Benedict Sandin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Benedict Sandin atau nama lahirnya Sandin anak Attat (18 Oktober 1918 - 7 Ogos 1982)[1] merupakan seorang ahli etnologi dan sejarawan berbangsa Iban, beliau merupakan Kurator Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak dari Disember 1966 sehingga Mac 1974.[2]

Beliau banyak mengkaji dan mencatat dalam makalah muzium pekerjaannya mengenai budaya dan adat resam orang-orang peribumi Sarawak khususnya sejurus sebelum dan selepasnya datangnya pengaruh pemerintahan Raja Putih British;[1] beliau juga banyak mengumpul sejarah lisan salasiah masyarakat Iban ini.[3]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Sandin lahir pada 18 Optober 1918 di rumah panjang keluarganya, Kerangan Pinggai, di Sungai Paku, lembangan Saribas, Bahagian Saratok, Sarawak.[4] Beliau anak sulung empat adik beradk dalam sebuah keluarga besar di mana datuknya mengetuai puak Iban hilir sungai dari 1875 hingga kematiannya tahun 1900.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memasuki perkhidmatan awam sebagai seorang Pegawai Peribumi (Native Officer) Diraja pada 1941, tidak lama sebelum pihak Jepun menduduki Borneo pada Perang Dunia Kedua. Selepas tamatnya perang ini, beliau dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Mahkota British sebelum menyertai Pejabat Penerangan Sarawak sebagai seorag pegawai peneranganr.

Beliau turut menjadi penyunting sebuah akhbar bahasa Iban iaitu Pembrita selama 2 tahun.[1] Semasa pekerjaan inilah seorang kurator Muzium Sarawak iaitu Tom Harrisson yang tertarik dengan penulisannya mengajak Sandin menganggotai kakitangan muzium pada tahun 1952.

Dalam alam permuziuman[sunting | sunting sumber]

Beliau menjalani latihan selama setahun di New Zealand sebelum kembali ke Sarawak untuk mengkaji budaya dan sejarah adat masyarakat Sarawak pada tahun 1953.

Beliau dilantik sebagai Kurator utama Muzium Sarawa tahun 1966 sehingga 1973.

Lanjutan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Felo Kanan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang tidak lama selepas beliau bersara. Beliau kembali ke kampung halamannya di Paku, untuk meneruskan kajian persendirian mengenai budaya Iban.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Sandin meninggal dunia akibat barah paru-paru pada bulan Ogos 1982.[1]

Peninggalan[sunting | sunting sumber]

Hari lahir ke-102 Sandin pada 18 Oktober 2020 diraikan Google Malaysia melalui suatu lakaran memperingati sumbangan memelihara warisan orang Iban dan Sarawak keseluruhannya.[5][6]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • The Sea Dayaks of Borneo: Before White Rajah Rule (1968)[7][8]

Monograf[sunting | sunting sumber]

  • Sources of Iban Traditional History (1994, anumerta)[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Sather, Clifford (1982). "Benedict Sandin". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 55 (2 (243)): 147–150. ISSN 0126-7353. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  2. ^ "List Of Former And Present Curators Of The Sarawak Museum since 1886 to Present". Sarawak State Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-30. Dicapai pada 18 October 2020.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ a b Metcalf, Peter (September 1997). "Review". Oceania. University of Sydney. 68 (1): 77–78. doi:10.1002/j.1834-4461.1997.tb02649.x.
  4. ^ John Postill (17 Julai 2005). "Literacy among the Iban of Sarawak: a reply to Maurice Bloch" [Celik huruf dalam kalangan orang Iban dari Sarawak: balasan kepada Maurice Bloch] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 4 Ogos 2012.
  5. ^ "Benedict Sandin's 102nd Birthday". Google. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2020. Dicapai pada 17 October 2020.
  6. ^ Babulal, Veena (18 October 2020). "Google doodle immortalises 'forgotten' Sarawakian Benedict Sandin". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2020. Dicapai pada 18 October 2020.
  7. ^ Hudson, Alfred (1969). "Book Reviews". American Anthropologist. Michigan State University. 71: 945–946. doi:10.1525/aa.1969.71.5.02a00360.
  8. ^ Freeman, Derek (1969). "The Sea Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule. By Benedict Sandin. Preface by Tom Harrisson, Introduction by Robert M. Pringle. East Lansing: Michigan State University Press, 1968. 134 pp. 7 Maps, 16 photographic Illustrations. $7.50". The Journal of Asian Studies. Cambridge University Press. 28 (3): 657–658. doi:10.2307/2943236.


Templat:Asia-historian-stub