Bendera Zimbabwe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nisbah bendera: 1:2

Bendera Zimbabwe diperkenalkan pada 18 April 1980. Ia menunjukkan replika tugu seekor burung yang telah dijumpai di tapak yang dulunya dikenali sebagai Great Zimbabwe. Burung ini melambangkan sejarah Zimbabwe; bintang merah melambangkan perjuangan rakyat Zimbabwe untuk kemerdekaan dan kedamainan.

Warna-warna[sunting | sunting sumber]

Secara rasmi, makna warna-warna yang terdapat di bendera adalah seperti berikut:

  • Hijau: untuk kawasan pertanian dan pedalaman di Zimbabwe
  • Kuning: kekayaan sumber alam
  • Merah: darah yang mengalir sewaktu perang untuk kemerdekaan
  • Hitam: warna kulit bangsa Afrika, penduduk asli Zimbabwe
  • Putih: kedamaian

Namun, ada pendapat yang mengatakan warna Hijau-Kuning-Hitam-Merah diambil dari warna bendera parti politik ZANU dan oleh itu melambangkan pemerintahan ZANU di Zimbabwe.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]