Bermula Semula (album Riz)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bermula Semula adalah merupakan album studio rakaman pertama daripada penyanyi Riz Zaizizi. Beliau merupakan bintang AF6 dan juga merupakan naib juara dalam program tersebut. Album ini telah dilancarkan pada 13 Oktober 2009 bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.[1]

Bermula Semula
Album studio oleh
Dilancarkan pada13 Oktober 2009
Dirakamkan padaMei 2008-September 2009
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
Genre
BahasaMelayu
Syarikat
  • Wake The Baby Records
  • Riz Entertainment
  • Astro Entertainment Sdn. Bhd (AESB)
Penerbit
Single daripada Bermula Semula
  1. "Hanya Sandiwara"
    Dikeluarkan: 24 Mei 2008
  2. "Harus Ku Yang Pergi"
    Dikeluarkan: 3 Februari 2009
  3. "Bermula Semula"
    Dikeluarkan: 18 Oktober 2009
  4. "Kehilangan Kamu"
    Dikeluarkan: 12 Ogos 2010
  5. "Ku Pinjam Satu Bintang (versi solo)"
    Dikeluarkan: 15 September 2010
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Maklumat album[sunting | sunting sumber]

Pelancaran album[sunting | sunting sumber]

Album Bermula Semula ini telah dilancarkan pada 13 Oktober 2009 bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur dengan ditemani oleh kedua ibu bapanya serta bersama dengan komposer dan penyanyi, Ajai yang bertindak sebagai selaku penerbit album ini.

Judul album[sunting | sunting sumber]

Riz meletakkan judul album sulungnya ini sebagai Bermula Semula kerana sewaktu berada di Akademi Fantasia Musim 6 dunianya begitu kecil kerana beliau hanya perlu bersaing dengan bintang-bintang AF6 yang lain. Namun sejurus sahaja keluar daripada program realiti popular tersebut, Riz mula menyedari bahawa kariernya sebagai anak seni baru sahaja bermula dan bersedia untuk bersaing dengan barisan penyanyi tanah air yang sedia ada. Beliau turut mengakui tidak gentar untuk turut bersaing dengan bakal bintang-bintang kelahiran Akademi Fantasia yang lain kelak.[2]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisPenciptaMasa
1."Hanya Sandiwara"Shahrudin (Dean)Liza Abu Bakar4:10
2."Harus Ku Yang Pergi"AjaiAjai4:52
3."Bermula Semula"Abie AbdullahAjai4:44
4."Ku Pinjam Satu Bintang" (versi solo) SlenAjai3:18
5."Kau Wanita"AjaiAjai3:59
6."Kehilangan Kamu"NohAjai4:00
7."Cinta Ini"AjaiAjai4:26
8."Khilaf"SlenAjai5:00


Anugerah & pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2008 Akademi Fantasia Musim 6 "Hanya Sandiwara" Naib Juara
2010 Anugerah Industri Muzik ke-17 Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) "Kehilangan Kamu" Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haryati Karim (19 Oktober 2009). [1] Kosmo. Dicapai pada 19 Oktober 2009.
  2. ^ Budiey (Admin) (10 Mac 2009]). [2] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Mac 2009.