Benjamin Mendy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Benjamin Mendy
U-19 EC-Qualifikation Austria vs. France 2013-06-10 (057) (cropped).jpg
Mendy beraksi untuk pasukan bawah-19 Perancis pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuhBenjamin Mendy[1]
Tarikh lahir (1994-07-17) 17 Julai 1994 (umur 26)[2]
Tempat lahirLongjumeau, Perancis
Ketinggian1.85 m[3]
Posisi permainanBek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniManchester City
Nombor22
Kerjaya remaja
2000–2007Palaiseau
2007–2011Le Havre
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2013Le Havre57(0)
2013–2016Marseille81(2)
2016–2017Monaco25(0)
2017–Manchester City31(0)
Pasukan kebangsaan
2009–2010Perancis B1615(1)
2010–2011Perancis B1717(1)
2011–2012Perancis B185(1)
2012–2013Perancis B1912(0)
2014–2016Perancis B219(0)
2017–Perancis10(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15:55, 9 Mac 2020 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23:56, 17 November 2019 (UTC)

Benjamin Mendy (Sebutan bahasa Perancis: [bɛ̃ʒamɛ̃ mɛndi]; lahir 17 Julai 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Perancis.

Selepas memasuki akademi belia kelab Le Havre, Mendy memulakan kerjaya kelabnya bersama pasukan simpanan kelab itu pada tahun 2010 sebelum beliau akhirnya ditawarkan menyertai pasukan utama setahun kemudian. Beliau kekal bersama Le Havre sehingga tahun 2013 apabila beliau menyertai kelab Ligue 1, Marseille. Mendy seterusnya menghabiskan tiga musim bersama pasukan Les Olympiens sebelum berpindah ke Monaco yang mana beliau menjuarai trofi liga pada musim 2016–17. Pada musim panas 2017, Mendy melakukan perpindahan ke kelab Inggeris, Manchester City dengan rekod perpindahan termahal bagi pemain pertahanan. Selanjutnya, beliau meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya di England.

Mendy melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Perancis pada tahun 2017 selepas beliau pernah melakukan penampilan untuk pasukan belia Perancis pada peringkat bawah-16, bawah-17, bawah-18, bawah-19 dan bawah-21. Mendy juga sebahagian daripada pasukan Perancis yang menjuarai kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Le Havre[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Julai 2011, Mendy telah menandatangani kontrak profesionalnya yang pertama selama tiga tahun bersama kelab Ligue 2, Le Havre.[4] Mendy melakukan penampilan sulungnya pada 9 Ogos 2011 dalam pusingan kedua Coupe de la Ligue menentang Amiens.[5]

Marseille[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Julai 2013, Mendy berpindah ke kelab Ligue 1, Olympique de Marseille.[6] Mendy telah diikat oleh pengurus Élie Baup yang mengendali Marseille menduduki tangga kedua liga pada musim yang lalu sekali gus berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam saingan Ligue 1 pada 11 Ogos ketika menentang Guingamp. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Marseille pula pada 24 September semasa menentang Saint-Étienne. Mendy beraksi dalam perlawanan pertamanya di kejohanan Eropah pada 1 Oktober pada aksi menentang Borussia Dortmund. Namun, Marseille tewas dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan lalu tersingkir daripada kejohanan itu. Baup kemudiannya telah dipecat dan digantikan oleh bekas pengurus kelab, José Anigo.[8] Mendy digunakan dengan jarang oleh pengurus Anigo pada penghujung musim. Beliau hanya tampil sekali sebagai kesebelasan utama dalam 14 perlawanan terakhir Marseille. Persembahannya sebagai kesebelasan utama ketika menentang Lille pada 20 April 2014 telah dikritik oleh bekas pemain bek kiri Marseille, Éric Di Meco yang mendakwa bahawa beliau akan "memakan seekor tikus" sekiranya Mendy berjaya mewakili pasukan kebangsaan Perancis.[9] Selepas tamatnya musim, Mendy telah dimasukkan ke dalam senarai 40 pemain dalam anugerah Golden Boy 2014.[10]

Mendy mengembangkan bakatnya pada musim berikutnya ketika dibimbing oleh pengendali dari Argentina, Marcelo Bielsa. Mendy menyatakan bahawa Bielsa telah "memberikannya semula kekuatan dan ketegasan yang beliau telah hilang pada tahun lalu."[11] Mendy tampil sebagai kesebelasan utama pasukan dalam 33 perlawanan liga pada kempen 2014–15 dan melakukan enam bantuan jaringan gol. Kempen pada musim itu juga menyaksikan Marseille berjaya layak ke Liga Europa. Pada 23 September 2015, Mendy telah dilayangkan kad merah dengan serta-merta selepas beliau beraksi sebagai pemain gantian pada aksi menentang Toulouse. Beliau dibuang padang ekoran melakukan kekasaran ke atas pemain lawan iaitu Jean-Daniel Akpa Akpro.[12] Mendy juga digantung dua perlawanan lalu terlepas 13 perlawanan Marseille yang seterusnya apabila beliau mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Caen dalam aksi Coupe de France pada 3 Januari 2016.[13]

Mendy beraksi dengan lima pengurus yang berlainan sepanjang tiga musimnya di Stade Vélodrome. Beliau telah beraksi dalam 101 perlawanan kompetitif bersama Marseille dan membantu 14 jaringan gol.

Monaco[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2016, musuh seteru Marseille iaitu Monaco mengumumkan bahawa pihak mereka telah mengikat Mendy dengan kontrak selama lima tahun.[14] Mendy melakukan penampilan sulungnya untuk Monaco pada perlawanan pertama pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara menentang kelab Turki, Fenerbahçe pada 27 Julai. Pada 18 Disember semasa aksi menentang Lyon dalam perlawanan liga, Mendy dilayangkan kad merah setelah beliau menendang belakang pemain Lyon, Corentin Tolisso. Perlawanan itu menyaksikan beliau telah dibuang padang buat kali kedua selepas beliau dibuang padang dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara menentang Villarreal.[15] Mendy telah digantung sebanyak lima perlawanan ekoran insiden itu sebelum ia dikurangkan kepada empat perlawanan. Beliau kembali beraksi semula bersama pasukan pada 22 Januari 2017 ketika menentang Lorient.[16][17]

Pada 4 Februari, Mendy membantu dua jaringan gol Monaco melalui hantaran lintang kepada penjaring iaitu Valère Germain dan Radamel Falcao dalam kemenangan 4-0 ke atas Nice pada aksi liga.[18] Mendy menjaringkan gol pertamanya untuk Monaco ketika perlawanan Coupe de France menentang kelab lamanya, Marseille pada 1 Mac. Jaringan itu dihasilkan pada masa tambahan sekali gus memberikan kelebihan kepada Monaco dengan kedudukan 3-2. Mendy juga menyumbang kepada dua jaringan pasukannya lalu membantu Monaco untuk meraih kemenangan 4-3.[19] Monaco mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara dan Mendy telah pun melakukan empat bantuan jaringan gol sepanjang kempen itu sebelum mereka disingkirkan oleh Juventus.

Mendy merupakan tonggak utama Monaco untum merangkul kejuaraan Ligue 1 pada musim 2016-17. Beliau beraksi sebagai pemain kesebelasan utama dalam 24 perlawanan liga ketika di bawah pengendali Leonardo Jardim. Monaco telah menjaringkan 107 gol sepanjang kempen dan Mendy bersama Djibril Sidibe telah dipuji dengan permainan menyerang mereka.[20][21] Pada 16 Mei, Mendy telah disenaraikan ke dalam Pasukan Terbaik Tahunan UNFP 2017 UNFP bersama dengan lima rakan sepasukannya.[22] Pada hari seterusnya, Monaco merangkul gelaran Ligue 1 selepas menentang Saint-Étienne pada hari kedua terakhir musim. Perangkulan ini merupakan kejayaan pertama Monaco selama 17 musim. Perlawanan itu juga merupakan perlawanan terakhir Mendy bersama Monaco.[23] Selepas musim itu, Mendy sebahagian daripada pemain Monaco yang berpindah dari Stade Louis II termasuklah Bernardo Silva, Tiémoué Bakayoko dan seterusnya Kylian Mbappé.[24][25]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Julai 2017, kelab Manchester City telah berjaya mendapatkan Mendy dengan kontrak lima tahun[26] dan bayaran perpindahan yang dilaporkan sebanyak 52 juta paun sterling.[27] Nilai perpindahan itu telah menutupi rekod perpindahan pemain pertahanan sebelum ini yang dipecahkan pada sepuluh hari lalu oleh pemain City, Kyle Walker. Pada 23 September, Mendy mengalami kecederaan pada aksi menentang Crystal Palace selepas lutut kanannya berlanggaran dengan penyerang Palace, Andros Townsend.[28] Pihak kelab kemudiannya memaklumkan bahawa ligamen krusiat anterior pada lutut Mendy telah retak dan beliau perlu menjalani pembedahan di Barcelona pada 29 September.[29] Mendy kembali daripada kecederaan pada 22 April 2018 dengan menggantikan Fabian Delph pada minit ke-75 dalam aksi menentang Swansea City.[30] Lima penampilan liga beliau yang minimum ini telah diperlukan untuk meraih pingat kemenangan Liga Perdana Inggeris. Pada musim 2018-19, Mendy telah beraksi dalam sepuluh daripada 12 perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris untuk City selain beliau membantu lima jaringan gol untuk pasukannya.[31] Pada 14 November 2018, beberapa hari selepas City menang 3-1 ke atas Manchester United, diumumkan sekali lagi bahawa Mendy akan menjalani pembedahan[32] di Barcelona kerana masalah rawan pada lutut kirinya dan beliau dijangka akan berehat selama 12 minggu.[33]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mendy merupakan pemain belia antarabangsa Perancis dan pernah mewakili pasukan bawah-16 dan bawah-17. Pada tahun 2011, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan bawah-17 Perancis yang mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia B-17 2011.

Mendy telah dipanggil oleh skuad senior Perancis buat pertama kali untuk menghadapi perlawanan menentang Luxembourg dan Sepanyol pada Mac 2017.[34] Beliau melakukan penampilan pertamanya pada 25 Mac 2017 menentang Luxembourg dan beraksi sehingga wisel penamat yang menyaksikan Perancis menang 3-1 dan mengutip tiga mata penuh untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2018.[35]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah dipanggil oleh skuad Perancis untuk kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.[36]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 Mac 2020.
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Le Havre II 2010–11 10 0 10 0
2011–12 2 0 2 0
Jumlah 12 0 12 0
Perancis Le Havre 2011–12 29 0 2 0 1 0 32 0
2012–13 28 0 3 0 1 0 32 0
Jumlah 57 0 5 0 2 0 64 0
Perancis Marseille II 2013–14 2 0 2 0
Perancis Marseille 2013–14 24 1 2 0 2 1 2[c] 0 30 2
2014–15 33 0 1 0 1 0 35 0
2015–16 24 1 4 0 1 0 7[d] 0 36 1
Jumlah 81 2 7 0 4 1 9 0 101 3
Perancis Monaco 2016–17 25 0 2 1 2 0 10[c] 0 39 1
England Manchester City 2017–18 7 0 0 0 0 0 1[c] 0 8 0
2018–19 10 0 1 0 1 0 2[c] 0 1[e] 0 15 0
2019–20 14 0 1 0 2 0 6[c] 0 0 0 23 0
Jumlah 31 0 2 0 3 0 9 0 1 0 46 0
Jumlah kerjaya 208 2 16 1 11 1 28 0 1 0 264 4
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Piala FA Inggeris.
  2. ^ Termasuk Coupe de la Ligue dan Piala EFL.
  3. ^ a b c d e Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. ^ Penampilan di Liga Europa
  5. ^ Penampilan di Perisai Komuniti FA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 November 2019.[37][38]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2017 4 0
2018 5 0
2019 1 0
Jumlah 10 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Mendy (tengah) sedang memegang trofi Piala Dunia FIFA.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Monaco
Manchester City

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ name="SW"
  4. ^ "Benjamin Mendy signe pro pour 3 saisons". Le Havre AC (dalam bahasa French). 24 July 2011. Dicapai pada 9 August 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  5. ^ "Amiens v. Le Havre Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 9 Ogos 2011. Diarkib daripada yang asal pada 16 September 2012. Dicapai pada 9 August 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  6. ^ "Transfer news: Marseille agree deal for Sunderland target Benjamin Mendy". Sky Sports. 8 July 2013. Dicapai pada 16 March 2017.
  7. ^ Akouete, Isidore (13 July 2013). "ELIE BAUP : " BENJAMIN MENDY EST UN JOUEUR D'AVENIR "". Africa Top Sports (dalam bahasa Perancis).
  8. ^ "Elie Baup sacked as Marseille manager". BBC Sport. 7 December 2013.
  9. ^ "Di Meco prend les paris contre Mendy". Le Phocéen (dalam bahasa Perancis). 22 April 2014.
  10. ^ Aarons, Ed (30 October 2014). "Five English players on 40-man shortlist for Golden Boy award". The Guardian.
  11. ^ "Benjamin Mendy en toute insouciance". Le Parisien (dalam bahasa Perancis). 20 December 2014.
  12. ^ PA Sport (23 September 2015). "Toulouse 1–1 Marseille". ESPN FC.
  13. ^ "MENDY JOINS OM INJURY LIST". Ligue 1. 6 January 2016.
  14. ^ "Benjamin Mendy signs on a five-year contract". AS Monaco. 22 June 2016. Dicapai pada 22 June 2016.
  15. ^ "Form and head to head stats - Monaco vs Lyon". skysports.com. Sky UK. 18 December 2016. Dicapai pada 4 April 2020.
  16. ^ Recchimuzzi, Silvia (23 December 2016). "AS Monaco defender Mendy banned for five matches". Reuters.
  17. ^ "Benjamin Mendy de retour de suspension avec Monaco". L'Équipe (dalam bahasa Perancis). 21 January 2017.
  18. ^ "Falcao at the double as Monaco power on". www.ligue1.com. 4 February 2017.
  19. ^ Reuters (2 March 2017). "Monaco down Marseille in French Cup thriller, PSG through". Eurosport.
  20. ^ Pretot, Julien (17 May 2017). "Monaco claim first title in 17 years with St Etienne win". Reuters.
  21. ^ Jones, Matt (17 May 2017). "Monaco Win 2016–17 Ligue 1 Title After 2–0 Win vs. Saint-Etienne". Bleacher Report.
  22. ^ "Ligue 1 Team of the Season 2016–17 Official- UNFP Team of the Year 2017". French Football Daily. 16 May 2017.
  23. ^ name="reuters"
  24. ^ Devin, Eric (25 July 2017). "How will Monaco cope after losing so many of their title-winning stars?". The Guardian.
  25. ^ Johnson, Jonathan (31 August 2017). "Monaco star Kylian Mbappe, 18, follows Neymar in moving to PSG in huge deal". ESPN FC.
  26. ^ "Man City sign Benjamin Mendy". Manchester City Official Website. 24 July 2017. Dicapai pada 24 July 2017.
  27. ^ "Benjamin Mendy: Man City sign Monaco defender for £52m". BBC Sport. Dicapai pada 24 July 2017.
  28. ^ Sunderland, Tom (23 September 2017). "Benjamin Mendy Suffers Knee Injury vs. Crystal Palace". Bleacher Report.
  29. ^ Jackson, Jamie (28 September 2017). "Manchester City confirm Benjamin Mendy has ruptured ACL in right knee". The Guardian.
  30. ^ "Benjamin Mendy eager to City place back as he hails Fabian Delph's form in his absence".
  31. ^ "Benjamin Mendy Statistics | Premier League". www.premierleague.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-15.
  32. ^ "Mendy undergoes knee surgery". MCFC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-15.
  33. ^ Lee, Sam. "Mendy out for up to three months with latest knee injury". Goal. Dicapai pada 23 November 2018.
  34. ^ "Monaco star Mbappé given maiden France call-up". goal.com. 16 March 2017. Dicapai pada 16 March 2017.
  35. ^ "Luxembourg vs. France – 25 March 2017 – Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 25 March 2017.
  36. ^ Andy Charles (21 May 2018). "Alexandre Lacazette and Anthony Martial on standby for France World Cup squad and Dimitri Payet out". Sky Sports. Dicapai pada 18 September 2018.
  37. ^ "Benjamin Mendy – national football team player". EU-Football.info. Dicapai pada 17 September 2018.
  38. ^ (Inggeris) Profil Mendy, Benjamin pada National-Football-Teams.com
  39. ^ name="reuters"
  40. ^ "Benjamin Mendy: Overview". Premier League. Dicapai pada 17 May 2019.
  41. ^ McNulty, Phil (1 March 2020). "Aston Villa 1–2 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 1 March 2020.
  42. ^ Bevan, Chris (5 August 2018). "Chelsea 0–2 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 5 August 2018.
  43. ^ "France 4–2 Croatia: Line-ups". FIFA. Dicapai pada 13 October 2019.
  44. ^ "Trophées UNFP : Le Palmarès Complet de l'Édition 2017". Dicapai pada 15 May 2017.
  45. ^ name=Legion

Pautan luar[sunting | sunting sumber]