Berita RTM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Berita RTM
Berita RTM v2.png
Logo Berita RTM
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Singapura
 Brunei
 Thailand (Thailand Selatan)
 Indonesia (Kalimantan Barat, Kalimantan Utara dan Kepulauan Riau)
SloganYang Sahih di Berita RTM
Ibu pejabatWisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Inggeris
Mandarin
Tamil
Bajau
Dusun
Kadazan
Iban
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarTV1
TV2
OKEY
Sukan RTM
TV6
Sejarah
Dilancarkan25 Jun 2020; 2 tahun yang lalu (2020-06-25) jam 7:45 malam Waktu Piawai Malaysia (myFreeview)
Pautan
Laman webberita.rtm.gov.my
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 123 (HD)
Media penstriman
RTMKlikTonton secara langsung

Berita RTM ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1] Menggunakan slogan 'Yang Sahih di Berita RTM' dan stesen ini majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial kerajaan digital bersiaran percuma nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD) pada 25 Jun 2020 memulakan siaran rasmi dengan rancangan Pelancaran Saluran Berita RTM mula tepat sejak sekitar jam 7:45 malam hingga 8:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 15 minit sehingga pelancaran rasmi ini rancangan pertama yang disiarkan adalah Berita Perdana mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam hingga 9:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 1 jam dan bersiaran menerusi myFreeview saluran 123.[2][3] Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD). Majlis pelancaran Berita RTM dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah[4] sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".[5][6] Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk berita seperti Berita Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC News. Berita RTM utamanya ialah di Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Berita RTM boleh ditonton di seluruh negara melalui terestrial percuma myFreeview di saluran 123.

Kandungan rancangan[sunting | sunting sumber]

Berita RTM memberi fokus kepada berita dan rancangan berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi 8 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Kadazan, Dusun, Bajau, (Sabah) dan Iban (Sarawak). Saluran itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat. Berita RTM juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri.[7] Di samping itu, ia juga menampilkan rancangan Pastikan Sahih yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, sebuah rancangan yang didedikasikan untuk membanteras berita palsu tular.[8][9] Pada 29 Oktober 2021, siaran Berita Wilayah di Berita RTM telah direhatkan sementara untuk memberi laluan kepada siaran langsung pembentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Zafrul bin Abdul Aziz.

Rancangan Tambahan[sunting | sunting sumber]

Bual bicara[sunting | sunting sumber]

  • Bicara DR (Tayangan serentak di TV1).
  • Bicara Naratif (Tayangan serentak di TV1).
  • Bicara Pengguna
  • Pesona XY (Tayangan serentak di TV1).
  • Selamat Pagi Malaysia (Tayangan serentak di TV1).

Bual bicara niaga[sunting | sunting sumber]

  • Biz Malaysia (Tayangan serentak di TV1).

Rancangan khas[sunting | sunting sumber]

  • Bicara Khas (Tayangan serentak di TV1).
  • Hari Kebangsaan Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama TV1).
  • Perutusan Khas bersama Y.A.B Perdana Menteri.

Sidang Media[sunting | sunting sumber]

  • Sidang Media bersama YBhg Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah & Menteri Kesihatan.
  • Sidang Media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
  • Sidang Media bersama Menteri Kanan Pendidikan.
  • Sidang Media bersama Menteri Kanan Pertahanan.
  • Sidang media bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Parlimen[sunting | sunting sumber]

  • Langsung Dari Parlimen (Tayangan serentak di TV1).

Jenis berita Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini bersiaran satu jam secara maksimum atau setengah jam dan berita berbahasa Inggeris bersiaran selama setengah jam. Kesemua berita ini disiarkan di Saluran Berita RTM dan juga di TV1, TV2 dan OKEY.

Berita Pagi (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada Jam 07:00 setiap hari selama 30 minit. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya. Mulai tahun 2020, ia dibahagikan kepada Siaran Langsung Berita Pagi Semenanjung (30 minit), Berita Pagi Sabah (15 menit) dan Berita Pagi Sarawak (15 minit). Ia dikenali sebagai Berita Nasional Pagi.

Berita Pagi Sabah (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Pagi Sabah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sabah yang ke udara sekali sahaja yang pada jam 07:30 setiap hari selama 15 minit.

Berita Pagi Sarawak (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Pagi Sarawak merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sarawak yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 07:45 setiap hari selama 15 minit.

Conty News (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Conty News atau Nama dalam Bahasa Melayunya ialah Berita Radio Bervisual merupakan sebuah rancangan berbentuk berita radio yang bersiaran dari Wisma Berita Angkasapuri RTM Kuala Lumpur yang pada jam 10:00 dan jam 11:00 setiap hari selama 5 minit. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam negara sahaja, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Berita Radio Bervisual juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia yang yang asalnya boleh didengari di Radio RTM tetapi dengan teknologi terkini membolehkan ia divisualkan dan bersiaran di TV RTM. Berita Radio Bervisual ini mula bersiaran pada Mei 2019.

Updates@Noon (TV2 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Updates@Noon merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:30 Siaran berita ini merupakan siaran berita berbahasa Inggeris yang pertama yang ke-udara. Kebanyakan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita mengenai hal ehwal semasa, politik, ekonomi, sukan dan luar negara. Ia dikenali sebagai News On 2.

Berita Tengah Hari (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Tengah Hari merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan bermula Pada Jam 13:00 pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Tengah Hari.

Berita Semasa 3 (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Semasa 3 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 15:00 setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja.

Berita Semasa 4 (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Semasa 4 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 16:00 setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja.

Berita Wilayah (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Wilayah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 17:00 memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Petang.

Berita Perdana (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 20:00 hingga jam 21:00 setiap hari dalam masa 1 jam. Ia memaparkan berita-berita dari dalam negara sahaja, ekonomi, meteorologi, sukan, hal ehwal semasa dan isu-isu terkini. Berita Perdana juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat Malaysia terletak di bawah kanan skrin televisyen. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Malam.

News@10 (Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

News@10 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang berbahasa Inggeris yang kedua dan cuma bersiaran di Berita RTM pada jam 22:00 malam hingga jam 22:30. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Ia dikenali sebagai News On 2 di TV2.

Berita Parlimen (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Parlimen merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 22:30 setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan.

Berita Dunia (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Dunia merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 23:00 malam hingga 23:30. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan.

Berita Tengah Malam (TV1 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Tengah Malam merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan Pada jam 00:00. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Tengah Malam.

Jenis berita Berbahasa lain[sunting | sunting sumber]

Berita Mandarin (TV2 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Mandarin merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Mandarin yang disiarkan 2 kali iaitu pada jam 12:00 dan jam 19:00 setiap hari. Berita nama Berita Mandarin (华语新闻 Hua Yu Xin Wen), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.

Berita Tamil (TV2 dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

Berita Tamil merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa tamil yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 19:30 setiap hari. Berita nama Berita Tamil (தமிழ்ச் செய்திகள் Tamil Seithigal), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.

i-Kadazan (OKEY dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

i-Kadazan merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Kadazan yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 10:30 setiap hari.

i-Iban (OKEY dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

i-Iban merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Iban yang disiarkan dua kali iaitu Setiap Selasa jam 10:45 dan jam 18:30.

i-Bajau (OKEY dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

i-Bajau merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Bajau yang ke udara sekali sahaja yang pada jam 14:00 setiap hari.

i-Dusun (OKEY dan Berita RTM)[sunting | sunting sumber]

i-Dusun merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Dusun yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 18:45 setiap hari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Jun 2020). "Saluran Berita RTM dilancar". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ "Majlis Pelancaran Saluran Berita RTM". Radio Televisyen Malaysia. 25 Jun 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Jun 2020). "Saluran berita RTM lebih kompetitif". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  4. ^ "Saifuddin launches new TV channel 'Saluran Berita RTM'". The Edge Markets. 26 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-26. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  5. ^ Jerry Choong (25 Jun 2020). "Saifuddin launches RTM's own 24-hour news channel, aimed at combatting 'fake news'". The Malay Mail. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  6. ^ "Saifuddin launches new TV channel Saluran Berita RTM". New Malaysia Times. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  7. ^ "Saluran berita RTM dilancar, tangani berita palsu". ProjekMM. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  8. ^ Tahir Alhamzah (26 Jun 2020). "#Showbiz: RTM's brand new news channel to quash fake news". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  9. ^ "Saluran Berita RTM dilancar, medium tambahan perangi berita palsu". Astro Awani. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]