Sungai Solo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bengawan Solo)
Sungai Solo
Nama asalꦧꦼꦔꦮꦤ꧀​ꦱꦭ, Bengawan Solo
Lokasi
NegaraIndonesia
Ciri-ciri fizikal
SumberGunung Sewu Geopark
MuaraLaut Jawa
Bengawan Solo di Bojonegoro

Sungai Solo adalah sungai terpanjang di Pulau Jawa, Indonesia dengan mata air dari daerah Pergunungan Kidul, Wonogiri dan menemui laut di daerah Gresik.

Sungai ini panjangnya sekitar 548.53 km dan mengaliri dua wilayah iaitu Jawa Tengah dan Jawa Timur. Kabupaten yang dilalui ialah Wonogiri, Pacitan, Sukoharjo, Klaten, Solo, Sragen, Ngawi, Blora, Bojonegoro, Tuban, Lamongan, dan Gresik[1].

Bahagian Sungai[sunting | sunting sumber]

Daerah Hulu[sunting | sunting sumber]

Daerah ini majoritinya meliputi daerah Hulu Kali Tenggar, Hulu Kali Muning, Hulu Waduk Gajah Mungkur serta sebahagian Kabupaten Wonogiri dengan penampang sungai yang berbentuk V. Tanaman pada daerah ini dikuasai oleh tumbuhan akasia. Aktiviti yang banyak dilakukan di dareah ini adalah pertanian, seperti padi dan kacang tanah. Benteng sungai pada daerah ini rata-rata bertebing curam dan tinggi. Disebabkan banyak digunakan untuk pertanian, daerah sekitar sungai pada bahagian ini banyak mengalami hakisan dan mendapan yang cukup tinggi.

Daerah Tengah[sunting | sunting sumber]

Daerah ini majoritinya meliputi daerah Hilir Waduk Gajah Mungkur, sebahagian Kabupaten Wonogiri, Pacitan, Sukoharjo, Klaten, Solo, Sragen, sebahagian Kabupaten Ngawi dan sebahagian Tempuran (hilir) Kali Madiun. Selain itu, daerah ini merupakan daerah yang padat penduduknya. Pada umumnya, kegiatan ekonomi di daerah bahagian sungai ini lebih tinggi berbanding bahagian hulu dan hilir, dan didominasi oleh kegiatan industri. Akibatnya, banyak limbah yang masuk ke sungai dan mencemari tanaman di daerah ini. Aktiviti masyarakat yang paling menonjol di daerah ini adalah pertanian, penggunaan air sebagai keperluan harian, penternakan dan industri.

Daerah Hilir[sunting | sunting sumber]

Daerah ini majoritinya meliputi daerah sebahagian Tempuran (hilir) Kali Madiun, sebahagian kabupaten Ngawi, Blora, Bojonegoro, Lamongan, Tuban dan berakhir di Desa Ujungpangkah, Gresik[2].

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Sungai ini dikagumi masyarakat di seluruh dunia khususnya Jepun kerana diilhamkan dari lagu keroncong karangan Gesang berjudul sama, Bengawan Solo.

Selain itu tempat ini pernah menjadi tempat utama kemalangan pesawat Garuda Indonesia Penerbangan 421.

Rujukan[sunting | sunting sumber]