Bermula Semula (album Riz)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bermula Semula adalah album studio rakaman pertama daripada penyanyi Riz Zaizizi. Beliau merupakan bintang AF6 dan juga merupakan naib juara dalam program tersebut. Album ini telah dilancarkan pada 13 Oktober 2009 bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.[1]

Bermula Semula
Album studio oleh Riz
Dikeluarkan pada13 Oktober 2009
Dirakam padaMei 2008-September 2009
GenrePop, Balada
SyarikatRiz Entertainment,
Astro Entertainment
PenerbitAjai,
Riz Zaizizi
Single daripada album Bermula Semula
  1. "Hanya Sandiwara"
  2. "Harusku Yang Pergi"
  3. "Bermula Semula"
  4. "Ku Pinjam Satu Bintang"

Maklumat album[sunting | sunting sumber]

Pelancaran album[sunting | sunting sumber]

Album Bermula Semula ini telah dilancarkan pada 13 Oktober 2009 bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur dengan ditemani oleh kedua ibu bapanya serta bersama dengan komposer dan penyanyi, Ajai yang bertindak sebagai selaku penerbit album ini.

Judul album[sunting | sunting sumber]

Riz meletakkan judul album sulungnya ini sebagai Bermula Semula kerana sewaktu berada di Akademi Fantasia Musim 6 dunianya begitu kecil kerana beliau hanya perlu bersaing dengan bintang-bintang AF6 yang lain. Namun sejurus sahaja keluar daripada program realiti popular tersebut, Riz mula menyedari bahawa kariernya sebagai anak seni baru sahaja bermula dan bersedia untuk bersaing dengan barisan penyanyi tanah air yang sedia ada. Beliau turut mengakui tidak gentar untuk turut bersaing dengan bakal bintang-bintang kelahiran Akademi Fantasia yang lain kelak.[2]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulisKomposer Masa
1. "Hanya Sandiwara"  DeanNorliza Abu Bakar 4:10
2. "Harusku Yang Pergi"  AjaiAjai 4:52
3. "Bermula Semula"  AbieAjai 4:44
4. "Ku Pinjam Satu Bintang" (Versi solo)SlenAjai 3:18
5. "Kau Wanita"  AjaiAjai 3:59
6. "Kehilangan Kamu"  NohAjai 4:00
7. "Cinta Ini"  AjaiAjai 4:26
8. "Khilaf"  SlenAjai 5:00

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haryati Karim (19 Oktober 2009). [1] Kosmo. Dicapai pada 19 Oktober 2009.
  2. ^ Budiey (Admin) (10 Mac 2009]). [2] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Mac 2009.