
  2. ^ Syed Muhd Khairudin Aljunied (August 2009). "Sustaining Islamic Activism in Secular Environments: The Muhammadiyah Movement in Singapore" (PDF). Asia Research Institute Working Paper Series No. 120. National University of Singapore. Dicapai pada 15 December 2009.; Syed Muhd Khairudin Aljunied, 'The Role of Hadramis in Post-Second World War Singapore – A Reinterpretation', Immigrants & Minorities 25, 2, p. 167.
  3. ^ a b "National Symbols – The National Flag". MyStory. National Heritage Board. 2009. Diarkib daripada yang asal pada 17 June 2010. Dicapai pada 17 December 2009.
  4. ^ Ministry of Information, Communications; the Arts (2001). The National Symbols Kit. Singapore: Ministry of Information, Communications and the Arts. m/s. 5. OCLC 49823410.
  5. ^ "Pengebumian Allahyarham Haji Othman Wok".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]