Berlalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Berlalu"
Single oleh Misha Omar
daripada album Dia...Misha
Dikeluarkan pada1 Februari 2011
FormatCD
GenrePop
SyarikatSony BMG Music Malaysia
PenulisWain Gideon & Ad Samad
PenerbitRamli MS
Kronologi single Misha Omar
"Sampai Disini"
(2009)
"Berlalu"
(2011)
"Detik Antara Waktu" (2011)

Lagu Berlalu merupakan sebuah single yang pertama untuk mempromosikan album kompilasi pertama nyanyian penyanyi popular Misha Omar. Album tersebut yang berjudul Dia...Misha adalah untuk meraikan genap 10 tahun penglibatan penyanyi ini di arena seni suara sejak menjadi finalis dalam rancangan Bintang RTM 2001.

Lagu ini menyaksikan kolaborasi pertama Misha bersama komposer baru Wain Gideon (gitaris kumpulan 6ixth Sense) & penulis lirik Ad Samad. Lagu ini menyerlahkan sisi musky vokal Misha. Ia diterbitkan oleh maestro muzik ternama Ramli M.S dan berkonsepkan balada progresif, namun cukup menarik apabila adunan muzik elektronik serta riff gitar yang berat digabungkan pada rangkap kedua lagu ini menjadikan mood nyanyian Misha sedikit gothic sehingga ke penghujung lagu.