Ben Wong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Benny Wong)
Ben Wong
Fail:Benny Wong.jpg
Ben Wong
KewarganegaraanMalaysia
Nama samaranBen
Karya terkenal

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Benny Wong atau Ben Wong atau lebih dikenali sebagai Ben, ialah seorang pelukis komik berasal dari Malaysia. Karya-karya beliau yang terkemuka ialah Fatal Chaos dan Le.Gardenie yang mana kedua-duanya tidak sempat diselesaikan dek kerana menarik diri daripada Kumpulan Art Square iaitu penerbit kedua-dua siri tersebut sebelum sempat menamatkan kedua-duanya. Dalam sebuah temu bual yang diadakan di Festival Islamic Japanese of Art (FIJA) yang diadakan di KUIS, beliau mengatakan mahu menyambung semula komik yang sudah ditinggalkan dahulu.

Selepas keluar daripada Art Square, beliau meneruskan kerjaya beliau sebagai seorang karyawan komik dengan bekerja untuk majalah Powder yang mula dipasarkan pada November 2007 dan diterbitkan oleh KomikFactory.

Selepas pengeluaran Powder dihentikan, beliau meneruskan kerjaya beliau sebagai pelukis komik melalui laman web Comixo.

Antara komik beliau yang terkini ialah Orang Minyak yang diterbitkan di akhbar The Star.

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]