Beretta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Pietro Beretta

Fabbrica d'Armi Pietro Beretta merupakan pengilang senjata api utama Itali. Senjatanya digunakan secara meluas oleh orang awam, polis dan tentera seluruh dunia. Beretta adalah syarikat tertua di dunia, dan telah dimiliki oleh keluarga yang sama selama hampir 500 tahun. Syarikat Beretta ditubuhkan dalam sejarah semenajk 1526, apabila pembuat senjata Mastro Bartolomeo Beretta, dari Gardone Val Trompia (Brescia, Lombardy, Itali), menerima 296 ducat sebagai bayaran bagi 185 laras arquebus yang dijual kepada Arsenal Venetian. Kertas kerja bagi tempahan tersebut masih wujud dalam arkib syarikat.

Kini, syarikat tersebut dimiliki oleh Ugo Gussalli Beretta, keturunan langsung Bartolomeo, dan diusahaan bersama anak-anaknya Franco dan Pietro.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]