Bengkel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bengkel muzium yang mengandungi alat dan bekalan yang telah digunakan berdekad-dekad.
Bengkel kereta api.

Bengkel (pinjaman Bahasa Belanda: winkel "toko, kedai"[1][2]) ialah bilik, ruang atau bangunan dilengkapi alat (atau mesin) yang mungkin diperlukan untuk membuat atau membaiki barang pengilangan. Bengkel rumah biasanya mengandungi meja kerja, alat tangan, alat kuasa dan perkakasan yang lain. Ia turut dijadikan tempat bertukang atau menghasilkan ciptaan prototaip.[3][4][5]

Ruang sebegini dahulu pernah satu-satunya kawasan mengkhususkan kepada pengeluaran barangan sehingga datangnya pengindustrian dan pembangunan kilang yang lebih besar. Banyak rumah-rumah di dunia Barat pada abad ke-20 dan ke-21 dilengkapi bengkel sendiri yang ditempatkan sama ada dalam garaj, bilik bawah tanah, atau bangsal luar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Noresah Baharom (20 Disember 2006). "Nukleus: Penyebaran dan Perkembangan Bahasa" (PDF). Klik DBP. Berita Harian. m/s. 2. Dicapai pada 9 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Gustaaf Kusno (10 April 2013). "'Samenleven' Bukan Bermakna 'Kumpul Kebo'". Kompasiana. Dicapai pada 9 November 2020. Kata 'winkel', misalnya, yang sejatinya bermakna 'toko', di tanah Melayu bermetamorfosa menjadi 'bengkel'...
  3. ^ Flaherty, Joe (May 14, 2012). "Ford + TechShop: Getting Employees to Tinker". Wired.
  4. ^ Burress, Charles (December 22, 1997). "A Tinkerer's Paradise in Berkeley / Young, old inventors are offered tools, techniques and inspiration". SF Chronicle.
  5. ^ Carlson, Adam (September 5, 2013). "Top 8 Tools for Building a Personal Prototyping Laboratory". EE Times.


Templat:Bilik