Bendera dan jata Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Negeri Sembilan, atau juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk persekutuan Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan bersempadan dengan negeri-negeri Selangor di utara, Melaka di selatan, Johor di tenggara dan Pahang di timur. Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adatnya.

Negeri Sembilan Darul Khusus
KegunaanBendera negeri
Nisbah1:2
Diterima pakai1895
RekaanLatar berwarna Kuning Emas dengan latar dibahagi separuh "Hitam di Bahagian Bawah" dan "Merah di Bahagian Atas" yang kedua-dua Hitam dan Merah berposisi serong di kanton bendera.
Jata Negeri Sembilan
Butiran
JenisFlag or coat of arms (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Diterima pakai1895 Edit the value on Wikidata
GencanaPedang dan sarung, berserta Changgai Puteri di tengah.
JabaranPerisai dengan sembilan tangkai padi berwarna Kuning Emas, warna latar Kuning Emas di bahagian bawah, warna latar Hitam di bahagian tengah dan warna latar Merah di bahagian atas, dan bintang pecah sembilan di bahagian bawah di dalam perisai.
Cogan kataNegeri Sembilan dalam tulisan Jawi.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bendera Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Bendera Negeri Sembilan

Bendera Negeri Sembilan secara amnya terdiri daripada latar berwarna kuning dan kanton di sebelah kiri atas yang dibahagi secara menyerong dari kiri atas ke kanan bawah, di mana tiga segi di bahagian atas berwarna merah manakala di bahagian bawahnya berwarna hitam. Warna kuning membawa maksud kedaulatan dan kekuasaan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar. Warna merah bermakna seluruh rakyat jelata, dan warna hitam melambangkan Datuk-datuk Undang bagi luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Apa yang menariknya warna-warna pada bendera Negeri Sembilan juga mempunyai persamaan dengan warna pada 'Marawa', iaitu bendera tradisi masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.

Panji diraja[sunting | sunting sumber]

Panji Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar terdiri daripada latar berwarna kuning didepani oleh rombus berwarna merah. Tertera pada rombus itu adalah bulatan berwarna hitam yang mengandungi lambang kebesaran baginda, iaitu tombak "Changgai Puteri" beserta pedang dan sarungnya yang bersilang.

Bendera Bandar dan Luak[sunting | sunting sumber]

Senarai Bendera Luak di Negeri Sembilan
Bendera Gunung Pasir
Bendera Luak Johol
Bendera Luak Rembau
Bendera Luak Ulu Muar
Bendera Luak Sungai Ujong
Bendera Luak Jelebu dan Tampin
Bendera Luak Terachi
Bendera Luak Jempol
Bendera Luak Ineh

Jata Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Sembilan

Jata negerii terdiri daripada dua bahagian jata didasarkan unsur Barat - khususnya unsur Perancis lama.

Perisai jata (escutcheon)
Warna-warna merah hitam dan kuning diambil daripada panji tradisi Minangkabau masing-masing dibahagikan serong atas kiri ke bawah kanan; warna-warna ini pula diberikan perlambangan khusus:.[1]
Sembilan tangkai padi di dalam perisai[2] dihimpunkan dalam suatu gulungan bertulis nama "Negeri Sembilan" dalam tulisan Jawi (نڬري سمبيلن) dan suatu bintang pecah sembilan di bawahnya. Tangkai-tangkai padi ini maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama:[1] Jelai (Inas), Jelebu, Johol, Kelang, Naning, Rembau, Segamat dan Pasir Besar, Sungei Ujong serta Ulu Pahang. Bitang pecah sembilan pula melambangkan perpaduan semua negeri-negeri dalam gabungan lama.[1]
Jambul jata (crest)
Di atas perisai jata ialah pedang dan sarungannya[1] bersilang tanda keadilan,[1] di tengah-tengah pula ialah suatu cokmar bernama "Changgai Putri"[2][3] tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar, sepertimana yang dicatakan dalam dokumen rasmi negeri sejak 1948.[3][4]

Jata Versi Lain[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Sembilan

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Matlumat Am Bendera Negeri" (dalam bahasa Malay). Matlumat Am > Bendera Negeri (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus) (Official Portal of the Negeri Sembilan State Government). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2008. Dicapai pada 12 August 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Negri Sembilan - Malaysia". MyFarEast. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-26. Dicapai pada 12 August 2008.
  3. ^ a b "Negeri Sembilan Royal Heritage". Filatelic.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 12 August 2008.
  4. ^ Serambi Waghih. "JATA Negeri Sembilan" (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 July 2008. Dicapai pada 12 August 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)