Berkik
| Berkik | |
|---|---|
| Gallinago stenura | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus | |
Berkik adalah nama diberikan kepada mana-mana jenis burung randai dari kira-kira 26 spesies dalam tiga genus keluarga Scolopacidae. Burung jenis ini dicirikan oleh paruh yang sangat panjang, langsing, mata yang tinggi di kepala, dan buluan kripsis/penyamaran. Berkik Gallinago mempunyai taburan hampir di seluruh dunia, berkik Lymnocryptes hanya terhad di Asia dan Eropah dan berkik Coenocorypha hanya terdapat di pulau-pulau terpencil New Zealand. Keempat-empat spesies Rostratulidae yang disebut snipe (berkik) dalam bahasa Inggeris, tidak berkaitan erat dengan berkik tipikal, dan ditempatkan dalam keluarga mereka sendiri iaitu Rostratulidae.
Kelakuan
[sunting | sunting sumber]Berkik memburu invertebrata dalam lumpur dengan gaya seperti "mesin jahit" menggunakan paruh panjang mereka. Sensitiviti paruhnya disebabkan oleh filamen kepunyaan pasangan saraf kelima, yang bergerak hampir ke hujung dan terbuka segera di bawah kutikula lembut dalam rangkaian sel; penyesuaian serupa terdapat pada burung kedidi; penyesuaian ini memberikan bahagian permukaan pramaksila seperti sarang lebah: dengan filamen ini burung dapat merasakan makanannya di lumpur tanpa melihatnya.[1]
Diet
[sunting | sunting sumber]Berkik memakan terutamanya larva serangga. Mangsa invertebrata lain termasuk siput, krustasea, dan cacing. Paruh berkik membenarkan hujungnya tetap tertutup sementara berkik "menghirup" invertebrata.[2]
Habitat
[sunting | sunting sumber]Berkik boleh ditemukan di berbagai jenis tempat basah termasuk rawa, paya, padang rumput basah, sepanjang sungai, pesisiran pantai, dan kolam. Berkik tidak menetap di kawasan dengan tumbuh-tumbuhan lebat, tetapi mencari kawasan rawa dengan sedikit rumput yang tidak rata untuk bersembunyi dari pemangsa.[2]
Memburu
[sunting | sunting sumber]
Penyamaran mungkin membolehkan berkik tidak dapat dikesan oleh pemburu di kawasan paya. Sekiranya berkik terbang, pemburu mengalami kesukaran menembak sayap kerana corak penerbangan burung yang tidak menentu. Kesukaran yang terlibat dalam memburu berkik menimbulkan istilah "sniper" yang bermaksud pemburu yang sangat mahir dalam menembak dan menyamar yang kemudian berkembang menjadi penembak tepat atau seseorang yang menembak dari lokasi yang tersembunyi.[3][4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Newton, Alfred (1911). "Snipe". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
- ^ a b "Wilson's Snipe, Life History, All About Birds - Cornell Lab of Ornithology".
- ^ "sniper (n.)". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 7 January 2017.
- ^ Palmatier, Robert Allen (1995). Speaking of Animals: A Dictionary of Animal Metaphors. Westport, Connecticut: Greenwood Publishing. m/s. 357. ISBN 0313294909.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikisumber mempunyai teks dari artikel di Ensiklopedia Britannica 1911 Berkik. |
- Video berkek di Koleksi Burung Internet
- http://www.fssbirding.org.uk/snipesonogram.htm