Bendera Turki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rasio bendera: 2:3

Bendera Turki terdiri daripada sebuah bulan sabit berwarna putih dan bintang putih pada sebuah latar belakang berwarna merah. Bendera ini disebut Ay Yıldız dalam bahasa Turki yang bermaksud adalah "bulan bintang".[1]

Rekaan ini merupakan kesinambungan daripada bendera terakhir yang dipakai Empayar Uthmaniyah dari 1844[2] sehingga pembubaran kerajaan tersebut pada tahun 1923. Peraturan menetapkan bentuk bendera ini dimaktubkan tahun 1936 dalam suatu undang-undang gubalan khas.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bendera ini dipercayai daripada suatu kisah mengenai Uthman I, sultan pengasas kerajaan Uthmaniyah, semasa mahu melamar anak seorang qadi - baginda bermimpi dalam peraduannya suatu bulan purnama muncul dari dada qadi tersebut dan sebatang pokok yang membentang luas muncul dari celah kaki qadi itu membentuk alam tersegam indah atas bulan yang menghilal.[4]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Rincian nisbah bentuk dan warna bendera ditetapkan Undang-Undang Bendera 1936:[3]

Flag of Turkey.svgSkema warna Merah Putih
RGB 227-10-23 255-255-255
Hexadecimal #E30A17 #FFFFFF
CMYK 0, 96, 90, 11 0, 0, 0, 0
Rajah perekaan bendera

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Map Universal, Turkey Flag Map and Meaning
  2. ^ Raw, Dr Laurence (2013-09-18). The Silk Road of Adaptation: Transformations across Disciplines and Cultures (dalam bahasa Inggeris). Cambridge Scholars Publishing. m/s. 42. ISBN 9781443852890.
  3. ^ a b "Türk Bayrağı Kanunu" [Law on Turkish Flag] (PDF). Tbmm.gov.tr. Dicapai pada 12 December 2017.
  4. ^ Lord Kinross, The Ottoman Centuries: The Rise and Fall of the Turkish Empire, Morrow Quill Paperbacks, 1977, pp 23-24, ISBN 978-0688080938

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.