Benteng Alamo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bahagian hadapan dan pintu utama masuk gereja binaan Alamo

Alamo ( Bahasa Sepanyol: Misión de Álamo) atau nama penuhnya Misión San Antonio de Valero adalah suatu binaan berbenteng didirikan peneroka Sepanyol pada abad ke-18 untuk para mubaligh Katolik Rom di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat moden. Ia menjadi titik tumpu meletusnya Pertempuran Alamo pada tahun 1836.

Binaan ini kini terpelihara sebagai suatu muzium dalam suatu Dataran Alamo (Alama Plaza) sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak dalam pekarangan San Antonio Missions.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencarian petempatan baharu[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1716, kerajaan Sepanyol menubuhkan beberapa binaan untuk para mebaligh Katolik Rom menyebarkan ajaran mereka kepada para peribumi setempat. Walau bagaimanapun, keadaan binaan-binaan ini yang terasing menyukarkan pembekalan disediakan dengan secukupnya.[2] Oleh demikian, gabenor baru Texas Sepanyol, Martín de Alarcón, ingin mewujudkan stesen jalan antara penempatan sepanjang sungai Rio Grande. [3] Pada bulan April 1718, Alarcón mengetuai ekspedisi untuk mencari komuniti baru di Texas.[4]

Dalam setahun, misi tersebut bergerak ke tebing barat sungai, di mana ia berkemungkinan tidak akan terjejas landaan banjir. [5] Selama beberapa tahun akan datang, rangkaian misi ditubuhkan berhampiran.[6] Berikutan suatu taufan dari Pantai Teluk memusnahkan sisa binaan yang ada di Misión San Antonio de Valero tahun 1724, misi tersebut dipindahkan ke lokasi sekarang yang berada tepat seberang Sungai San Antonio dari bandar San Antonio de Béxar dan di sebelah utara sekumpulan pondok yang dikenali sebagai La Villita. [7][8]

Titik genting pertempuran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Associated Press. World heritage status for The Alamo, Japan industrial sites, Conroe Courier, July 5, 2015.
  2. ^ Chipman (1992), pp. 113, 116.
  3. ^ Weber (1992), p. 163.
  4. ^ Chipman (1992), p. 117.
  5. ^ Mason (1974), p. 43.
  6. ^ Mason (1974, p. 45.
  7. ^ Thompson (2002), p 18.
  8. ^ Mason (1974), p. 44.
Sumber utama
  • Chipman, Donald E. (1992). Spanish Texas, 1519–1821. Austin, TX: University of Texas Press. ISBN 0-292-77659-4. OCLC 25411908.
  • Mason, Herbert Molloy Jr. (1974). Missions of Texas. Birmingham, AL: Southern Living Books.
  • Thompson, Frank (2005). The Alamo. Denton, TX: University of North Texas Press. ISBN 1-57441-194-2. OCLC 58480792.
  • Weber, David J. (1992). The Spanish Frontier in North America. Yale Western Americana Series. New Haven, CT: Yale University Press. ISBN 0-300-05198-0. OCLC 185691787.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Tunas-senibina