Benjy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Benjy
Kelahiran
Khaeryll Benjamin bin Ibrahim

(1978-09-17) 17 September 1978 (umur 42)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1988–2007, 2010–2015
PasanganSafiya Stephanie Kar-Leng Lee (bercerai)
Anak1
Ibu bapa
SaudaraElza Irdalynna (adik)
Innesa Irdayanty (adik)

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy (lahir 17 September 1978) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak lelaki tunggal pelakon dan dramatis terkenal, Allahyarhamah Azean Irdawaty.

Benjy mula dikenali sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanak lagi iaitu melalui filem Perempuan (1988). Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun . Dia pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin TV3.

Makmal memproses dadah[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Mac 2010, Benjy ditahan bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dan membungkus dadah. Polis menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu bernilai RM 650,000. Dia ditahan bersama teman wanitanya (24) di sebuah unit kondominium disewanya di Jalan Segambut, Kepong. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang mendapati mereka bergerak bersendirian tanpa penglibatan sindiket dalam atau luar negara. Dadah itu dipercayai diedarkan kepada artis di pertunjukan pentas.

Dia ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya. Jika bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum mati mandatori [1] Kekasihnya disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

Presiden Seniman, Harun Salim Bachik akan memberi sokongan moral kepada keluarga Azean. Laporan internet menyatakan Benjy memiliki kereta Porsche dan tinggal di sebuah penthouse kondominium mewah di Seri Hartamas. Namun Azean menafikan semua itu kerana Benjy selalu kehabisan wang dan gemar memancing.

Pada 26 April 2010, permohonan habeas corpus Benjy didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Responden dalam kes itu ialah Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia . Dia ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Pada 25 Mac 2010, Benjy mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki 0.24gm methamphetamin di sebuah rumah di A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac 2010. Oleh itu, penahanannya mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 adalah salah, tidak sah dan batal dan bersifat mala fide. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya, Benjy boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya .[2]

Pada 17 Ogos 2011 pula, pelakon itu didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram yang ditemukan di rumahnya di Kondominium Menara Duta 2.

Pada 5 Mac 2015, Benjy ditahan bersama seorang wanita di Hainan, The Reeds Boutique Hotel, selepas polis menemukan dadah jenis methamphetamine anggaran berat 9.33 gram.

Pada 27 Mac 2015 – Tidak sampai sebulan ditahan kerana memiliki dadah untuk kali ketiga, pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau Benjy sekali lagi ditahan atas kesalahan yang sama hari ini. Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh, dekat sini, pukul 1.40 pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Zulkifli Ali berkata, Benjy dan rakannya yang berusia 28 tahun, berasal dari Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor yang memandu kereta tersebut, diperiksa dan pihak polis menemukan satu beg di tempat letak kaki bahagian pemandu. “Di dalamnya terdapat empat peket plastik mengandungi dadah disyaki syabu anggaran berat 52.27 gram. Pemeriksaan lanjut menemukan satu peket dalamnya mengandungi dadah disyaki syabu dengan anggaran berat 1,073 gram. “Turut ditemukan satu bekas plastik mengandungi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat 193 gram. Seterusnya pemeriksaan dalam bonet kereta menemukan satu kotak yang di dalamnya terdapat beberapa botol plastik dan kaca,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. “Selain itu, kami menemukan satu kotak mengandungi beberapa botol plastik tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas tertulis Bendosen Calcium Chloride,” katanya. Kedua-dua suspek katanya, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952. Menurutnya, ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif syabu dan kini ditahan reman hingga 2 April ini bagi membantu siasatan. Katanya, hasil siasatan awal mereka mendakwa ingin ke Pagoh untuk bertemu rakan dan polis kini menyiasat mengapa mereka mahu ke sana dengan membawa dadah berkenaan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1988 Perempuan Sharif Filem pertama
1997 Baginda Mat Tom
2015 Gangsterock Kasi Sengat Rahim

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Astana Idaman (Musim 1) Karl Astro Ria
2003 Orang Gaji 41 Sudin TV3
2007 Kerana Cintaku Saerah Jibek
2013 What If Malek 8TV
2014 Kifarah (Musim 2) Zack TV3 Episod: "Nombor"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]